CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cakna

HIMPUNAN TOKOH USAHAWAN BERJAYA [MERGE]

[Copy link]
Post time 24-4-2009 10:35 AM | Show all posts
Originally posted by hshiyuti at 23-4-2009 21:18
kesederhanaan tak semestinya bermaksud kurang berpunya kewangan.

yuti...

emmm...tak brape nak paham apa yang yuti cuba bangkitkan...

boleh tolong perjelaskan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2010 05:07 AM | Show all posts

50 perkara dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

50 perkara dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-BukharyLatar belakang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary- Umur – 53 tahun- Pendidikan – SPM- Mula berniaga – 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)- Kekayaan -RM1,425 juta- Ke 7 terkaya di Malaysia- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)- Antara syarikat miliknya – MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat- Kereta – Proton Perdana- Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary,institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.- Bagaimana sumbangan sosialnya bermula – Bilamana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun ( RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2010 05:10 AM | Show all posts
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan. 27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya. 28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama. 29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan . 30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu. 31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa. 32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Ha
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2010 05:12 AM | Show all posts
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan. 27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya. 28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama. 29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan . 30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu. 31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa. 32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain. 33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju. 34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian. 35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun. 36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana. 37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku. 38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir. 39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh. 40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya. 41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus. 42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai. 43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri. 44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat. 45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur. 46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung. 47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai. 48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok. 49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. 50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Sumber: http://jerungperkasa.com/internet-marketing/50-perkara-dari-syed-mokhtar-al-bukhary-orang-melayu-wajib-tahu
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2010 05:56 AM | Show all posts
aku nakkkk sangat baca

tapi buat la perenggan sayang oi.. pinau mata :C
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2010 09:20 AM | Show all posts
kena pakai pembaris la lagu ni.. huhuhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2010 10:50 AM | Show all posts
Ni aku tolong editkan

50 perkara dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-BukharyLatar belakang
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

- Umur – 53 tahun- Pendidikan – SPM- Mula berniaga – 19 tahun
  (jual beli lembu dan kerbau)

- Kekayaan -RM1,425 juta- Ke 7 terkaya di Malaysia- Ke 32 terkaya
  di Asia Tenggara (Forbes)

- Antara syarikat miliknya – MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia,
  DRB-HICOM dan Bank Muammalat

- Kereta – Proton Perdana- Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary,
  institusi pengajian untuk 3,000 pelajar,Muzium Kesenian Islam,
  Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu,
  pengindahan Masjid Negara,sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami
  dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu
  untuk tunaikan haji.

- Bagaimana sumbangan sosialnya bermula

– Bilamana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun ( RM750.00)
  pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah.
  Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga
  menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi
  kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan.Dari situ bermulalah pembentukan
  peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.
       
        1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda
                   sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya.
           Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal
           berpanjangan

        2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu
                    kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi
            masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu
                    senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

        3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau
           macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja.
           Proses kematangan saya yang membezakannya. S aya percaya sesiapa
           pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan
           tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa.Tiada jalan singkat.

        4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu
           buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui
           jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

        5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana
           mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita
           kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan
                   mereka.Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan
           kita.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2010 10:53 AM | Show all posts
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada
            cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

        7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan
            lain.

        8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat
            berusaha.
       
        9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini
            sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

        10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke
             Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok.
             Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju
             banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam,
                     hendak makan pun sampai larat mana ?

        11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa  
                      di atas, ada masa di bawah.

        12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah,
                      tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui
              kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa
                      dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang
              tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan
              duit itu lebih kuat daripada yang lain.

        13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai
              persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu
              kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri.
              Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka
              marah

        14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi
              hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat
              fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit
              saja.Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan
              dengan baik.

        15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat
              apa-apa dan balik ke Alor Star.Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia.
              Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana
              tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil
                      kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih
              tidak buat apa-apa !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2010 10:57 AM | Show all posts
16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya
              bukan individualistik.Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran
              ini kepada saya tidak mustahak .

        17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina
              kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang
              Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam.
              Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain.
              Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

        18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya
              belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya
                      mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang
              orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita
              dapat keuntungan dan rezeki lebih,bolehlah kita menolong orang.

        19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada
              kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya
              hanya memegangnya untuk sementara sahaja.20. Saya tiada keinginan
                      untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak
              akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan
              akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang
              saya lakukan sekarang.

        21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita
              terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya
              bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

        22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang
              saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua.
              Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun
              tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu
              berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

        23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan
              untuk saya tetapi untuk orang ramaijuga. Orang tidak tahu banyak
              syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi
              orang tidak tahu.

        24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta
              dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka
              hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan
              diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu
              selama-lamanya.

        25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana
              yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan
              membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang
              RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik.
                      Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai
              yang mahu bertanggungjawab.

        26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah,
              lebai kodok bukan lebai pondok.Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau
              mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan
              fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan
              badan.

        27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila
              pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan
              dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi
              walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

        28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh
              berkongsi sama.

        29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang
              sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama
              seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak
                      boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin
              ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .
          
        30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya
              manusia yang banyak buat kesilapan.Tetapi saya insaf, beristighfar
              dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak
              kita sebagai orang Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2010 10:59 AM | Show all posts
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa
              bersusah sedikit pun tidak mengapa.

                32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain
              pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong
              orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

        33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit
              masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

        34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat
              kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama
              hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah.
              Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

        35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana
              dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab.
              Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang
              fleksibel, boleh naik dan turun.

        36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes
              tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta
              nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

        37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani
              perang dengan sesiapa pun.Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara
              jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu
              ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh
              berlaku.

        38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa
              kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita
              berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci
              kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang
              Melayu berfikir.

        39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang
              ada pada saya ini hanya usaha.Kalau anak dangau macam saya boleh,
              tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak
              boleh.
       
        40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh
              memberikan kesan psikologi negatif kepada 0rang Melayu (kereta
              dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar
              dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan
              itu matlamatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2010 11:01 AM | Show all posts
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja
              keras dan fokus.

        42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau
              setinggi mana pun kejayaan dicapai.
       
        43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula
              daripada didikan orang tua saya sendiri.

        44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal
              jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habisbaru hendak buat semua ini.
              Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat
              saya buat.

        45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya
              terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas
              air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

        46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup
              mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat
              banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat
              langsung.

        47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya
              fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai.
              Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai
              boleh pakai.
  
        48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai
              (kesenangan) apa yang saya pernah rasa.Saya tahu bagaimana
              perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya
              mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih
              tak mengapa.Itu yang membuat hati saya seronok.

        49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada
              kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

        50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2010 01:47 PM | Show all posts
Terima kasih banyak pada TT. Aku memang kagum ngan tan sri mokhtar ni..da buat aku bangga sebagai org melayu...

boleh juga dijadikan tips utk kita usahawan baru ni....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2010 02:02 PM | Show all posts
Terima kasih banyak pada TT. Aku memang kagum ngan tan sri mokhtar ni..da buat aku bangga sebagai org melayu...

boleh juga dijadikan tips utk kita usahawan baru ni....
matakucing Post at 27-2-2010 13:47


syed mokhtar arab kan.. dn dia kuat pegangan arabnyer dari keluarganya kan... setahu aku ada ker org melayu camtuh...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2010 04:50 PM | Show all posts
melayu sendiri dah bnyk campurannye.. arab, siam, india, cina.
dlm melayu sendiri dah mcm 1 malaysia..
kire syed mokhtar tu melayu jela..
apepon bangga..
aku pasti bukan senang die dpt ape yg die ade..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2010 08:34 PM | Show all posts
trima kasih tolong perenggankan...
bila bangun tido buka internet....
kpala haru biru dgn nama saatcham2020...
lps nih ntah apa nama kuar...mgkin saatcham3030,saatcham4040..
manusia oh manusia...
x abih2 buat kacau dalam forum...

jk ada sesiapa x puashati,x puas jantung dgn aku nie..sila emelkan,kita jumpa n bincang
bukan buat nama kembar2 semata2 nak malukan aku...
be a man!jangan ada telor 2 biji tp mcm xdak telor!
aku gerammmm betull nih!
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2010 10:15 PM | Show all posts
trima kasih tolong perenggankan...
bila bangun tido buka internet....
kpala haru biru dgn nama saatcham2020...
lps nih ntah apa nama kuar...mgkin saatcham3030,saatcham4040..
manusia oh manusia...
...
saatchambizz Post at 27-2-2010 20:34


thread ni dah ada bro.. saya merge
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.382129 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list