|
Berkenaan Berkhatan. (merged: toaster, jurai77)
[Copy link]
|
|
Mereka yang peluk Islam bila dah dewasa tak perlu bersunat. |
|
|
|
|
|
|
|
Gud ivning!
Ibnur:
dalam panjang lebar awak berhujah tu, perlu ke awak tik.. tik.. tik.. tik.. KEBABOO!! adakah ini satu pertandingan bahas dan ini gimik untuk menunjukkan seorang tu tewas atau menang?
Oh tidak. Saya tak tau nak letak tajuk apa, jadi;
tik.. tik.. tik.. tik.. 4 kali = saya menyepi 4 hari.
KEBABOO!!! = saya bagi jawapan yang panjang lebar sampai tak cukup satu posting.
Itu saja... kih kih kih!
msms2005:
betul ker bila pompuan cina masuk islam kena sunat walaupon dah dewasa??
Menurut kawan cina saya yang masuk Islam, begitu la. Katanya amoi-amoi kat PERKIM berkorban. Saya tanya korban apa? Dia cakap clitoris. Tak tau la sapa suruh.
Yang lain-lain lagi saya jawab lain kali ye...:hatdown: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by manzilla at 10-7-2006 04:28 PM
Ibnur:
Oh tidak. Saya tak tau nak letak tajuk apa, jadi;
tik.. tik.. tik.. tik.. 4 kali = saya menyepi 4 hari.
KEBABOO!!! = saya bagi jawapan yang panjang lebar sampai tak cukup satu posti ...
okay .. tak per... saya ni suka bertanya bila tengok benda lain dari lain. kalo tak tau apa nak letak, tak payah letak pun tidak apa, kecuali kalau awak buat new post. nanti ada orang salah paham nanti jadi lain karang.
soalan lain-lain, tu... slow-slow pun tak apa. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by antiQue at 10-7-2006 10:09 AM
Mereka yang peluk Islam bila dah dewasa tak perlu bersunat.
You're just a lady and you have no right to issue a fatwa from the orthodox muslim point of view. The man is always right! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #85 BikerLady's post
i find that whatever antique say is true.....takder lak undang2 yg kata pompuan cina masuk islam kena sunat walaupon dah dewasa???? ini dah kes anaiya....mesti repot polis!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by BikerLady at 10-7-2006 09:21 PM
You're just a lady and you have no right to issue a fatwa from the orthodox muslim point of view. The man is always right!
and a lady does not have a mind...a lady cannot think....:lol, that is the kind of mentality that makes other people look at Islam wrongly. man is NOT always right.....GOD is always right....please do not issue a fatwa from your point of view.
thank you |
|
|
|
|
|
|
|
reply to post #78
Ibnur:
adakah awak nak menyatakan tidak perlu wanita berkhatan, haram wanita berkhatan atau sunat wanita berkhatan?
Saya nak menyatakan bahawa wanita tak perlu berkhatan. Tak ada faedahnya. Haram kalau khatan tu sampai merosakkan fungsi anggota seks. Ia berlawanan dengan hadis 'tiada mudarat dan memudaratkan orang lain dalam Islam.'
Ibnur:
# Imam al-Syafie dan satu riwayat daripada Imam Ahmad mewajibkan wanita berkhatan sama seperti lelaki (Ibnu Taimiyah; al-Fatawa al-Kubra 51-52). Pada mereka dirujukkan kepada hadis yang dijadikan hujjah bagi mewajibkan khitan ke atas lelaki.
Imam Syafi'e dan orang-orang yang sependapat dengannya mengeluarkan pendapat ini atas dasar kefahaman mereka terhadap hadis no.#1 dan no.#2. Puak-puak saya tidak faham hadis tersebut begitu. Saya dah jelaskan perbahasannya. Perbezaan cara memahami sesebuah hadis adalah suatu perkara biasa. Misalnya Imam Syafi'e mengharamkan memakan binatang bertaring dengan hadis 'aklu kulli zi nabin haramun'. Imam Malik guru beliau pula mengharuskan memakan binatang bertaring dengan hadis tadi juga. Antara guru dan murid pun sudah boleh berlaku perkara begini. Masing-masing ada hujah. Anda tak boleh kata fahaman Imam Syafi'e betul dan Imam Malik punya salah. Tuhan saja yang tahu. Fikir sendiri hujah siapa kuat, dan pilih nak sokong siapa.
Ibnur:
# Riwayat lain daripada Imam Ahmad pula menyatakan berkhatan wajib ke atas lelaki saja. Tidak diwajibkan ke atas perempuan. Ia adalah sunnah* yang sangat dimuliakan. Pendapat ini menjadi pegangan jumhur ulama. Ia dirujukkan kepada hadis Rasulullah yang menyatakan khitan tidak wajib ke atas perempuan.
*Anda tak sepatutnya terjemah 'ia adalah sunnah.' Cukup sekadar 'perkara yang dimuliakan.' Jika ia betul-betul sunnah mesti Nabi buat. Tapi saya tak nampak kat mana unsur-unsur memuliakan wanita dengan mengkhatankan mereka. Kecuali jika anda adalah golongan yang menganggap wanita yang belum berkhatan sebagai 'tidak suci' macam sesetengah masyarakat kat tuuuuutt! (sensor), unsur memuliakan wanita dengan berkhatan sangat jelas kelihatan pada mereka kerana wanita naik taraf dari sebuah benda 'tidak suci' menjadi 'seorang yang suci.'
Imam Ahmad dan orang-orang yang sependapat dengannya mengeluarkan pendapat ini kerana berpegang dengan hadis no.#3 dan no.#4. Memang hadis ini daif. Tapi Imam Ahmad adalah seorang yang bermudah-mudah dengan hadis daif. Saya tak heran kalau beliau pakai hadis ini. Orang-orang yang pakai hadis daif tidak mengaitkan khatan wanita dengan agama, yang mengaitkannya dengan agama ialah orang-orang yang pakai hadis no.1 dan no.2.
Ibnur:
dalam awak mendhaifkan hadith-hadith berkenaan, adakah awak mahu menyatakan haram beramal dengan hadith dhaif?
Ya. Haram beramal dengan hadis daif dalam perkara yang bersangkut paut dengan akidah dan hukum syarak seperti halal haram dan dosa pahala. Ulamak yang pakai hadis daif ni pun tak berani kata ia adalah suruhan syarak ataupun sesuatu yang wajib. Sebab tu Imam Ahmad & orang-orang yang sependapat dengannya tak berani kata khatan wanita wajib dengan hadis no.#3 dan no.#4. Dia cuma kata 'elok'. Dia tak kata syarak yang anjurkan. Dia sedar dia sedang berpegang dengan 'tali yang rapuh'.
Saya menjangka anda pasti akan tanya, "Habis kenapa dia pakai hadis ni?"
Jawabnya kebanyakan ulamak (bukan semua) mengharuskan (bukan mewajibkan) penggunaan hadis daif dalam bab 'fadha-ilul-a'mal, bukan dalam perkara yang berkait dengan hukum syarak. Itupun dengan beberapa syarat;
(I) Hadis tu taklah daif dahsyat sangat.
(II)Hadis tu ada asal yang diguna pakai.
(III)Tidak boleh menganggap mesti beramal dengannya. Sebaliknya kena berjaga-jaga.
Jadi sebab tu la Imam Ahmad dan orang-orang yang sewaktu dengannya pakai hadis ini. Atas dasar fadha-ilul-a'mal, bukan atas dasar syariat, dengan menganggap hadis daif itu ada asalnya iaitu hadis no.1 dan no.2. Puak saya tak terima kedua-duanya sebagai asal bagi khatan wanita dengan alasan yang telah disebutkan sebelum ini, sekaligus menolak untuk beramal dengan hadis-hadis daif tadi.
Saya tak setuju dengan mereka dan anda tak boleh marahkan saya. Berapa banyak pendapat Imam Ahmad yang kita tak pakai tanpa rasa bersalah? Tambah 1 lagi dalam senarai yang dah berjela apa salahnya.
Jika saya dan penyokong-penyokong saya taknak pakai hadis-hadis daif tadi, anda tak boleh paksa kami pakai hadis-hadis daif tersebut. Jika anda paksa bermakna anda telah melanggar syarat no.3 akta penggunaan hadis daif dalam bab fadha-ilul-a'mal (cheewah). Saya tak mahu pakai hadis-hadis daif tersebut kerana berjaga-jaga dengan beberapa komplikasi yang bakal timbul akibat penggunaannya. Antaranya:
(I) Saya terpaksa membuktikan bahawa khatan wanita bagus untuk mereka dan memuliakan mereka.
(II) Saya terpaksa menjawab tuduhan musuh-musuh Islam tentang isu FGM yang menyatakan Islam tidak suka wanita menikmati seks.
(III) Adakah saya nak pakai hadis daif ini kerana saya seorang lelaki? Sekiranya saya adalah seorang wanita yang belum dikhatankan, adakah saya akan melakukan perkara yang sama?
(IV) Saya masih ingat cerita musang putus ekor. Seekor musang terputus ekornya kena jerat. Dia tidak ingin dipandang sebagai seekor musang yang cacat lalu pun dia kata kat musang-musang lain, tak ada ekor la bagus, boleh lari laju, tak tersangkut kat celah-celah pokok. kamu pun kerat ekor macam aku la. Adakah saya ingin menyuruh wanita berkhatan kerana saya adalah 'musang togel' tersebut?
(V) Saya terpaksa jelaskan kepada orang ramai mengapa mereka tidak perlu ikut Nabi yang tidak mengkhatankan anak-anak perempuannya, sebaliknya kena ikut imam-imam mazhab yang tidak maksum. Siapalah mereka berbanding dengan Nabi? Padahal Allah telah berfirman 'Katakanlah (wahai Muhammad), jika kamu (orang-orang Islam) betul-betul cintakan Allah, kamu ikutlah aku (Muhammad) nescaya Allah akan sukakan kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu.'
Saya tak dapat berikan jawapan yang bagus untuk komplikasi-komplikasi ini. Sebab tu saya tak pakai hadis-hadis daif tersebut dengan berpandukan syarat no.3 akta penggunaan hadis daif dalam bab fadha-ilul-a'mal. Iaitu berhati-hati dengan hadis daif tersebut, sekiranya ia menimbulkan masalah, tinggalkan saja.
[ Last edited by manzilla at 11-7-2006 07:14 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Saya nak menyatakan bahawa wanita tak perlu berkhatan.
yang ni saya rasa maksud awak hukumnya harus, ye?
Ya. Haram beramal dengan hadis daif dalam perkara yang bersangkut paut dengan akidah dan hukum syarak seperti halal haram dan dosa pahala.
ni pun saya rasa maksud awak haram membuat hukum menggunakan hadith dhaif, ye? |
|
|
|
|
|
|
|
"Abraham Lincoln"
yang ni saya rasa maksud awak hukumnya harus, ye?
saya tak berani mengatakannya haram kerana sebab Allah dan Rasulnya tak kata haram. Tapi ini tak bermakna saya nak tengok saja wanita dikhatankan di depan saya tanpa berbuat apa-apa. Seperti mana mereka berdua tidak mengharamkan sistem hamba, saya tak berani kata sistem hamba haram. Tapi ini tidak pula bermakna saya nak menghidupkan kembali sistem hamba, sebaliknya saya menyokong kuat penghapusan sistem ini.
Sistem hamba tidak diharamkan tidak bermakna Islam mengharuskan penggunaan sistem tersebut dalam setiap masa dan keadaan. Pada zaman sekarang di mana sistem hamba sudah tidak boleh diterima oleh global kerana telah terbukti keburukannya lebih banyak daripada kebaikannya serta mancabuli hak asasi manusia, orang Islam patut meninggalkan sistem ini walaupun tidak diharamkan pada asalnya. Siapa kata orang Islam boleh pakai sistem hamba zaman sekarang kerana ia 'tidak haram'?
Jadi zaman sekarang khatan wanita sudah tidak boleh diterima oleh global kerana sudah terbukti keburukannya lebih banyak daripada kebaikannya (bahkan tiada langsung kebaikannya) serta mencabuli hak asasi manusia, orang-orang Islam adalah lebih patut meninggalkan amalan ini walaupun tidak diharamkan pada asalnya. Jangan nak tunggu 'Abraham Lincoln' bertindak baru nak bertindak. Jangan lupa yang orang Islam tak dapat nama dalam penghapusan sistem hamba dulu kerana adanya golongan yang berpendapat 'Islam tidak mengharamkan sistem hamba, jadi kita mesti pakai sistem ini. Jangan hapuskan sistem hamba kerana Islam tidak mengharamkannya. Nabi ada hamba, kita pun berhak untuk ada hamba.' Apa dah jadi dengan mereka sekarang? Sudah dilupakan dan dikritik oleh umat Islam sendiri.
Sekarang keadaannya sama. Jangan biarkan orang bukan Islam dapat nama sekali lagi kerana adanya golongan yang berpendapat 'Islam tidak mengharamkan khatan wanita, jadi kita mesti mengkhatankan mereka. Jangan hapuskan khatan wanita kerana Islam tidak mengharamkannya. Penyudahnya 'Abraham Lincoln' jugak yang dapat nama sekali lagi. Tak pepasal je.
Mengapa Tuhan tidak mengharamkan sistem hamba? Dia saja tahu. Mengapa Tuhan tidak mengharamkan khatan wanita? Dia saja tahu. Jangan tanya saya.
ni pun saya rasa maksud awak haram membuat hukum menggunakan hadith dhaif, ye?
Ya tentu sekali. Haram membuat hukum dengan menggunakan hadis daif. Ini cukup jelas.
okay .. tak per... saya ni suka bertanya...
Nampaknya anda memang suka bertanya, tapi adakah anda juga suka menjawab? Sekarang saya pula tanya anda.
Yang anda begitu nekad nak menegakkan khatan wanita ni apa pasal? Adakah anda anggap ia adalah ajaran agama Islam dan mesti dipertahankan walau dengan apa cara sekalipun seperti tutup aurat? Ataupun anda telah nampak beberapa kebaikan khatan perempuan yang saya tak nampak? Saya percaya anda tak akan berusaha begitu keras untuk menegakkan suatu amalan yang sia-sia dan tidak berfaedah.
Oleh kerana anda telah pakai hadis-hadis daif tersebut, sekarang anda kena bertanggungjawab terhadap komplikasi-komplikasi yang telah timbul akibat penggunaanya.
(I) Sila buktikan bahawa khatan wanita bagus untuk mereka dan memuliakan mereka.
(II) Sila jawab tuduhan musuh-musuh Islam tentang isu FGM yang menyatakan Islam tidak suka wanita menikmati seks.
(III) Adakah anda nak pakai hadis daif ini kerana anda seorang lelaki? Sekiranya anda adalah seorang wanita yang belum dikhatankan, adakah anda akan melakukan perkara yang sama?
(IV) Saya masih ingat cerita musang putus ekor. Seekor musang terputus ekornya kena jerat. Dia tidak ingin dipandang sebagai seekor musang yang cacat lalu pun dia kata kat musang-musang lain, tak ada ekor la bagus, boleh lari laju, tak tersangkut kat celah-celah pokok. kamu pun kerat ekor macam aku la. Adakah anda ingin menyuruh wanita berkhatan kerana anda adalah 'musang togel' tersebut?
(V) Sila jelaskan kepada orang ramai mengapa mereka tidak perlu ikut Nabi yang tidak mengkhatankan anak-anak perempuannya, sebaliknya kena ikut imam-imam mazhab yang tidak maksum. Siapalah mereka berbanding dengan Nabi? Padahal Allah telah berfirman 'Katakanlah (wahai Muhammad), jika kamu (orang-orang Islam) betul-betul cintakan Allah, kamu ikutlah aku (Muhammad) nescaya Allah akan sukakan kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu.' |
|
|
|
|
|
|
|
(V) Sila jelaskan kepada orang ramai mengapa mereka tidak perlu ikut Nabi yang tidak mengkhatankan anak-anak perempuannya, sebaliknya kena ikut imam-imam mazhab yang tidak maksum. Siapalah mereka berbanding dengan Nabi? Padahal Allah telah berfirman 'Katakanlah (wahai Muhammad), jika kamu (orang-orang Islam) betul-betul cintakan Allah, kamu ikutlah aku (Muhammad) nescaya Allah akan sukakan kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu.'
apa-apa hal pun, yang ni saya nak tanya dulu. Ada tak mana-mana sumber hadith yang menyatakan anak-anak perempuan Nabi Muhammad s.a.w. berkhatan atau tidak?
Bagaimana pula dengan puter lelaki (Qasim ibnu Muhammad) dan cucu Baginda (S. Hussin dan Hassan) . Ada tak mana-mana sumber hadith yang menyatakan mereka berkhatan atau tidak? Jika tiada, adakah bermakna mereka tidak berkhatan?
(IV) Saya masih ingat cerita musang putus ekor. Seekor musang terputus ekornya kena jerat. Dia tidak ingin dipandang sebagai seekor musang yang cacat lalu pun dia kata kat musang-musang lain, tak ada ekor la bagus, boleh lari laju, tak tersangkut kat celah-celah pokok. kamu pun kerat ekor macam aku la. Adakah anda ingin menyuruh wanita berkhatan kerana anda adalah 'musang togel' tersebut?
cerita karut, saya rasa tek perlu dijawab.
(III) Adakah anda nak pakai hadis daif ini kerana anda seorang lelaki? Sekiranya anda adalah seorang wanita yang belum dikhatankan, adakah anda akan melakukan perkara yang sama?
minta maaf, bukankah ibubapa yang minta dilakukan? Jawapannya, ya dan isteri saya pun bersetuju.
(II) Sila jawab tuduhan musuh-musuh Islam tentang isu FGM yang menyatakan Islam tidak suka wanita menikmati seks.
tak perlu layan musuh islam. kalau layan sampai bila pun tak habis.
(I) Sila buktikan bahawa khatan wanita bagus untuk mereka dan memuliakan mereka.
saya hanya menyampaikan hadith.
Balik kepada
Yang anda begitu nekad nak menegakkan khatan wanita ni apa pasal? Adakah anda anggap ia adalah ajaran agama Islam dan mesti dipertahankan walau dengan apa cara sekalipun seperti tutup aurat? Ataupun anda telah nampak beberapa kebaikan khatan perempuan yang saya tak nampak? Saya percaya anda tak akan berusaha begitu keras untuk menegakkan suatu amalan yang sia-sia dan tidak berfaedah.
tak apalah kalau awak rasa begitu terhadap saya. tujuan saya asalnya, bila ada forumer meminta hadith berkenaan khatan wanita. lalu saya beri. kemudian awak memberi hujah, saya tak hujah apa-apa pun. jadi, mbali kepada awak yang nak mempertahankan hujah. saya tak beri pun pendapat saya, cuma saya mengikut pendapat mazhab.
Ya tentu sekali. Haram membuat hukum dengan menggunakan hadis daif. Ini cukup jelas.
soalan terakhir,..... ooopppss... dh dijawab di post sebelum ni.
wassalam.
[ Last edited by ibnur at 13-7-2006 12:52 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
NO KOOOMEN... |
|
|
|
|
|
|
|
weh benda sunat..kalu buat dpt pahala tak mau buat.. no hal maa. Tp kalu tegah org buat menda sunat tuh berdosa.. So sunnat utk perempuan tuh adalah cara utk dpt pahala sunat"penghormatan keatas wanita". Kalu buat melampau mcm Afrika, potong habis.. jatuh haram pulak ....aniaya. Cuma isunya, cara mana yg dikata sunat tuh? Ada yg kata stakat simbolik menyuci balung tuh.. ada yang kata buang kulit senipis kulit bawang, ada yg kata potong sikit hujung.. so cara mana tuh ler yg kena pastikan. Anak aku besok.. stakat simbolik cuci pun ok. |
|
|
|
|
|
|
|
tajuk thread nih tak der rupa utk muslimin/muslimatnyer sub thread."Bersunat Corrective.. cosmetic?" tak sesueeeei ler..Bersunat is neither corrective nor cosmetic haiya...what r u trying to lead?. |
|
|
|
|
|
|
|
Penghormatan keatas perempuan? HaHa!
So sunnat utk perempuan tuh adalah cara utk dpt pahala sunat"penghormatan keatas wanita".
Manakah unsur-unsur penghormatan yang digembar-gemburkan? Dari segi sosial? Dari segi Sexual? Dari segi agama? Adakah perempuan itu sendiri akan merasa 'cool' dan dihormati @ terhormat setelah dikhatankan? Ask women.
Saya tak tegah orang buat benda sunat. Saya tak pernah pun iktiraf 'kesunatan' khatan wanita dan pahalanya. Saya tak ingin kaitkan khatan wanita dengan agama Islam. Saya cuma tegah orang buat benda tak ada faedah dan merugikan diri. Kurang satu fungsi seks, bukankah itu rugi? Tanyalah mana-mana perempuan yang berkhatan setelah merasa seks untuk sekian lama, bukan yang berkhatan sebelum mengenal seks ataupun dipotong ketika masih bayi, anda tak akan dapat jawapan yang betul. Biarkan anak anda merasa seks dulu sebelum tanya dia nak berkhatan atau tidak. Saya gerenti jawapannya tidak. Kalau anda paksanya, anda dah keterlaluan. |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai.......kuku pun Allah cipta boleh panjang! Takkan potong kuku pun mengubah ciptaan tuhan? |
|
|
|
|
|
|
|
Kuku, Kaka, Kalalalala...
Halah, kuku tumbuh balik... Sapa yang pernah 'tumbuh balik' setelah dikhatankan? No system restore.
Potong kuku tu adalah untuk tujuan kebersihan... Khatan lelaki juga untuk tujuan kebersihan, sebab tu saya terima khatan lelaki. Mana unsur-unsur kebersihan pada mengkhatankan wanita? Tiada. Sebab tu khatan wanita tak sama dengan potong kuku atau khatan lelaki.
Potong kuku tak menyebabkan anda kehilangan separuh / sepenuhnya deria sentuh pada hujung-hujung jari, khatan wanita menyebabkan clitoris mereka 'unpowered' / 'malfunctioned properly'.
Jadi potong kuku tak sama dengan khatan wanita. |
|
|
|
|
|
|
|
Membaca dari tulisan-tulisan manzilla ni, saya cuba juga bandingkan dgn pandangan para ustaz, ulamak dan para imam mazhab. nampak ada beberapa perbezaan antara manzilla dgn beberapa para ulamak mazhab dan imam mazhab sendiri.
cuma kelebihan manzilla dengan tambahan sindiran haha dan kaka manzilla tu. amat berbeza sekali dgn pandangan ulamak dan imam yg tak sindir org tapi menghormati pandangan org. kalau nak tegakkan pandangan sendiri, orang lain pun ada juga nak tegakkan pandangan sendiri. thread ni saya rasa dah semakin panas sebab masing-masing nak tegakkan pandangan sendiri.
Yang sunnah tu bukan cara perbuatan, tetapi usaha untuk mengikut cara Rasullullah. |
|
|
|
|
|
|
ErrolNeo This user has been deleted
|
Hey all,
I'm a Malaysian now study in HK~
I'm not muslim,
for me, I just gotta do circumcision (berkhatan) bcoz my foreskin is too tight for my glan to expose~
I haven't done it but I'm going back to Malaysia to do it in few weeks~
It's damn expensive in HK..roughly RM1500~2500
So I need to gather some info b4 that~
Does anyone know if there is any clinic in KL that do circumcision with laser?
Pls post the addressof the clinics and the likely price if possible,
All yr help will b much appreciated~
Thx! |
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku, normala ada pointsnya. it's up to our belief. bagi aku, takder tertulis dalam al-Quran sunat tu wajib. cuma digalakkan oleh Rasulullah sahaja. ada kawan aku, lepas sunat, kons dia gatal terus bengkak. bila doktor check, rupa2nya ada infection waktu bersunat tu. so kalau bersunat tu buat bahaya pada seseorg tu, aku rasa baik elakkanlah bersunat. sama gak bagi yg sensitip sangat. mgkin bila kepala kons bergesel dgn seluar dia boleh terasa stims atau cepat terangsang.. jadi kalau kita sedar, baik takyah sunatkan ler. tapi kalau takder masalah, bersunat jer lah. aku rasa kebanyakan kita takder maslaah nak bersunat2 ni.. so teruskan jer lar.
cuma bagi perempuan, tak sunat pun takper. kalau dah terpanjang sangat, kerat kan jer lar. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #99 ErrolNeo's post
laser!!!!hahaha...kitorang pakai pisau je.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|