CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Bantuan RM500: Rayuan permohonan BR1M dilanjut akhir bulan ini

  [Copy link]
Post time 10-12-2011 12:31 PM | Show all posts
kat area rumah ris dia orang gi ambik kat sekolah.......... ada satu sekolah menengah tuh bukak ka ...
Risma Post at 10-12-2011 12:28


erm..kt sekolah terpilih je kan ris..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2011 12:34 PM | Show all posts
makin lama makin nampak "mainan" BR1M nehhh
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 12:37 PM | Show all posts
Ada sesapa yang keja LHDN? Nak tanya sikit..

Apakah dokumen yang diperlukan untuk dihantar sekali ...
bacteria82 Post at 6-12-2011 17:27



    rasa cam x bleh bac..sbb dia masih ada anak2 yg bleh menanggung..unless dok sorang sebatang kara..kalau x salah yg iols dgr la
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 12:38 PM | Show all posts
erm..kt sekolah terpilih je kan ris..
reenz013 Post at 10-12-2011 12:31

ye sekolah terpilih sahaja.......... kat area tempat ris nih, sekolah tuh satu je buka kaunter pasal nih............
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 12:38 PM | Show all posts
makin lama makin nampak "mainan" BR1M nehhh
hzln Post at 10-12-2011 12:34



    cara2 mensaiko
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 12:45 PM | Show all posts
6 bulan baru dapat...maknanya kena pangkah dacing dulu lah kan kalu nak merasa 500 hengget tu? terpe ...
hzln Post at 10-12-2011 12:30

katanya pembayaran dibuat bermula dari bulan januari
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2011 12:50 PM | Show all posts
katanya pembayaran dibuat bermula dari bulan januari
Risma Post at 10-12-2011 12:45



    tempoh 6 bulan dari januari hingga jun....ntah hapa maksudnya ntah
byk gila tu borang nak kena proses nak kena siasat tiap satu, brp kerat sajalah yg dpt bulan januari tu agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 01:10 PM | Show all posts
berduyun-duyun org dtg ambik borang..
elok jugek sbb selama ni, tak pernah pun nak dtg LHDN sbb ta ... umpan RM500 jek.. tp dapatan nya.. juta-juta kot. tunggu jek laa surat income tax dtg
zehra2 Post at 28-11-2011 17:22


habis tuh.. tgk kat cari ni jer lah.. asyik heboh guna tax payers segala mende
sket2 habis guna duit rakyat
ke hulu rakyat ke hilir rakyat
skrg tgk sape kena..
yg dok bising2 tuh betul2 bayor cukai ke??? asyik moyan semcm jer..
setahu sara, hanya mereka yg berpendapatan RM3000 ke atas yg layak dicukai.. yg depa2 nih adakah :
hanya tau menggunakan duit cukai
ato menghabiskan duit cukai
ato akan dipaksa bayo cukai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2011 01:13 PM | Show all posts
katanya pembayaran dibuat bermula dari bulan januari
Risma Post at 10-12-2011 12:45



    kalo ibu tunggal yg dapat pencen arwah suami, mmg akan terus masuk dlm akaun bulan disember nih.. sara dengo dlm radio mcm tu lah! sbb nak mudahkan proses ibu tunggal... sara tgk opah sara punya pencen bulan disember ni agaknya masuk ler sbb pencen dibayor awal 17/12, sekali kot dgn bantuan RM500 tuh
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 01:29 PM | Show all posts
Info dalamn dari staff LHDN dok kate(tp kalo x betul x taulakan) isi rumah berpendaptn bwh RM3000 ya ...
cikilala Post at 2-12-2011 13:21



    Kalau aku, mmg dah ada nama di LHDN. Jadi aku rasa tak perlu khuatir.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 01:31 PM | Show all posts
6 bulan baru dapat...maknanya kena pangkah dacing dulu lah kan kalu nak merasa 500 hengget tu? terpe ...
hzln Post at 10-12-2011 12:30



    Sudahlah kena suruh pangkah, lepas tu nama pulak kena pegang LHDN. Silap2 nanti apa2 hasil yg dia dapat pun semua kena pantau LHDN... jadi takleh nak escape bayar income tax. Seb baik dapat RM500, tapi seronok sekejap jer lah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 01:33 PM | Show all posts
ada jugak yg ingat cukai tu dlm bentuk income tax saja....sapa yg tak layak byr income tax tu tak menyumbang bayar tax pada negara....speechless mak
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 01:36 PM | Show all posts
Sudahlah kena suruh pangkah, lepas tu nama pulak kena pegang LHDN. Silap2 nanti apa2 hasil ...
Muntz Post at 10-12-2011 13:31



    pangkah ler dulu.....u hep mi...i hep u maaaaa.....
betapa mudahnya "membeli" rakyat malaysia, sudahnya nama masuk rekod LHDN utk sepanjang hayat
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 01:47 PM | Show all posts
dah citer bab pendapatan, kita kira pendapatan ler
kalo cukai lain tu kenkadang cukai tersembunyi jer
atau cukai perkhidmatan
tu kalo org yg guna perkhidmatan
dan tak semua guna perkhidmatan itu secara berterusan
ada kalanya secara berkala atau kenkadang tak guna langsung pun
bkn semua org suka makan minum di tempat2 yg kena cukai
atau menggunakan tempat2 yg dikenakan cukai
etc vice versa!
tulis 1 contoh jer itu pun kecoh ke? speechless ayah! {:4_241:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2011 01:49 PM | Show all posts
Borang bantuan rakyat 1Malaysia diedarkan hari ini

2011/12/10

KUALA LUMPUR: Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 boleh didapati secara percuma mulai hari ini, di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah terpilih dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, maklumat lanjut boleh diakses dengan melayari laman web, http://www.treasury.gov.my atau menghubungi talian 1-800-222-500. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2011 01:54 PM | Show all posts
Madu layak dapat bantuan RM500

Oleh TOREK SULONG
[email protected]



Awang Adek

--------------------------------------------------------------------------------



BACHOK – Semua isteri yang dimadukan suami layak mendapat wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 setiap seorang jika pendapatan bulanan isi rumah itu di bawah RM3,000 sebagaimana yang dijanjikan dalam pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini.

Ini bermakna, jika suami mereka berpendapatan di bawah RM3,000, setiap isterinya layak membuat permohonan bantuan itu secara berasingan walaupun mereka tidak mempunyai anak.

Bagaimanapun, dalam kes ini, suami itu sendiri serta isterinya yang mempunyai pendapatan sendiri berjumlah RM3,000 dan ke atas tidak layak memohon.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, peruntukan itu akan disalurkan terus kepada semua isteri yang layak dan dianggap sebagai ketua dalam keluarga masing-masing.

“Kalau suami itu ada empat isteri, maka isteri pertama hingga keempat layak memohon wang bantuan itu dengan mengisi borang yang disediakan dan ia perlu disahkan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keamanan Kampung Persekutuan (JKKKP) di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan cek pinjaman Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (TEKUN) berjumlah hampir RM400,000 kepada 40 usahawan di Dewan Haji Hussin, dekat sini semalam.

Seramai 5.2 juta isi rumah dijangka layak menerima bantuan RM500 sekali bayar itu dengan peruntukan RM2.6 bilion.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2011 01:56 PM | Show all posts
Isteri dimadu layak mohon bantuan RM500

BACHOK 9 Dis. - Semua isteri yang dimadukan dengan pendapatan bulanan isi rumah di bawah RM3,000 berhak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 bagi meringankan beban keluarga.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, bantuan tersebut akan disalurkan kepada isteri-isteri terbabit kerana mereka yang menguruskan keluarga masing-masing.

Beliau berkata, lelaki atau wanita bujang yang menanggung keluarga kerana ibu dan ayah sudah meninggal dunia juga layak memohon bantuan tersebut.

"Isteri pertama, kedua hingga keempat juga berhak mendapatkan bantuan itu dengan mengisi borang yang disediakan dan di negeri Kelantan ia perlu disahkan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keamanan Kampung Persekutuan (JKKKP) di kawasan masing-masing.

"Bagi golongan bujang yang tidak berkahwin tetapi mempunyai tanggungan adik-beradik terutama keluarga yatim piatu, juga berhak mengemukakan permohonan untuk menerima agihan wang yang dijanjikan Kerajaan Persekutuan.

"Bagaimanapun, mereka yang keseorangan tanpa isteri (bujang) dan lain-lain tanggungan tidak berhak menerimanya. Namun, ibu tunggal dan bapa tunggal termasuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas berhak menikmati manfaat ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan cek pinjaman Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (TEKUN) berjumlah hampir RM400,000 kepada 40 usahawan di Dewan Haji Hussin, dekat sini hari ini.

Hadir sama, Pengurus TEKUN Parlimen Bachok, Zailani Ya.

Awang Adek berkata, semua JKKKP sudah diberi taklimat khusus untuk melicinkan pengurusan agihan borang dan diminta mempermudahkan pengesahan kepada semua pemohon tanpa mengira fahaman politik.

Katanya, pemberian bantuan itu tidak boleh dijadikan isu politik kerana pelaksanaannya akan dibuat secara telus dan adil tetapi ia dibuat menerusi JPP dan JKKKP bagi melicinkan pengurusan di negeri yang ditadbir oleh parti pembangkang.

"Ini adalah usaha Kerajaan Persekutuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah sebagaimana yang dijanjikan dalam pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini.

"Kerajaan juga sudah melunaskan tanggungjawab menyalurkan bantuan persekolahan berjumlah RM100 kepada setiap pelajar baru-baru ini," katanya.

Katanya, sudah banyak usaha membela kebajikan rakyat dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan yang seharusnya disedari oleh rakyat terutama di negeri itu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 02:21 PM | Show all posts
mak aku 2 hari sudah isikan

berpusu2 org kg aku duk isi borang ni dekat dewan org ramai...

abg ipar aku ketua kg pun sama...dia cite ada yg duk jual borang sampai rm40 tapi bkn kg dia laaa....

semalam pun masih ramai duk isi borang...hari ni pun aku rasa ramai gak isi borang petang karang
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 02:53 PM | Show all posts
rasa cam x bleh bac..sbb dia masih ada anak2 yg bleh menanggung..unless dok sorang sebatan ...
KIM.mafia Post at 10-12-2011 12:37


Oh.. Ok Kim.. Thanks..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 04:06 PM | Show all posts
yang pencen dapat gula2 dari najib Rm500 boleh mintak  gak ker??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.213296 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list