|
Menarik tu, Sky baru tahu je, thanks abang Shalom. Ade source tak yang SKy boleh baca kat mana-m ...
sky_ephemeris Post at 11-2-2011 19:00
Salam SKY....boleh aja..cuma skrg xdpt...aku kt luar ni...nanti aku bg sumber...but if SKY nak cepat...benda ni pernah dbincangkan dlm thread Nicea, yg SKY buka kt legenda tu....cuba tgk ulasan yg diberi arabic_student dengan beberapa tafsir dr quran yg menyentuh bahawa St. Paul adalah org yg beriman. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang lah perkara ghaib tapi awak kan boleh guna common sense untuk ketuk alam ghaib macam awak ...
Dalam 'siapa kita sembah' ianya perlu jelas, sebab dia melibatkan 'untuk apa kita hidup' tetapi dalam soal lain sperti, 'alam roh', 'syurga neraka', luh mahfuz.. ianya tidaklah perlu sangat utk diketahui..
Utk lebih faham, orang akan tanya, kepada siapa kamu beribadat ? Tantu kami jawab kami beribadat kerana mentaati Allah yang satu..
Berbeza dgn kalian.. yang kata satu tapi tiga... akhirnya garu kepala kebingungan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam 'siapa kita sembah' ianya perlu jelas, sebab dia melibatkan 'untuk apa kita hidup' tetapi dalam soal lain sperti, 'alam roh', 'syurga neraka', luh mahfuz.. ianya tidaklah perlu sangat utk diketahui..
Bagi awak kata sembah tu maksudnya orang yang disembah tu jadi Tuhan ke? Sembah juga membawa maksud hormat kan? Kalau tak, macam mana ada coumpound words sembah hormat?
Utk lebih faham, orang akan tanya, kepada siapa kamu beribadat ? Tantu kami jawab kami beribadat kerana mentaati Allah yang satu..
Untuk awak faham, saya beribadat (berhambakan diri) kepada Allah dan mentaati Allah. Saya mentaati suruhan Allah yang disampaikan kepada nabi Isa (as). Macam juga Quran awak bercakap, wahai orang beriman taatilah rasul kamu, jangan kamu meninggi suara, dan jangan tak sopan dengannya. Jadi, kalau saya lakukan perkara menghormati rasul yang Allah utuskan untuk household dan community saya maksudnya saya jadikan dia Tuhan kah? Kalau menurut apa yang awak semua cuba nak sampaikan kepada kami, saya fahamnya sebagai awak semua suruh saya hina rasulullah, saidina Isa al-Masih dan merendahkan kedudukannya dari taraf Muhammad, bukan semua nabi dan rasul setaraf ke dalam Islam?
Berbeza dgn kalian.. yang kata satu tapi tiga... akhirnya garu kepala kebingungan..
Awak yang garu kepala kot. Saya tak rasa pening pun sebab saya faham. Kami orang Gereja Saint Thomas, orang Ortodoks Timur (Syria) dan Katolik Kaldani boleh bezakan siapa Tuhan, siapa yang anak (nabi dan rasulullah) walaupun kami bercakap dengan formula Triniti dan beriman dengan iman Nicea.
PS: saya faham maksud nabi dan rasul dalam konteks Islam dan ia sebenarnya tak beza pun dengan mistis Kabbalah dan juga mistis Kristian yang kami belajar cuma masalahnya jabatan agama awak mungkin akan hukum rejam saya dengan batu bila saya bercakap hal sebegitu dalam bahasa yang lain sikit bunyi dari bahasa orang Melayu atas sebab direct translation walaupun maknanya sama dalam istilah bahasa Arab Islam bila diterjemah semula ke bahasa Arab |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk awak faham, saya beribadat (berhambakan diri) kepada Allah dan mentaati Allah. Saya mentaati suruhan Allah yang disampaikan kepada nabi Isa (as)
Baiklah, ini satu pendekatan yang baik. Memang Islam dan Kristian mempunyai persamaan sebab semua Nabi termasuk Isa dan Muhammad, bertuhankan Allah.
Maka, saya apa itu triniti dalam pandangan gereja st. thomas, saya mau belajar dari anda.. |
|
|
|
|
|
|
|
Awak lihat dari sumber Gereja Nestoria (Ortodoks Syria dan Katolik Kaldani) lah. Awak tahu kan Kaldani dan Syria adalah bangsa yang sama dan juga bangsa kepada Abraham our Patriarch.
Saya dah terangkan begitu panjang lebar sampai semput dah dengan seorang forumer katanya Unitarian Christian atau orang Kristian bertauhid walaupun saya tersaspek dia orang Melayu yang menyamar jadi Kristian, hahahaa
Kalau saya dibaptiskan di gereja Roman Katolik dan ada hubungan dengan Vatican sekarang ni, orang-orang Nasrani lain akan panggil saya sebagai orang Katolik Kaldani walaupun saya punya pemahaman ketuhanan adalah sama dengan pemahaman Tuhan orang Yahudi cuma melalui Nicean Creed saya menurut jalan penerangan alim-ulamak kami yang muktabar. Tu je |
|
|
|
|
|
|
|
Apapun saya faham, dalam sejarah perkembngn agama akan berlaku banyak pergolakan, seperti Kristian, lihat saja bagaimana doktrin unitarians bermula sebelum zaman pre-Nicene. Makanya timbullah doktrin hanya satu Tuhan iaitu Allah dan Jesus bukan Tuhan (Unitarian) dan 'Binitarianism'... Mereka semua kebingungan mencari Tuhan... ok la tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang begitulah sky.. apapun saya hanya berbincang dgn sky, atas matlamat utama ialah nak menerangkan Islam kpd kalian semua, kerana mengikut arahan Allah dlm Al-Qur'an :
Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (Wahai Muhammad), maka katakanlah: "Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutku". Dan bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab, dan orang-orang yang "Ummi" (orang-orang musyrik Arab): "Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (ugama Islam yang aku bawa itu)?" Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperoleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat (tingkah laku) sekalian hambaNya. (A-li-Imraan : 20). |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Baqarah : 256 :
"Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)." |
|
|
|
|
|
|
| |
|