Fatia tomboi jadi lembut
Oleh Ramlah Zainal [email protected]
2010/03/25
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
NAMA pendatang baru, Nur Fathia Abd Latiff mungkin masih asing di persada seni tanah air. Namun, bersandarkan wajah jelita dan bakat berlakon, Nur Fathia atau nama sebenarnya, Nur Fathia Abd Latiff, 22, turut menarik perhatian penerbit dan pengarah drama tempatan.
Antara lakonannya ialah watak pembantu dalam telefilem Joe & Faridah lakonan Erra Fazira dan Adlin Aman Ramlie. Selain itu, watak Nabila dan menjadi kawan kepada Nur Amina lakonan Tiz Zaqyah dalam drama bersiri popular Nur Kasih. Terbaru, pelakon berdarah kacukan Arab-Melayu-Bugis ini dilamar menjadi heroin dalam drama bersiri Bila Musang Berjanggut arahan Azman Yahya atau Jinggo terbitan JS Pictures Sdn Bhd yang akan disiarkan dalam slot Lagenda TV3 mulai 29 Mac ini. Fathia diberi watak utama sebagai Cempaka Ainstone bergandingan dengan Fizo Omar. Fathia berkata, ia juga julung kalinya dia diberi watak utama dalam drama. Semuanya bermula, selepas dihubungi Sheila Rusly untuk berlakon dalam drama ini. "Saya terima tawaran Sheila kerana tertarik dengan watak Cempaka Ainstone, wanita berdarah campuran tetapi masih kekal dengan sifat wanita Timur. Watak itu memang mencabar kerana perwatakan sebenar saya tomboi dan agresif, tapi Cempaka pula wanita yang lemah lembut. "Cempaka juga bukan wanita yang mudah diperlekehkan orang dan dia juga tidak mudah tergoda dengan lelaki. Dia juga gadis bijak dan mempunyai keperibadian tinggi," katanya. Mengenai gandingannya dengan Fizo, Fathia berkata, dia tidak berasa kekok berlakon di sisi Fizo walaupun ini kali pertama digandingkan bersama dalam drama. "Sebagai pelakon lebih berpengalaman, Fizo yang memegang watak Putera Ashraf tidak lokek berkongsi ilmu lakonan dengan saya. "Cerita ini mengisahkan Putera Ashraf yang perlu memenuhi amanat bapa angkatnya untuk berkahwin apabila beliau menutup mata. Putera Ashraf perlu mencari calon isteri dalam tempoh 100 hari. Ketika itulah, dia bertemu dengan Cempaka Ainstone, gadis kacukan yang masih ada ciri ketimuran," katanya.
Sementara itu, minat macam mana sekalipun dalam bidang lakonan, Fathia yang juga penuntut jurusan Sarjana Muda Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam tetap mengutamakan pelajaran sebagai jaminan masa depan.
"Saya menjadikan sepupu saya, personaliti TV yang kini bergelar peguam, Farah Adeeba sebagai idola dalam hidup saya. Buat masa ini, saya hanya terima tawaran buat model iklan dan berlakon pada musim cuti semester saja," katanya. Anak kelahiran Ayer Hitam, Pulau Pinang ini berkata, dia akan memberi fokus pada bidang lakonan selepas menamatkan pengajiannya kelak.
"Saya mahu bergelar pelakon yang berilmu. Terus terang, saya berlakon kerana minat dan bukan untuk mengejar glamor semata-mata. Insya-Allah, apabila impian saya dalam bidang lakonan tercapai barulah saya mengejar cita-cita menjadi peguam pula nanti," katanya. Selain berkecimpung dalam bidang lakonan, Nur Fathia terlebih dulu bergelar model iklan komersil, sejak dua tahun lalu. Iklan komersil yang menaikkan namanya ialah watak gadis bertudung dalam iklan syampu Sunsilk sambil menendang bola futsal. Iklan lain, Nespray, Brylcream, Hotlink, Perodua dan Panasonic.
37 artis di Klang Parade
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff [email protected]
2010/03/25
Siri akhir jelajah ABPBH 2009 paling meriah
SIRI jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 yang keempat, yang bakal diadakan di pusat beli-belah Klang Parade, Klang, dari 26 hingga 28 Mac ini tentunya muncul siri paling meriah apabila 37 artis mengesahkan kehadiran mereka pada acara berkenaan.
Nama besar dalam industri hiburan tempatan seperti Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Fara Fauzana, Jaclyn Victor, Aizat, Maya Karin, Farid Kamil, Remy Ishak dan Fahrin Ahmad ialah antara penyanyi, pelakon, pengacara televisyen dan penyampai radio yang bakal mendekati peminat pada siri jelajah terakhir untuk ABPBH edisi ke-23 ini. Calon Top 5 dan selebriti lain yang akan turut menghangatkan pentas pada acara persembahan yang dijadualkan berlangsung pada 2 petang, 28 Mac ialah Faizal Ismail, Sharifah Aleya, Raja Azura, Along Raja Lawak, Meet Uncle Hussain, Black, Saujana, Hijjaz, Adam, Aril, Isma, Hafiz, Liyana Jasmay, Dira Abu Zahar, Fizz Fairuz, Diana Danielle, Nabil, Angah Raja Lawak dan Noorkhiriah.
Tidak ketinggalan memeriahkan acara ialah Zizan, Scha, Tiz Zaqyah, Lisa Surihani, Puteri Mardiana, Nik Sayyidah, Fizo Omar, Didie Alias dan Enot.
Klang Parade muncul destinasi terakhir selepas siri jelajah itu terlebih dulu singgah di Village Mall, Sungai Petani (5 & 6 Mac), Mesra Mall, Kemaman (12 & 13 Mac) dan Plaza Angsana, Johor Bahru (20 & 21). Sempena dengan jelajah ini juga, beberapa outlet di Klang Parade akan membuat potongan jualan sehingga 70 peratus.
Menurut Pengurus Pemasaran dan Promosi, Persatuan Akademi Industri Muzik, Mas Ayie Mas Omar, sekiranya 10,000 peminat menghadiri acara yang diadakan di Johor Bahru, dia menjangkakan sambutan lebih hangat bakal diterima apabila calon calon Top 5 ABPBH 2009 itu muncul di Klang, hujung minggu ini.
Lebih menarik, artis yang bakal menaiki bas rasmi ABPBH2009, Sinar Mas Travel & Tours akan diiringi 20 penunggang motosikal Naza Bikers, yang berkonvoi bersama artis dari ibu pejabat Berita Harian di Bangsar, menerusi laluan Subang Jaya dan Shah Alam, sebelum tiba di Klang.
Pada hari pertama, peminat akan berpeluang menyaksikan gelagat dan bakat peserta pertandingan nyanyian Bintang Idola Berita Harian (BIBH) peringkat saringan bagi kawasan Lembah Klang. Keesokannya, peserta terpilih ke peringkat akhir kawasan terbabit akan bertanding pula pada acara final. Kedua-duanya dilangsungkan pada sebelah pagi.
"Pada 28 Mac, acara final BIBH yang menyaksikan pemenang dari keempat-empat kawasan siri jelajah bersaing merebut gelaran juara mutlak akan diadakan.
Pertandingan akhir ini akan diadakan pada sebelah pagi, manakala acara persembahan artis pula dijangka bermula jam 2 petang," katanya.
Sebaik saja acara persembahan bermula, peminat pasti akan terhibur bukan saja dengan persembahan penyanyi popular kesayangan mereka, bahkan peminat juga akan menyaksikan pelbagai gelagat lucu insan terkenal berkenaan apabila mereka mengambil bahagian dalam acara permainan yang disediakan.
Lebih daripada itu, peminat berpeluang berada di pentas bersama-sama mereka, menyertai pelbagai permainan dan kuiz yang dianjurkan. Detik yang datang sekali seumur hidup itu pastinya tidak mahu dilepaskan pembaca Berita Harian dan peminat di kawasan Lembah Klang.
Bagi peminat bertuah pula, pengalaman menaiki kenderaan yang disediakan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd bersama artis kegemaran tentunya akan tersemat di ingatan. Pengalaman hebat itu mungkin menjadi milik anda sekiranya berkunjung ke Klang Parade pada Ahad ini.
Bukan sekadar peluang mendekati artis serta mengambil bahagian dalam permainan bersama insan terkenal yang dapat dirasai peminat pada siri jelajah ABPBH 2009 di pusat beli-belah itu nanti, malah mereka turut berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik tajaan Jakel, Habib, Nano White, Sinar Mas dan Slimming Sanctuary.
Pengalaman hebat itu pula akan lebih sempurna apabila peminat dapat bergambar bersama penyanyi, pelakon, pengacara televisyen, penyampai radio dan pelawak popular di gerai Berita Harian, yang turut menjual pelbagai cendera hati ABPBH 2009 eksklusif.
Admax Supports Eco-Living . Click here for 10 easy things you can do today to go green!
haku dah tengok vid clip yang ditempek oleh nazi.. THANK YOU SO MUCHH!!
remy macam khurengg bercakap, malu2 jer.. berbanding zaman nurkasih yang ade vid clip kat jom heboh tu.. pandai jer dia bersembang ngan fizz.. ni senyap jerrr.. why arr??
haku dah tengok vid clip yang ditempek oleh nazi.. THANK YOU SO MUCHH!!
remy macam khurengg bercakap, malu2 jer.. berbanding zaman nurkasih yang ade vid clip kat jom heboh tu.. pandai jer dia bersemb ...
mnaa Post at 27-3-2010 03:55
tgk kat mane beb??
nak tgk gakkk...
remy malu ngan sape???
tiz????
haa....mgkin de sesuatu ni kann....
bunga2 cinta dah b'guguran....hahhaa
Malam kemuncak lebih gemerlap
Oleh Ramlah Zainal [email protected]
2010/03/27
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PASTI lebih gemerlapan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) apabila ramai selebriti jelita muncul di karpet merah dan pentas dengan barang kemas daripada batu permata.
Sekali lagi jenama barang kemas terkemuka, Habib, tampil menaja anugerah berprestij itu pada 4 April ini dengan koleksi rekaan terbaru.
Majlis tajaan bagi hadiah utama itu berlangsung di butik utama Habib di Ampang Point, baru-baru ini. Ia disemarakkan dengan kehadiran beberapa finalis seperti Rozita Che Wan, Diana Danielle, Fara Fauzana, Julia Ziegler, Mila dan Isma AF7. Tidak ketinggalan, anggota kumpulan 0ne Nation Emcees (ONE), Mimi dan pelakon Irma Hasmie.
Ketika ditemui, Rozita berkata, dia tetap datang ke majlis petang itu walaupun kurang sihat kerana kakinya terseliuh. "Saya mengalami kecederaan kaki ketika penggambaran drama bersiri 13 episod, Kiah Pekasam di Perlis, baru-baru ini. Saya sudah buat ujian X-Ray dan makan ubat. Walau kaki saya masih bengkak, saya datang juga dengan berselipar. "Selepas ini saya kena berkejar ke Port Dickson pula untuk penggambaran drama bersiri 26 episod, Cikgu Kemisah Kerbi," katanya.
Rozita berkata, dia akan memperagakan gaun biru firus rekaan Calvin Thoo pada malam kemuncak nanti.
Mengenai peluang menang pada malam itu, Rozita tidak mengharapkan apa-apa sebaliknya bersyukur tercalon dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular.
"Semuanya pilihan peminat. Saya juga percayakan soal rezeki. Yang penting kita semarakkan malam kemuncak ABPBH2009," katanya. Hadir sama di majlis itu Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Mior Kamarul Shahid dan Pengarang Hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah.
Isma AF7 atau Ismaliza Ismail pula berkata, dia sangat teruja kerana kali pertama dicalonkan. "Ia juga pengalaman pertama saya ke majlis berprestij selain berpeluang menggayakan koleksi Habib. Sebelum ini saya tidak sangat bergaya dengan barang kemas kecuali memakai cincin perkahwinan saya. Justeru, peluang bergaya dengan barangan Habib sangat dihargai," ujarnya yang bakal menggayakan gaun rekaan Razman Razmi nanti.
"Saya juga tidak fikirkan sangat soal kalah atau menang dalam ABPBH2009 kerana yang penting nama saya sudah berada dalam senarai Top 5. Terima kasih kepada semua peminat yang mengundi saya.
"Saya rasa saingan sengit dalam kategori saya adalah Yuna dan Tiz Zaqyah," kata calon Artis Baru Wanita Popular ini. Andai Rozita dan Isma calon Top 5, anggota ONE yang diwakili Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham pula antara kumpulan yang akan membuat persembahan kelak. Mereka akan berduet dengan Datuk M Daud Kilau dalam lagu Raja Gelek.