CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009)

[Copy link]
Post time 10-12-2009 01:56 PM | Show all posts
tak perlu laa release album..... buat single baru aje tiap2 tahun.....
toritonz82 Post at 10-12-2009 09:28



kalo single baru...x semestinyer album baru kan???...album lama pun bole...janji single baru...so kalo cam estranged tu single "ketika ini" tu....thn 2008 gak ker???....

ke aku yg salah...confius den....explain kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2009 02:10 PM | Show all posts
LAGU KETIKA INI TERKANDUNG DALAM ALBUM ESTRANGRED "REMAIN UNKNOWN" YANG DILANCARKAN PADA TAHUN 2008.... BIASALAH....DLM SATU ALBUM BUKAN SEMUA LAGU AKAN DIMAINKAN DLM SATU MASA.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 02:31 PM | Show all posts
LAGU KETIKA INI TERKANDUNG DALAM ALBUM ESTRANGRED "REMAIN UNKNOWN" YANG DILANCARKAN PADA TAHUN 2008.... BIASALAH....DLM SATU ALBUM BUKAN SEMUA LAGU AKAN DIMAINKAN DLM SATU MASA.....
toritonz82 Post at 10-12-2009 14:10



ok...da paham....thanx...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 05:24 PM | Show all posts
LAGU KETIKA INI TERKANDUNG DALAM ALBUM ESTRANGRED "REMAIN UNKNOWN" YANG DILANCARKAN PADA TAHUN 2008.... BIASALAH....DLM SATU ALBUM BUKAN SEMUA LAGU AKAN DIMAINKAN DLM SATU MASA.....
toritonz82 Post at 10-12-2009 02:10 PM


wpon album thn 2008. tp lagu ketika ini tu single ke berapa then dimainkan bila??? kalo main dlm 2009..leh masuk senarai la.

sbb mcm dlm kes alyah..wpon album dia kuar 2008. tp disebabkan single kedua-Ku Pinjam Satu Bintang dr album yg sama dimainkan dan direlease in 2009. sbb tu dia leh tercalon utk kategori duo/berkumpulan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 05:36 PM | Show all posts
104# bayieng


Owh.... bole jg yer bai.....?
ai ingatkan lagu KPSB tu sebab lagu tersebut ada dimuatkan dalam album Riz yang direleasekan pada tahun ini.... so, ai silap caturan la......
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 06:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by bayieng at 10-12-2009 18:20
104# bayieng


Owh.... bole jg yer bai.....?
ai ingatkan lagu KPSB tu sebab lagu tersebut ada dimuatkan dalam album Riz yang direleasekan pada tahun ini.... so, ai silap caturan la......
toritonz82 Post at 10-12-2009 05:36 PM


lagu tu ade dlm album alyah.
yelah...since lagu tu meant for alyah...tp alyah feat riz as duet partner.
since single kedua ni released early 2009. sbb tu leh tersenarai

itu pemahaman aku dan kak cham dah cfmkan dlm email balas dia pd aku

p/s: tp dlm album riz pon ade gak lgu ni..tp riz nyanyi solo la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2009 06:38 PM | Show all posts
sewaktu shout-award berlangsung, APM jugak berlangsung! Undian berpecah belah pada waktu tu.. memandangkan APM adalah award yang lebih berprestij berbanding  shout-award, so sitizoners mengubah tumpuan untuk tidak berpecah undi... most undi disalurkan kepada APM manakala undi untuk shout-award ala2 kadar sahaja.. dan akhirnya undian sitizoners dan yg lain2 untuk APM sekaligus melayakkan beliau dinobatkan sebagai Anugerah Artis Malaysia Popular & Anugerah Artis Serantau Paling Popular ..

Harap2 kejayaan ini akan berlaku lagi untuk tahun hadapan baik d ABP, mahupun di APM(2010) ..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 07:00 PM | Show all posts
PERGI JAHANAM!!!!!!!!!!!
Nk sgt yng bukan Datuk Siti tukkk.........Mestilah yng agk popular skrng..........Minah kenyit mate tuuuu...............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2009 07:07 PM | Show all posts
100# taurus-71

haha DCT PASTI menang. sitizones dah siap sedia nak perang UNDI. lainlak kalo fans Mila n Stacy BERGABUNG tentu undian MELETOP2. ni tak asyik2 gaduh, Mila vs Stacy kat board gosip , board AF. kot2 AF9 jure perempuan, Mila vs Stacy vs dot dot dot. sorry fans Mila n Stacy.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 07:40 PM | Show all posts
sewaktu shout-award berlangsung, APM jugak berlangsung! Undian berpecah belah pada waktu tu.. memandangkan APM adalah award yang lebih berprestij berbanding  shout-award, so sitizoners mengubah tumpua ...
ZacharyDerwoods Post at 10-12-2009 18:38


bukan nak ckp apa lah kn.....

(just sebagai rujukan)

utk artis wanita popular (malaysia), Siti menang Stacy beza 1% jer... kan?? (ada baca kat paper)

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 11:09 PM | Show all posts
ABP BH 2009 kali ni bagilah peluang untuk artis lain lak menang Penyanyi Wanita Popular....
Stacy ke, Mila ke, atau artis lain lak Menang!!!! ni asyik Siti je... tiap-tiap tahun Siti.. ...
taurus-71 Post at 10-12-2009 10:25


CT ade ramai loyal fans n diorang rajin mengundi ribu riban..mana tak menang tiap tahun..
but fans stacy pun blh tahan ape...i believe she has a growing fanbase.

klu x nak CT menang tiap2 tahun, BH kena buat vote-out system macam OIAM tuh. hahaha, giler
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 02:01 AM | Show all posts
haha idea vote out tu best
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 02:23 AM | Show all posts
adesssss~ CT & Stacy ni mmg penyanyi feveret aku. :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 02:25 AM | Show all posts
apa2pun untuk pelakon drama, aku nak Tiz Zaqyah ngan Remy Ishak yg menang... sama2 la kita mengundi mereka k. herm. :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 10:56 AM | Show all posts
Post Last Edit by bayieng at 10-12-2009 18:20



lagu tu ade dlm album alyah.
yelah...since lagu tu meant for alyah...tp alyah feat riz as duet partner.
since single kedua ni released early 200 ...
bayieng Post at 10-12-2009 18:15



so kalo gitu, bole le estranged dicalon kan???....rasanye ketika ini direlease dlm 2009...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 11:09 AM | Show all posts
kalo nak tercalon ke top 5 ,menang ke.agak2 la sket khennn.
biarlah setanding ngan kualiti.kalo consistent nyanyi sumbang.nampak sgt la hazab buta tuli nya peminat hiburan  kat me'sia neh:re:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2009 03:32 AM | Show all posts
so kalo gitu, bole le estranged dicalon kan???....rasanye ketika ini direlease dlm 2009...
alin33 Post at 11-12-2009 10:56 AM


cuba la email kt BH and tanya nape estranged tak tercalon..and sertakan sekali hujah2 yg mengatakan dlm thn 2009 ni dorang ade release single dorang so kira menepati syarat la. release di sini bermaksud dimainkan secara nationwide di radio2 dan tv tempatan  
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 03:37 AM | Show all posts
kalo nak tercalon ke top 5 ,menang ke.agak2 la sket khennn.
biarlah setanding ngan kualiti.kalo consistent nyanyi sumbang.nampak sgt la hazab buta tuli nya peminat hiburan  kat me'sia neh:re:
alesandra Post at 11-12-2009 11:09 AM


amboii nokkss....ko maksudkan sapa tu

btw ini anugerah pasal populariti. kalo suara ko mcm itik serati..nyanyi tunggang langgang skali pon.
tp kalo dh ade peminat yg pekak nada yg gigih undi ko....tetap top 5/menang jugak noksssssss.

redhakan je la nokkss... abp je pownn..bkn nya aim ke apm ke grammy awards ke
kalo yg tu mau aku meroyan juri professional pekak nada
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 06:54 PM | Show all posts
bukan nak ckp apa lah kn.....

(just sebagai rujukan)

utk artis wanita popular (malaysia), Siti menang Stacy beza 1% jer... kan?? (ada baca kat paper)


virgonz Post at 10-12-2009 19:40

arap2 stacy fan all way out tahun nie..go stacy go:pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2009 10:47 AM | Show all posts
ABPBH2009: Cepat, jangan tak SMS!
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
[email protected]

20 telefon bimbit tunggu pengundi SMS

BUAT julung kali, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) turut memperkenalkan format undian menerusi khidmat pesanan ringkas atau SMS pada penganjuran edisinya yang ke-23.

Seandainya sebelum ini pembaca Berita Harian dan Berita Minggu mahupun peminat hanya membuat undian menerusi borang yang disiarkan kedua-dua akhbar berkenaan, kali ini mereka juga berpeluang menghantar undian menerusi SMS.

Bentuk undian baru itu diperkenalkan bagi membolehkan lebih ramai pembaca, terutama golongan muda, untuk turut sama mengambil bahagian dalam anugerah hiburan yang dianggap terbesar di negara ini. Pada masa yang sama, undian SMS juga dilihat bertepatan dengan perkembangan semasa teknologi maklumat hari ini.

Undian yang dibuat menerusi telefon bimbit itu juga cara yang menyenangkan pembaca serta peminat dalam usaha mereka memilih calon kegemaran untuk ke peringkat seterusnya dalam ABPBH2009.

Jika percaturan membuahkan hasil, maka dapatlah peminat melihat kemunculan pelakon, penyanyi, pengacara televisyen dan penyampai radio kesukaan masing-masing pada malam kemuncak ABPBH2009 yang dijadualkan berlangsung pada 4 April tahun depan di Arena of Stars, Genting Highlands.

Berita Harian tidak ketinggalan menghargai pembaca dan peminat yang menghantar undian dengan mengadakan kuiz SMS yang menawarkan pelbagai hadiah menarik. Antara lain, kuiz SMS itu menyediakan 20 telefon bimbit, lima komputer riba dan lima kamera digital untuk dimenangi.

Ketua Teknologi Maklumat, Jabatan Teknologi Maklumat The New Straits Times Press (NSTP), A Rahman Hashim, undian secara SMS cukup mudah dan mereka hanya perlu mengikut cara sebagaimana ditunjukkan dalam borang yang disiarkan.

"Selepas SMS undian dihantar, peminat akan menerima satu lagi SMS bagi mendapatkan soalan kuiz. Sekiranya bersetuju untuk menyertai kuiz terbabit, seterusnya memenangi hadiah, satu lagi SMS yang mengandungi soalan mudah dihantar kepada mereka," kata Rahman.

Menurutnya, setiap SMS yang dihantar pembaca dikenakan bayaran RM0.50. Pembaca boleh menghantar sebanyak mana undian menggunakan sebarang perkhidmatan talian sedia ada di negara ini.

Katanya, berbeza dengan undian menerusi borang, yang mana pembaca perlu mengumpulkan tujuh borang lengkap yang disiarkan selama seminggu berturut-turut, mereka yang mengundi melalui SMS tidak perlu menunggu sehingga 16 kategori.

"Pembaca Berita Harian boleh menghantar SMS mengikut kategori yang disiarkan dalam borang di ABPBH tetapi mereka perlu mengundi lima calon pilihan dalam setiap kategori yang dipertandingkan.

“Secara kasarnya, jika seseorang pembaca memilih lima calon bagi setiap kategori, mereka boleh mengundi untuk kira-kira lapan kategori menerusi sesebuah SMS (setiap SMS boleh memuatkan 140 karakter)," jelas Rahman yang menjangkakan sebanyak 400,000 undian SMS bakal diterima penganjur sepanjang proses undian ABPBH2009 dibuka.

Kata Rahman lagi, pembaca juga boleh mengundi sebanyak mana calon yang disenaraikan dengan syarat setiap SMS hanya mempunyai lima calon pilihan bagi setiap kategori yang diundi.

"Kami mempunyai dua pusat simpanan data, dengan satu daripadanya untuk undian dan satu lagi untuk kuiz. Pembaca boleh menghantar sebanyak mana undian yang mereka suka, selagi mematuhi syarat yang diberi.

"Lebih banyak penyertaan, lebih besar peluang pembaca memenangi habuan disediakan. Hadiah pula diberikan kepada pembaca yang menyertai kuiz, bukan pembaca yang sekadar menghantar undian," katanya.

Antara hadiah yang disediakan untuk pemenang kuiz melalui SMS adalah 20 telefon bimbit, lima komputer riba dan lima kamera digital.

Cara undian SMS:

Tapi BHABP[Kategori][Artis]seterusnya.

Hantarkan ke 32728

Contoh:

BHABPA01,02,03,04,05B01,02,03,04,05C01.02,03,04,05D01,02,03,04,05E01,02,03,04,05

FAKTA:

# Pembaca perlu mengundi lima calon dalam setiap kategori.

# Tidak perlu menunggu sehingga 16 kategori disiarkan untuk mengundi seperti mana undian melalui keratan akhbar.

# Boleh menghantar sebanyak mana SMS bagi setiap kategori tetapi tidak melebihi 140 karakter. Secara kasarnya, pembaca boleh menghantar undian untuk lapan kategori bagi satu SMS.

# Setiap SMS adalah dikira satu untuk setiap artis yang dipilih. Contohnya, jika dalam satu SMS, ada 10 nama artis dalam dua kategori, maka undinya dikira satu bagi setiap artis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.335430 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list