|
HANG TUAH (merged:orcish,tyrone,senyum_77,TimahMulia,redsinner,aji & botet)
[Copy link]
|
bug_vengeance This user has been deleted
|
HANG TUAH - wujudkah? (merged: orcish, tyrone, TimahMulia)
aku setuju ngan senyum_77 dan rempo
sesetengah org ni bongok sangat sampai kuar fakta2 camni
kihkih
aku bukan cakap ko tyrone..aku tau ko tukang paste je
Hang Jee Fat <- aku dengar nama ni pun 7 hari 7 malam bantai gelak
lawak bangang punye nama
[ Last edited by fleurzsa at 12-10-2005 10:29 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin diorang ni semua bebudak Universiti nak dapatkan merit untuk dapatkan markah tinggi, diorang gunakan nama sebagai ukuran asal usul Hang Tuah untuk project diorang Kot? Hang Tuah akan tetap menjadi Legenda bangsa Melayu walau apa pun. Kalaulah masa Sultan melayu dulu selain dari hulubelalang eh maap, hulubalang para menteri2 dan dayang2 kat istana, kan bagus ada tukang tulis sejarah betul tak? kalau ada kan bagus, kalau nak harapkan buku 'Sejarah Melayu' jer tak cukup tuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tyrone at 13-1-2005 05:25 PM:Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang Tuah dari sebutan loghat Cina adalah berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Mengikut prosedur tentang suku kata nama bangsa atau keturunan Cina, biasanya cuma terdiri dari 3 suku kata sahaja. Nama Hang Kasturi pula diragui kerana 4 suku kata walaupun ia bermula dengan perkataan Hang. Perkataan Kasturi pula ada berbaurkan loghat bahasa Melayu.
Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew, adalah keturunan dari rombongan puteri Hang Li Po.
kalau cam tu , kenapa Li Po tak der sebutan dlm Bahasa Melayu ..?
kononnya, kata pencipta teori tu, semua nama tu berubah kpd sebutan/ejaan Melayu, tapi kenapa Li Po saja tak berubah spt Jee Fatt > Jebat ?
p/s: HANG pd nama Li Po adalah anugerah Sultan Mansur Syah...!!
[ Last edited by senyum_77 on 17-1-2005 at 03:30 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Nama aku Hang Dra Gon lol:lol |
|
|
|
|
|
|
bug_vengeance This user has been deleted
|
^
kalau tukar ke bahasa melayu jadi Hang Sa'adun
:lol |
|
|
|
|
|
|
|
senyum_77... mungkin nama melayunyer Hang Tak tau, adek pada Kueh pau... ehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Paling tak boleh tahan "Hang Jee Fatt" lollol |
|
|
|
|
|
|
|
Oh,kalau gitu Jee Fatt hero dalam buku sejarah komik 'Alam Perwira' tu Hang Jebatlah gamaknya.Patutlah handal : |
|
|
|
|
|
|
|
Actually, Hang Tuah ini benar2 wujud krn kuburnya telah dijumpai di Melaka.
Bagaimana pun terdapat fakta bhw yg memberontak dan berlawan dgn Hang Tuah bukan Hang Jebat tetapi Hang Kasturi.
Mungkin nama Jebat itu nampak lebih hebat dan jahat... so watak tersebut ditukar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fleurzsa at 18-1-2005 01:17 PM:
Actually, Hang Tuah ini benar2 wujud krn kuburnya telah dijumpai di Melaka.
Bagaimana pun terdapat fakta bhw yg memberontak dan berlawan dgn Hang Tuah bukan Hang Jebat tetapi Hang Kasturi.
Mu ...
tul tu ...fleurzsa
kubur HANG TUAH memang dah jumpa pun...
ttg yg memberontak tu pun aku rasa lah bukan Jebat
pasal dalam kitab SEJARAH MELAYU kata ia adalah HANG KASTURI...
dlm konteks ni kitab SEJARAH MELAYU lebih bersifat nyata....
jika dibandingkan dgn HIKAYAT HANG TUAH yg mengatakan pemberontaknya ialah HANG JEBAT...
ini kerana HIKAYAT HANG TUAH spt kurang nilai sejarahnya...
satu lagi... kitab SEJARAH MELAYU ditulis lebih awal drp HIKAYAT HANG TUAH ...dan penulis buku/kitab SEJARAH MELAYU ada diberikan namanya
iaitu TUN SRI LANANG...
nmanakala HIKAYAT HANG TUAH tiada nama PENULISnya...
[ Last edited by senyum_77 on 19-1-2005 at 04:26 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
INFO SINGKAT !!
SEJARAH MELAYU sebenarnya ditulis pd thn 1612 M
oleh Tun Sri Lanang.
Ia membentuk satu kiraan panjang ttg sejarah Kesultanan Melayu &
Melaka dari 1400 M ke awal kurun 16.
1400 = abad ke-15
1500 = abad ke-16
:solute: :solute:
[ Last edited by senyum_77 on 19-1-2005 at 06:53 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Eh... tapi stesen maysia ader tak buat dokumentari macham kat chanel national Gegrphy tentang kesahihan makan Hang tuah? kan bagus tuh lagipun material2 keliling kans... mana tau boleh approach discovery channel ker National Geography buat research.
Boleh juga kita tau dengan benar sama ada Tuah nak tekuchil tunggu Jebat |
|
|
|
|
|
|
|
adanya makam Hang Tuah ! satu kebenaran..
MAKAM HANG TUAH DI TANJUNG KELING , MELAKA !!
Hang Tuah adalah seorang laksamana yang paling terkenal dan termasyhur di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Beliau pernah berkhidmat di bawah beberapa orang sultan termasuk Sultan Mansur Shah, Sultan Alauddin Riayat Shah dan Sultan Mahmud Shah. Sebagai seorang laksamana beliau bertanggungjawab sepenuhnya atas keselamatan negeri Melaka. Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Kasturi dan Hang Lekiu. Bersama-sama Bendahara Tun Perak beliau telah membangunkan Melaka dan meletakkan Melaka di dalam senarai pelabuhan dagang yang teragung di rantau ini dalam abad ke-15. Sebagai manusia biasa, beliau akhirnya telah meninggal dunia. Tidak diketahui tarikh sebenar beliau meninggal dunia tetapi dijangka di antara tahun 1490 hingga 1497.
Bukti Makam Hang Tuah di Tanjung Keling - Menurut Bahaman Azit, Hang Tuah meninggal dunia ketika negeri Melaka dalam keadaan aman. Pada Waktu itu Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488-1511) dan Bendahara Tun Perak. Berita Kemangkatan Hang Tuah telah tercatat dengan jelas di dalam SEJARAH MELAYU. Mengikut cacatan tersebut:
"Syahdan akan Laksamana Hang Tuah pun kembali ke Rahmat Allah Ta,ala. Maka oleh Sultan Mahmud ditanamkan di TANJUNG KELING dengan sepenuh-penuh adat dianugerah. Tiga hari baginda tiada nobat. Maka Khoja Hassan beranak dengan anak Laksamana Hang Tuah seorang lelaki Tun Abdul namanya......."1
Mengapa Hang Tuah di makamkan di Tanjung Keling - Tentu sekali ada sebab-sebab tertentu mengapa Hang Tuah dimakamkan di Tanjung Keling. Hang Tuah adalah kesayangan Sultan Mahmud. Ini jelas dibuktikan dengan catatan berikut:
'.......tiga hari Sultan mahmud tiada nobat.....'2
Adalah dikatakan selain tiada bernobat beliau juga telah berkabung atas kematian laksamana kesayangannya itu. Kerana khidmat cemerlangnya kepada negara, sudah sewajarnyalah beliau dimakamkan di tempat yang istimewa.3 Jika Tanjung Keling menjadi tempat pilihan Sultan Mahmud sebagai tempat pemakaman jenazah hang Tuah, sudah pasti tanjung Keling adalah tempat yang paling istimewa bagi pandangan baginda dan Bendahara Tun Perak.
Di mana sebenarnya lokasi Hang Tuah - Telah jelas bahawa makam Hang Tuah terletak di Tanjung Keling. Banyak Kajian terpaksa digunakan, diantaranya ialah mengikut tradisi dan nilai budaya Melayu, sebahagian besar makam Diraja dan Orang-orang Besar terletak di tempat-tempat yang istemewa. Ada tiga ciri utama yang harus diambil perhatian dalam proses pengkajian perbandingan ini.
Pertama:
Makam Diraja atau Orang-orang Besar biasanya terletak di kawasan makam Diraja atau kawasan kerabat orang-orang kenamaan. Ini dapat dilihat hingga sekarang di mana kerabat Diraja ada tempat tertentu dan tidak bercampur dengan perkuburan orang awam. Contohnya dapat dilihat di mana-mana negeri di Malaysia ini ada makam di rajanya sendiri.
Kedua:
Jika tidak, ia biasanya terletak di tempat atau kawasan yang lebih tinggi dari tanah perkuburan orang awam. Kedudukan makam itu sendiri melambangkan keagungan dan kebesarannya jika dibandingkan dengan makam orang awam. Contoh ini dapat dilihat pada makam Sultan Alauddin Riayat shah (1477-1488 M.) yang terdapat di Kampung Raja Pagoh, Muar.
Ketiga:
Jika sebab-sebab tertentu seperti kematian semasa peperangan atau satu-satu keistemewaan dan bukan salah satu yang disebutkan di atas, biasanya ia akan dimakamkan terpencil jauh sedikit dari tanah perkuburan orang-orang awam, walaupun tanah perkuburan orang awam terdapat di kawasan itu. Banyak contoh-contoh ini dapat dilihat seperti makam Sultan Mahmud Shah di Pekan Tuan, Kampar, Propinsi Riau, Makam Tun Teja dan lain-lain makam yang terdapat di Perak dan di Pahang.
Berdasarkan pada kajian perbandingan ini ciri-ciri yang kedua dan ketiga amat sesuai sekali. Makam yang dipercayai makam Hang Tuah ini terletak di atas bukit kira-kira lebih kurang 105 meter dari aras permukaan laut.4 Seluruh kawasan ini berbukit yang hampir dengan laut. Laut dapat dilihat nyata dari bukit ini.5 Pintu gerbangnya berhadap dengan laut, seolah-olah jika ia bangun dari tidurnya ia akan terus menghadap laut. Ini sesuai sekali konsep beliau sebagai seorang Laksamana iaitu seorang pegawai yang berkuasa di laut.
Kedudukan di atas bukit melambangkan kekuasaan atau konsep kosmos seperti yang terdapat dalam konsep Hinduisma. Oleh itu makam ini bukanlah dipunyai oleh orang awam. Sudah pasti dipunyai oleh tokoh yang mempunyai keistemewaan. ini boleh menambahkan keyakinan kita bahawa ada benarnya dakwaan yang makam itu dipercayai makam Hang Tuah.
Sumber:
Bahaman Azit - Makam Hang Tuah di Tanjung Keling Melaka (satu analisis) Jurnal sejarah Melaka (10) 17-30,1986/87
1. Sejarah melayu, Edisi Shellabear, Jilid 1/11 cetak ke-5, MPH. Ltd. 1965, Cetera ke-28, hlm.128.
2. Ibid.
3. Konsep memakamkan orang-orang kenamaan masih terdapat hingga ke hari ini. Di Malaysia sendiri terdapat makam Pahlawan. Begitu juga di Indonesia dan lain-lain tempat di dunia.
4. Bukit BangloTanjung Keling ialah 95.7 meter dari aras laut (above sea level). Jalan Raya 101.22 meter dan makam 105 meter dari aras laut.
5.Bukit ini bersambung dengan bukit Banglo Tanjung Keling. Di Bukit itu/terletak balai rehat sultan.
------------------------------------------------------------------------------
p/s: "bacalah FAKTA BENAR TTG KEWUJUDAN MAKAM HANG TUAH"
:solute: :solute:
[ Last edited by senyum_77 on 31-1-2005 at 02:33 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
dalam kitab SEJARAH MELAYU juga ada sebut yg Hang Tuah
mempunyai seorang menantu.
Nama menantunya ialah Tun Khoja Hassan.
Tun Khoja Hassan ni pula kahwin dgn anak perempuan Hang Tuah.
Lepas tu , anak perempuan Hang Tuah melahirkan seorang anak lelaki
yg diberi nama Tun Abdul...
[ Last edited by senyum_77 on 27-1-2005 at 12:40 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ashna at 27-1-2005 12:45 PM:
hang tuah = dongeng
Hang Tuah bukan sebuah kisah dongeng hai Ashna....!!
kalau nak kepastian ttg KEWUJUDAN HANG TUAH baik Ashna
belajar bidang PENGKAJIAN SEJARAH di mana2 Universiti dari pengetahuan yg KOSONG kpd Pengetahuan yg Banyak ttg SEJARAH .
lepas tu , jgn lupa banyakkan baca kitab2 sejarah sama ada dari
ALAM MELAYU sendiri maupun dr LUAR ALAM MELAYU....
kaji juga PANDANGAN KOSMOS orang2 Melayu Dahulu & Kini...
Yg Paling Penting bacalah kitab SEJARAH MELAYU ..!
jgn pula baca HIKAYAT HANG TUAH...!
ini kerana Hikayat Hang Tuah adalah SEPARUH SEJARAH & SEPARUH DONGENG..!
malah Hikayat Hang Tuah tiada nama pengarangnya !
sebaliknya SEJARAH MELAYU ada pengarangnya iaitu TUN SRI LANANG !]
[ Last edited by senyum_77 on 27-1-2005 at 01:08 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
INFO SINGKAT !!
SEJARAH MELAYU sebenarnya ditulis pd thn 1612 M
oleh Tun Sri Lanang.
Ia membentuk satu kiraan panjang ttg sejarah Kesultanan Melayu &
Melaka dari 1400 M ke awal kurun 16.
1400 = abad ke-15
1500 = abad ke-16
:solute: :solute: |
|
|
|
|
|
|
|
Bukti Makam Hang Tuah di Tanjung Keling - Menurut Bahaman Azit, Hang Tuah meninggal dunia ketika negeri Melaka dalam keadaan aman. Pada Waktu itu Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488-1511) dan Bendahara Tun Perak.Berita Kemangkatan Hang Tuah telah tercatat dengan jelas di dalam SEJARAH MELAYU.Mengikut cacatan tersebut:
"Syahdan akan Laksamana Hang Tuah pun kembali ke Rahmat Allah Ta,ala. Maka oleh Sultan Mahmud ditanamkan di TANJUNG KELING dengan sepenuh-penuh adat dianugerah. Tiga hari baginda tiada nobat. Maka Khoja Hassan beranak dengan anak Laksamana Hang Tuah seorang lelaki Tun Abdul namanya......."1 |
|
|
|
|
|
|
bug_vengeance This user has been deleted
|
kalau benar ada makan hang tuah bagus la
sbb aku tak larat nak layan teori Hang Jee Fat tu
kihkih
lawak antarabangsat |
|
|
|
|
|
|
| |
|