CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Login_ID

NASI LEMAK

[Copy link]
Post time 8-8-2006 09:36 AM | Show all posts
Originally posted by ninoZ at 1-8-2006 02:29 PM

nak share gak..
kalau kaum Chetty kat melaka...dorang buat nasi lemak kukus pun taruk perahan limau nipis sket utk mencantik dan menyedapkan nasi lemak
mebbe fungsinya sama mcm ice cream soda t ...



ntahlah ek, as for me coz i saw kat citer cina, tu yg i copy and alhamdulillah, menjadi... family kata sedap and the nasi looks cantik, sebiji sebiji! sorrylah tak tau nak explain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2006 11:59 AM | Show all posts
pernah makan nasik lemak kat terengganu..
lauk sambal ikan kayu/tongkol..
sedapnya..
camana buat ye..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 02:12 PM | Show all posts
Originally posted by wanirda at 8-8-2006 11:59 AM
pernah makan nasik lemak kat terengganu..
lauk sambal ikan kayu/tongkol..
sedapnya..
camana buat ye..


SAMBAL IKAN TONGKOL

Bahan A
1 ekor ikan tongkol [600 gm]
3 keping asan keping
1 cawan air
garam

Bahan B
20 tangkai cili kering
3 labu bawwang besar
2 ulas bawang putih
1 inci belacan [jika suka]

Bahan C
asam jawa
minyak
1 labu bawang besar [mayangkan]

Cara
1. Ikan tongkol dipotong kecil dan bersihkan. Rebuskan semua bahan A sehingga mendideh dan ketepikan.
2. Gorengkankan isi ikan sehingga agak garing dan angkat.
3. Mesinkan bahan B dan tumiskan sehingga naik minyak.
4. Masukkan air rebusan ikan yg diramas dengan asam jawa. Kacau rata.
5. Bila telah mendideh masukkan ikan goreng tadi dan bawang besar. Perlahankan api. Masakkan sampai naik minyak dan pekat.
6. Hidangkan dengan nasi lemak atau nasi biasa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Melur01 This user has been deleted
Post time 8-8-2006 02:57 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 8-8-2006 02:12 PM


Bahan A
1 ekor ikan tongkol [600 gm]
3 keping asan keping
1 cawan air
garam

Bahan B
20 tangkai cili kering
3 labu bawwang besar
2 ulas bawang putih
1 inci belacan [jika suka]

Bahan C
asam jawa
minyak
1 labu bawang besar [mayangkan]

...


Kak Liza... asam keping dengan air asam jawa... kenapa kena letak sampai dua jenis ye... tak masam ke nanti sambal tu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 03:23 PM | Show all posts
Originally posted by Melur01 at 8-8-2006 02:57 PM


Kak Liza... asam keping dengan air asam jawa... kenapa kena letak sampai dua jenis ye... tak masam ke nanti sambal tu...

asam keping untuk rebus ikan..
then asam jawa tu untuk dalam sambal..
anyway jgnlah letakkan asam ajwa tu banyak sangat.. agak2 masam je laa...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 09:57 PM | Show all posts
err... ada sesiapa tak yg pernah buat nasi lemak guna beras herba poni taj mahal tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2006 08:25 AM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 9-8-2006 09:57 PM
err... ada sesiapa tak yg pernah buat nasi lemak guna beras herba poni taj mahal tu?

saya pernah buat guna herba ponni.. wat cam biasa aje.. 1 pot beras 2½ santan cair
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 09:20 AM | Show all posts
err... saya buat dgn beras herba poni tu jadi kering lah... bila dah sejuk lagi parah tekstur dia... dan tak sedap :geram:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2006 01:26 PM | Show all posts
I pernah datang kat Brunei makan di restaurant Mamih,i rasa sambal dia sedap, any one tau mcm mana nak buat tak?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 03:49 PM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 9-8-2006 09:57 PM
err... ada sesiapa tak yg pernah buat nasi lemak guna beras herba poni taj mahal tu?



saya selalu buat nasi lemak pakai beras taj mahal ni. Sukat air macam biasa, cuma kurangkan sebanyak mana yang kita
masukkan santan tu. Contoh: kalau masak 1 cawan, masukkan air 2 cwn air dan 1 cwn santan sebab sukatan untuk
beras taj mahal adalah 1 beras: 3 air. InsyaALLAH, nasi akan jadi cantik, lembut dan sedap dimakan.

Kak liza, terliur tengok timun 40 hari tu. Krup krap.. krup krap.. sedap dicicah sambal atau budu. :pmuka:
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 08:58 PM | Show all posts
Originally posted by aida2121 at 26-8-2006 03:49 PM



saya selalu buat nasi lemak pakai beras taj mahal ni. Sukat air macam biasa, cuma kurangkan sebanyak mana yang kita
masukkan santan tu. Contoh: kalau masak 1 cawan, masukkan air 2 cwn air d ...

Kak liza, terliur tengok timun 40 hari tu. Krup krap.. krup krap.. sedap dicicah sambal atau budu.


tula..:ah:
setakat ni kakliza hanya jumpa timun tu akt tganu jer.. kalau balik KL atau Kedah kakliza ada bawak..semua adik badik suka makan
mmg rapuh sungguh..dan mmg sedap cicah sambal air asam atau budu...
adehhh terliur pulak laaa...:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 10:58 PM | Show all posts
Originally posted by crv at 27-7-2006 10:34 AM
NASI LEMAK INDIA

Assalamua'laikum semua,

saya org baru kat bod food & recipe ni. tapi dah lama cuba2 resipi2 kat sini semuanya sodap2.  crv nak bagi resipi nasi lemak india ni kat u all.  kenapa dipanggil nasi lemak india itu crv tak tau sbb resipi ni dpt dari mak mentua. tapi mmg sodap.
DAGING MASAK KANDAR

Bahan:
1/2 kilo daging di potong besar sikit
2 biji ubi kentang
2 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih-dikisar
2-3 sudu rempah kari ikan
Sedikit cili kisar
Sedikit daun kari
2-3 asam keping
sedikit kicap pekat
sedikit air


Cara:
satukan bawang besar, bawang putih, cili kisar dan rempah kari ikan. kacau hingga sebati. Tumiskan bahan yg telah disatukan tadi bersama daun kari sehingga rempah garing dan naik bau.  Masukkan daging dan sedikit air dan sedikit kicap untuk menghitamkan sikit kuah tu juga asam keping. Biar sehingga daging 1/2 empuk dan msaukkan ubi kentang.  Masak sehingga ubi dan daging empuk.


Maisya dah try buat daging masak kandar ni..Sedap lauk ni...mula-mula tu risau jugak sebab dlm resepi tulis rempah kari ikan, ingatkan tersilap taip ke apa. Tapi tawakkal saja ikut 100% seperti resepi tu. Alhamdulillah sedap, tak de plak rasa macam lauk kari biasa.....tapi Maisya tak buat nasi lemak tu just try buat lauk ni sahaja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 11:29 PM | Show all posts
saya biasa buat nasi lemak guna beras basmathi. sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2006 02:50 AM | Show all posts

Reply #131 hanieliza's post

Kak Liza, saya orang Ganu tertanya2 gok camana rupa timun 40 ari tu, tengok gambar rupanya saya panggil timun kampung, best kan timun tu buat ulam.:nyorok:
Reply

Use magic Report

sapi This user has been deleted
Post time 11-9-2006 03:44 PM | Show all posts
NaSi LeMaK

Beras 3 cawan atau ikut suka hati
Santan 3 cawan
Daun pandan diikat(dua helai atau lebih)
Setengah sudu kecil garam

PeRaTuRaNnYa:
Masak nasi seperti biasa cuma jangan bubuh air tetapi bubuh santan.Masukkan sekali simpulan daun pandan dan garam tadi.Kacau2.Bila dah masak,kacau lagi.

SaMbAl TuMiS IkAn BiLiS
2 biji bawang merah-diblender
5 biji bawang putih-diblender
sedikit halia-diblender
15 atau lebih batang lada kering yg telah siap direndam dgn air panas selama 5 minit-diblender
Sedikit belacan-diblender
15 ikan bilis-diblender
1 labu bawang besar-dihiris bulat2
segenggam ikan bilis
sesudu besar garam atau ikut suka lah
3 sudu besar gula pasir atau ikut suka lah
Sedikit air asam

Peraturannya:
Tumis bahan blender sampai garing.Bila dusah betul2 garing,masukkan bawang hiris tadi bersama air asam semangkuk kecil.Masukkan juga ikan bilis.Masukkan juga garam,gula.Tunggu sehingga mendidih,baru boleh kecilkan api.Setelah 5 minit,tutup api.Sudah boleh dimakan bersama nasi lemak tadi.

Sayur Kangkung Goreng

Bahan2nya:
1 biji bawang merah-dihiris
2 biji bawang putih-ditumbuk
segenggam udang kering-ditumbuk
1 batang lada merah hidup-dihiris
sedikit garam

Peraturannya:
Tumis bahan blender hingga bau naik.Setelah itu masukkan bahan hiris.Tumis sehingga wangi.Masukkan secawan air bersama kangkong.Masukkan juga secubit garam.Tunggu hingga airnya kering sedikit dan kangkong layu sedikit baru boleh tutup apinya.Makan bersama nasi lemak dan sambal tumis tadi.

Telor Goreng
2 tau 3 biji telor
sedikit garam
sedikit lada putih

Peraturannya:
Pecahkan telor dlm mangkuk.Bubuh garam dan lada putih tadi.Kacau.Panaskan sedikit saja minyak di kuali leper.Bila minyak sudah panas,masukkan telor dlm mangkuk tadi ke dalam kuali leper.Tunggu hingga bawahnya garing sedikit.Terbalik kan telor.Bila sudah angkat telor keluar dari kuali leper,potongkan mengikut putaran jam.Hasilnya telor menjadi  bentuk tiga segi(triangle).Makan bersama nasi lemak,sambal tumis,kangkong goreng,

Ikan Goreng.
Lumurkan ikan dengan sedikit kunyit serbuk dan garam.Panaskan minyak dlm kuali.Bila minyak panas,gorengkan ikan2 tadi.Boleh dimakan bersama nasi lemak,sambal tumis,sayur kangkong,telor goreng.

Kesimpulannya nasi lemak ini dimakan bersama sambal ikan bilis,kangkong goreng,telor goreng,ikan goreng dan hirisan timun.Ianya lagi enak dialas di atas daun pisang.Maksud saya,nasinya lah.

[ Last edited by  sapi at 11-9-2006 03:54 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2006 04:01 PM | Show all posts
sedapnya nasi lemak dgn sayur kangkung goreng. Pernah makan dulu kat satu restoren kat ukm.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2006 01:50 AM | Show all posts
Semalam dinner buat nasi lemak ~ ini lah gambar nya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2006 06:37 AM | Show all posts
Originally posted by DARSITA at 5-11-2006 01:50 AM
Semalam dinner buat nasi lemak ~ ini lah gambar nya.



wow : sedap nya nampak..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2006 09:21 AM | Show all posts
nak mintak tolong, emo tak tahulah nak buat sambal sotong kering untuk nasi lemak..teringin benar nak makan...versi yang emo buat tak pernah menjadi, ending up frust sendiri...

selalu balik-balik ke sambal ikan bilis, sambal udang petai....naik muak dah...

anyone yang boleh kongsi  recipe?:malu:
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2006 11:28 AM | Show all posts
kalo i nak masak nasi lemak, i paling suka stail kat nasi lemak antarabangsa.. nasi dia.. sambal dia.. selalunya i minta double dose.. nasi lemak biasa tanpa lauk.. itu pun dah sedap.. bila nak masak asyik terfikir plak camna nak buat stail cam nasi lemak antarabangsa tu ataupun rasa dia dekat2 cam diorang nie..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.052647 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list