CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: qqq

AL QUR'AN

[Copy link]
Post time 9-2-2007 02:57 PM | Show all posts
salam

teringin jugak nak ambikkk AL QURAN tuuuu
tapi ternyatatangan tak sampai
moga moga DITURUNKAN
DITURUNKAN
ataupun
DI`BUKA'KAN  !!!!!!!

berat ka kalau ucap lagu tuuuu?????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2007 04:26 PM | Show all posts
Jika ingin membaca al-Quran maka pertamanya harus membenarkan.Berlawanan dari membenarkan adalah menyalahkan.Selama kita menyalahkan selama itu kita belum pernah membaca Al-Quran yang tersimpan rapi itu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2007 01:38 PM | Show all posts

Reply #102 irfani's post

Salamun Alaika irfani,

Anda Quote spt dibawah:

Jika ingin membaca al-Quran maka pertamanya harus membenarkan.

Saya amat bersetuju. Hanya dengan itu segala keraguan akan 'berguguran'.

Dan ini quote anda yang seterusnya:

Selama kita menyalahkan selama itu kita belum pernah membaca Al-Quran yang tersimpan rapi itu..

Yang inipun saya setuju!

Semuga sama-sama kita berusaha untuk mengubah paradigma kita.

Dan menoleh kepada post saya yang ke #99, saya harap ianya bukanlah difahami sebagai sesuatu paksaaan keatas ifrani spt yang didakwa oleh qqq.  Tetapi nilailah diatas keupayaan irfani sendiri. Jika qqq menilai dari persepsinya, iaitu mengatakan saya cuba memaksa irfani tunduk dengan apa yang saya faham, saya minta ma'af dari irfani dan juga ma'af dari qqq.  Bukanlah maksud saya.  Dan saya faham dengan ayat 23:62 itu, lalu maka saya minta irfani membaca dan memahaminya.  sekadar itu, tiada tafsiran yang saya turunkan, kerana masing-masing berupaya memahaminya, insyaALLAH.

Inilah yang saya quote sebelum ayat 23:62 saya pastekan:

Tetapi ALLAH kerap berfirman menyuruh kita membaca Al-Quran sambil berfikir menggunakan aqal serta 'memahami sendiri' perintah-perintahNya yang difirmankan secara MUHAKAMAT.

Tiada paksaan.

Dan inilah apa yg qqq quotekan:
Kerana itu kefahaman AP tidak semestinya sama dengan sdr Irfani. AP tidak selayaknya menyekat kefahaman Irfani MENURUT kefahaman AP. Itu zalim namanya. AP, yah AP. Berapa ribu kali AP membaca, kalau bacaannya tetap sama, begitu jugalah hasilnya.

Jadi, AP harus betanyakan pada diri; siapa yang lebih termomok oleh dogma-dogma lama? Hehehe..

AP: Ya dulu memang saya percaya dengan momokan dogma-dogma lama, namun kini tidak lagi, Alhamdulillah.

Kemudian qqq quote:
AP, mana alquran yang turun pada bulan ramadhan itu? Kalau yang AP duk baca dan simpan simpan dalam almari tu, tu bukan turun hanya bulan ramadhan saja. Mana alquran yang turun bagi seluruh manusia? Alquran yang duk AP baca tu ka? Tengok, ada turun kat Blair tak? Tengok ada tururn kat Bush tak?

Mungkin qqq sendiri boleh jawab, silakan.  Saya terima apa sahaja jawapan dari qqq dengan terbuka(redho).

SALAM.................
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 09:45 PM | Show all posts
bukankah dikhabarkan bahawa jika amanah itu dibebankan kepada gunung nescayalah ia hancur luluh.Manusia memikulnya sesungguhnya mereka adalah zalim dan jahil..

sepertilah menghancurkan gunung begitulah beratnya amanah Al-Quran.Namun jika Al-Quran diturunkan kepada gunung pastinya ia hancur..

[ Last edited by  irfani at 20-2-2007 09:51 PM ]
Reply

Use magic Report

qqq This user has been deleted
 Author| Post time 21-2-2007 02:28 AM | Show all posts
Apakah alquran yang duk kita baca, kemudian simpan dan baca(naskah) itu tidak diturunkan pada bulan ramadhan? Sudah tentu diturunkan pada bulan ramadhan. Maka, sayalah yang akan pertama-tama menjadi saksi ia turun pada bulan ramadhan. Lihat pula sirah, apakah benar? Jika ada sesuatu yang tidak kena, bukan bermakna itu tidak benar, tetapi ada sesuatu yang hendak disampaikan. Jika ada sesuatu yang tidak kena, bukan bermakna alquran menipu, tetapi kitalah yang belum cukup dewasa untuk menerima amanah..

Apakah alquran yang duk kita baca, kemudian simpan dan baca itu diturunkan kepada semua manusia? Maka, sayalah yang pertama-tama bangun bersaksi bahawa ia diturunkan pada semua manusia. Siapa dan apa pula itu manusia? Apakah saya cukup manusia untuk menerima alquran?

Apakah alquran yang duk kita baca, simpan dan baca itu bukan alquran yang mampu meruntuhkan gunung? Yah, alquran itulah, tidak lain. Tetapi, alquran bukanlah sekadar tulisan-tulisan yang tertulis di atas kertas, yang dibaca tidak melepasi kerongkong. Kalau alquran, tentulah turun dengan hikmah dan amanah. Kalau hikmah dan amanah yang turun, tentulah gunung-gunung tidak mampu menampungnya. Jadi, andalah yang menjadikan alquran itu berupa tulisan-tulisan atau alquran yang penuh hikmah dan amanah. Maka, tiliklah setiap kita, apakah kita sudah cukup suci untuk membawa alquran yang suci itu? Apakah, khatam kita yang berulang-ulang kali, boleh diartikan sudah membaca alquran yang penuh hikmah dan amanah itu..

Setiap kita belajar, dari tidak tahu kepada tahu. Bila disebut belajar, tentulah proses itu tidak pernah tamat. Itulah belajar. Tahu kita tidak pernah mampu untuk menanpung semua pengetahuan. Artinya, sebodoh-bodoh orang, kita pernah sebodoh mereka. Semomok-momok orang, kita juga pernah semomok mereka. Ini proses biasa, dan tidak perlu kita merasakan orang lain lebih rendah dari kita. Atau, kita lebih tinggi dari orang lain. Kita tidak pernah menjadi pandai, kita tidak pernah lekang dari momok-momok. Sebaliknya, dengan tidak tahu itulah kita belajar, sebaliknya dengan momok-momok itulkah kita berkembang. Setinggi manapun, momok itu akan sentiasa ada. Tanpa momok-momok, anda tidak mampu merangkak dan berjalan. Tanpa tidak tahu, tidak ada yang dinamakan tahu; artinya tanpa tidak tahu dalam diri anda, anda tidak pernah tahu. Tanpa tidak tahu dan tahu, kita lebih bodoh dari bodoh..

..ini bukan persoalan bodoh atau pandai, tinggi atau rendah tetapi peranan. Setiap kita ada peranan, dan setiap peranan saling melengkapi peranan yang lainnya. Yang kita sangkakan termomok itu, ada perananya di situ. Kalaupun anda memegang peranan sebagai kanan, kerana anda ditelakkan disebelah kanan. Bukan bermakna kiri tidak bagus. Tanpa kiri, kanan sendiri akan binasa. Merendah-rendahkan orang lain, samalah artinya kita meremehkan perencanaan Allah swt..

Justru itu, hormatllah orang lain walau siapapun dia, walau bagaimanapun dia sebagaimana kita menghormati dan menghargai diri kita. Benarkan orang lain, sebagaimana anda membenarkan diri anda sendiri..

Sampai ketemu lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 09:27 PM | Show all posts

Reply #104 irfani's post

Salamun Alaikum............

irfani quote:

bukankah dikhabarkan bahawa jika amanah itu dibebankan kepada gunung nescayalah ia hancur luluh.Manusia memikulnya sesungguhnya mereka adalah zalim dan jahil..

sepertilah menghancurkan gunung begitulah beratnya amanah Al-Quran.Namun jika Al-Quran diturunkan kepada gunung pastinya ia hancur..

Sekadar bertanya, adakah firman Allah didalam Al-Quran mengenai seperti yang anda quotekan diatas?  tolong beri rujukan kepada saya surah dan ayatnya sebagai pedoman kepada saya, kerana yang saya faham Al-Quran itu duturunkan khusus untuk Nabi Muhammad dan umat akhir zaman.
Kalau itu satu perkhabaran, siapakah yang mengkhabarkan?
Terima kasih, Salam.

[ Last edited by  ayyohpeen at 22-2-2007 09:29 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2007 09:40 PM | Show all posts

Reply #103 ayyohpeen's post

Salamun Alaikum

Mengenai quote dibawah:
Mana alquran yang turun bagi seluruh manusia? Alquran yang duk AP baca tu ka? Tengok, ada turun kat Blair tak? Tengok ada tururn kat Bush tak?

Saya ada sedikit lagi hendak disebut disini, mengenai ayat ALLAH, iaitu

2:6. Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya, sama sahaja bagi mereka, sama ada kamu memberi amaran kepada mereka, atau tidak memberi amaran kepada mereka, mereka tidak mempercayai.

2:7. Allah meletakkan penutup pada hati mereka, dan pada pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka, penudung; dan bagi mereka, azab yang besar.

2:8. Dan sebahagian manusia, ada yang berkata, "Kami percaya kepada Allah dan Hari Akhir"; tetapi mereka bukanlah orang-orang mukmin (yang mempercayai).

2:9. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang percaya, dan hanya diri-diri mereka sendiri yang mereka tipu, dan mereka tidak menyedari.

Saya melihat mereka(orang-orang yang tidak percaya) seperti yang ALLAH gambarkan didalam Al-Quran.
SALAM...........

[ Last edited by  ayyohpeen at 6-3-2007 07:56 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2007 12:15 PM | Show all posts
mungkin kita belum sedia untuk memahaminya..Nampak macam simple je ayat2 tu.Tapi kalau simple macamane yang dikatakan Al-Quran,kitab yang penuh hikmah?Jadi apakah hikmah-hikmahnya?Persoalanya,bagamaimana kita mampu mencerapnya?
Kalau setakat menghukum yang ini salah dan yang itu benar,cukupkah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2007 12:19 PM | Show all posts
setiap hukuman perlukan pernilaian.Bagaimanakah pernilaian anda itu?Setiap orang menilai sesuatu mengikut fahamnya atau kadarnya.Cukupkah kadar yang kita letakkan samakah nilainya?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 05:52 PM | Show all posts
Originally posted by irfani at 25-2-2007 12:15 PM
setiap hukuman perlukan pernilaian.Bagaimanakah pernilaian anda itu?Setiap orang menilai sesuatu mengikut fahamnya atau kadarnya.Cukupkah kadar yang kita letakkan samakah nilainya?


Salam.............
Ini yang saya petik dari tematajdid.com..........

Jika mengkaji al-Quran dan hadis secara teliti, anda akan mengetahui bahawa apa yang dianggap hukum dalam kedua-dua sumber ajaran Islam itu amat sedikit sekali. Malah dalam al-Quran terdapat kurang daripada satu peratus ayat yang memperuntukkan hukum-hakam yang kebanyakannya tentang ibadat.

Semuga sama-sama dapat berbincang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 11:04 AM | Show all posts
salam

masih tertanya tanya jugak
apa yg diTURUNKAN kepada ADAM dan keturunannya????
apa yg diturunkan kepada manusia sesudah mereka itu????
dan adakah SUHUF IBRAHIM dan MUSA
dan TAURAT, INJIL dan ZABUR berlainan dr AL QURAN????
atau diturunkan bukan dr TUHAN yg ESA?????

dan dimanakan perbezaan diantara semua itu?????
dan masih saya tak jumpa perbezaannya
kecuali SATU
TIADA TUHAN MELAINKAN YANG ESA

saja nak tumpang tanya
sebelum UMAT MUHAMMAD,
manusia kenali TUHAN mereka dgn nama apa yeeee????
ramai dah saya bertanya, tapi masingX terdiam!!!!!!!!!!!!

dan betullah qqq
kalau tak runtuh gunung ganang
maka LEBURLAH ciptaannya yg bernama MANUSIA!!!!!!!
Reply

Use magic Report

qqq This user has been deleted
 Author| Post time 27-2-2007 08:14 PM | Show all posts
Teruskan perbincangan. Insyaallah, ada kebaikannya. Setiap sdr-sdr membawa kebaikan dengan cara yang berbeza-beza. Nanti, kalau ada yang dapat saya sumbangkan bersam-sama sdr-sdr, insyaallah akan saya sumbangkan; tanpa berpihak atau ditujukan pada sesiapa..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 04:23 PM | Show all posts
by orangbesi
saja nak tumpang tanya
sebelum UMAT MUHAMMAD,
manusia kenali TUHAN mereka dgn nama apa yeeee????
ramai dah saya bertanya, tapi masingX terdiam!!!!!!!!!!!!

Kita kenali Tuhan dengan panggilan Tuhan.
dalam bahasa arab kita mengenalinya dengan Nama Allah.

Sebelum umat muhammad, umat umat lain ada bahasa dia sendiri
ada yang dipimpin oleh nabi jugak
yang tak dak pimpinan tidak semestinya depa tetap kenal Tuhan
sebab mungkin Tuhan memberi pimpinan secara terus
mungkin juga tidak
Jika tidak siapakah yang memimpin mereka?
adakah manusia seperti itu? manusia yang tidak dipimpin.

pikirlah apa yang patut.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2007 12:29 PM | Show all posts
salam

masih samar samar saudara
sebab kan nabi ibrahim dan ismail adalah keturunan arab jugak
dan dalam AL QURAN
mereka berdoa dgn menyebut nama TUHAN
dan tidak dgn nama ALLAH
(bukan saya nak pertikaikannnya)
tapi hanya ingin MENGETAHUI
sebagaimana org org dulu yg KENALI TUHAN mereka
dan menghambakan diri kepada NYA

mungkin ada saudaraX pernah terdengar atau membacanya
nak juga saya tambah pengetahuan
terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2007 06:29 PM | Show all posts
Originally posted by irfani at 20-2-2007 09:45 PM
bukankah dikhabarkan bahawa jika amanah itu dibebankan kepada gunung nescayalah ia hancur luluh.Manusia memikulnya sesungguhnya mereka adalah zalim dan jahil..

sepertilah menghancurkan gunung  ...


Salamun Alaikum,

Setelah membaca Al-Quran terjemahan yang saya selalu rujuk akhirnya Allah ketemukan juga surah dan ayatnya pada awal pagi hari ini, alhamdulillah. Maksudnya disini memang ini firman ALLAH dan saya tiada kemusykilan lagi, Alhamdulillah.

59:21. Sekiranya Kami menurunkan al-Qur抋n ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk, terpecah-pecah daripada ketakutan kepada Allah. Dan persamaan-persamaan itu Kami membuatkan untuk manusia supaya mereka memikirkan.

Salam....

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 10:09 AM | Show all posts
Sesungguhnya Al-Quran perlu diajak berdialog selalu kerana dengan dialog kita akan bertemu dengan jawapan kepada soalan yang asas... iaitu siapa kita....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2007 12:11 AM | Show all posts
Originally posted by ct_og at 27-4-2007 10:09 AM
Sesungguhnya Al-Quran perlu diajak berdialog selalu kerana dengan dialog kita akan bertemu dengan jawapan kepada soalan yang asas... iaitu siapa kita....


Salamun Alaika ct_og dan Salamun Alaikum semua,

Saranan anda saya setuju, bila kita membaca, memahami dan mengamalinya, maka segala kemusykilan, ketidakfahaman, atau kesalahfahaman kita dapat dengan sendirinya kita rungkaitasi.  Memang perlu ada perbincangan dan percambahan pandangan tetapi pada akhirnya, yang mutlak ialah Al-Quran; sebagai penyuluh jalan kebenaran.  Dan itulah juga saranan saya, seperti saranan anda.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2007 12:01 PM | Show all posts
salam

dailog?????
bagi saya semua pandangan dari manusia adalah SALAH
(termasuk saya sendiri)
kecuali mereka yg MENGIKUT APA YANG DITURUNKAN DARI TUHANNYA
(susah sangat kah????????)
memang susah pun, pasalsi setan gendut takakanbagi peluang
walaupun NUR disekeliling tapi depa ni keras kepala betul
begitu jugak dibuatnya kepada manusia
agar sentiasa mengaku pegangan diri sendiri yg BETUL
orang lain punya salah dan sesat (cam diaorang jugak!!!!!!!!!!!)

dan cuba perhatikan
yg mana yg lebih baik dan bermanfaat
AL QURAN yg ditulis oleh manusia
atau YANG diTURUNKAN DALAM DIRI MANUSIA
(masih termenung dgn ayat diatas!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!)
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 12:19 AM | Show all posts
quran ni hendaklah dibaca dengan khusyuk dan menjiwai baru kita
akan memahami quran.tapi bagaimana untuk mendapat khusyuk dan
menjiwai quran?pada pandangan saya dengan memahami bahasa yg
ditulis dlm quran.jadi sepatutnya kita membaca quran dlm terjemahan
bahasa melayu baru kita memahami apa yg hendak disampaikan oleh
quran.quran ni jika dibaca berulang kali ia akan memberi kita idea
mengenai tuhan ibadat dan agama.sebab tu quran ni perlu dibaca
berulang kali.kesilapan orang kita dahulu dan sekarang juga,mereka
membaca quran itu dlm bahasa arab.jadi apa yg mereka faham,
sedangkan mereka tidak faham bahasa arab,
     jadilah quran itu hanya dilagukan,didengungkan sahaja.sedangkan
quran itu adalah petunjuk atau peraturan dari allah.seperti undang
undang jalanraya la ada buku undang2.kalau buku undang2  jalangraya
dlm bahasa melayu kita pahamla mana kena berenti,mana takleh
potong.cuba kalau buku undang2 jalanraya dlm bahasa arab agak
agak orang baru belajar memandu paham tak undang2 tu.begitu
juga quran ia diturunkan dlm bahasa arab supaya masyarakat pada
masa itu memahami apa peraturan dan arahan yg diberikan oleh allah.
  contohnya jika nabi muhammad tu lahir di amerika mungkin quran
di turunkan dlm bahasa inggeris supaya masyarakat disitu
memahaminya.bagaimana semasa taurat diturunkan kpd nabi musa.taurat tidak diturunkan dlm bahasa arab,ia diturunkan dlm bahasa
hebrew.begitu juga injil diturunkan dlm bahasa masyarkat pd masa itu,
tetapi bukan bahasa arab.

Q41:44. jika kami menjadikan Quran ini kebahasa bukan Arab mereka akan mengatakan,    "Kenapa pula ianya diturunkan kedalam bahasa begitu?" Sama ada ianya adalah bahasa    Arab ataupun bukan bahasa Arab, katakanlah, "Bagi orang orang yang percaya, ianya   adalah sebagai petunjuk dan penawar. Dan bagi orang orang yang ingkar, mereka itu akan menjadi tuli dan buta kepada ianya, seolah olah mereka itu telah diperkenalkan  dari jauh."
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 11:03 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 4-5-2007 12:01 PM
salam

dailog?????
bagi saya semua pandangan dari manusia adalah SALAH
(termasuk saya sendiri)
kecuali mereka yg MENGIKUT APA YANG DITURUNKAN DARI TUHANNYA
(susah sangat kah????????)
meman ...


Salam.......

Walaupun syaitan sendiri amat takut akan Allah dimana mereka hanya menjalankan perintah dari Allah untuk terus menyesatkan manusia kerana itulah tugas yang telah diamanahkan.........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.054994 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list