|
more ... but not mine
Pokok yg sama .. posisi sedikit berbeza
[ Last edited by shauqi at 12-6-2008 10:17 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cantik2nya.. saya pun ada lebih kurang 10 pokok bonsai.. tp kamera x de so x leh la nak share pic.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #78 kopikaw2's post
sayangnyer.....cube ler pinjam sesape camera...ifa tak berani nak
bela pokok mcm gini coz konpem kena curi hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #79 razifah's post
Yes .. itu adalah sebahagian dan cabaran
Pada awal hobiku .. beberapa pokok kena curi . ISh termenong beberapa hari . . selepas 爄tu ia menjadi pembakar semangat utk terus dgn hobiku ini .. kini ada lebih dari |
|
|
|
|
|
|
|
History
牋Pokok Kesinai (Streblus Asper) Di perolehi dari kawan yg ingin membuangnya kerana tak sihat (tahun 2006)
2008 - Pokok yang sama Slanting style
Sharikan(Peeled bark trunk - lihat batangnya) - disapu dgn limesulfur
[ Last edited by shauqi at 19-6-2008 10:50 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #81 shauqi's post
Cantik la shauqi.... Banyaknya koleksi sampai lebih 150 pokok...... |
|
|
|
|
|
|
|
my bonsai garden - more to be done...50% siap...
[ Last edited by Sweetmama at 1-8-2008 10:27 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dlm planning
nak letak batu batu warna putih
bila da tanam rumput nanti..
batu warna putih sahaja atau batu campuran warna lebih cantik ya?
boleh beri idea |
|
|
|
|
|
|
|
nak naikkan thread nih sat |
|
|
|
|
|
|
|
Mencintai bonsai
Oleh Rohana Nawi
| Robert Steven (kiri) menunjukkan cara menjaga bonsai dengan baik pada satu seminar di Kota Bharu, baru-baru ini.
|
KOTA BHARU 18 Ogos - Bagi mereka yang memiliki wang berlebihan, membela pokok bonsai yang unik dan mahal memang menjadi pilihan.Ini kerana beribu-ribu ringgit diperlukan bagi membeli sebatang pokok bonsai yang cantik malah bagi sesetengah pihak dianggap seni.
Bonsai yang hebat boleh menyertai pelbagai pertandingan dengan tawaran hadiah lumayan, malah bonsai yang cantik juga boleh dijual pada harga sehingga RM50,000.
Sebenarnya, keunikan bonsai yang dikaitkan dengan tradisi China dan Jepun itu terhasil daripada kesabaran pemilik untuk mengubahnya menjadi satu bentuk seni tumbuhan bonsai yang diidamkan.
Di Kelantan, lebih 100 orang ahli Persatuan Seni Bonsai negeri ini saling berkongsi minat dan pengalaman untuk menghasilkan pelbagai jenis bonsai yang indah dan bermutu tinggi.
Setiausahanya, Mohd. Bokhori Che Makhtar berkata, melalui persatuan tersebut, seluruh ahli lebih bersemangat untuk menjaga, memelihara dan menambah koleksi.
''Ahli-ahli didedahkan dengan teknik penanaman, penjagaan dan gubahan melalui penyertaan dalam seminar-seminar selain pertandingan yang diadakan di negara ini.
''Selama ini peminat seni ini melakukan gubahan secara bersendirian, melalui pengamatan pada program pameran, pembacaan buku-buku selepas membeli satu atau dua pokok bonsai tetapi minat itu sukar dikembangkan," katanya.
Menurut beliau, bagi memastikan usaha yang dilakukan itu dapat dikembangkan dan berterusan, persatuan tersebut ditubuhkan dua tahun lalu dan ia terbuka kepada seluruh anggota masyarakat untuk menjadi ahli.
"Kita membuka peluang kepada orang ramai yang baru berjinak-jinak untuk menanam bonsai menyertai persatuan ini bagi mengembangkan lagi perjalanan aktiviti.
"Menerusi persatuan, mereka mempunyai lebih potensi untuk mengetengahkan bahan mereka untuk dipasarkan dan pada masa yang sama boleh dipertandingkan di dalam dan di luar negara," ujarnya.
Seorang peminat bonsai, Rohani Ibrahim, 30-an, berkata, walaupun harga mahal, dia tetap membelinya kerana terlalu minat dengan bonsai.
"Saya rela habiskan duit sehingga RM3,000 hingga RM5,000 untuk membeli satu pokok bonsai yang baik dan cantik.
''Setiap kali ada pertandingan bonsai, saya tetap menghadirinya untuk melihat bagaimana mereka menghasilkan sesuatu gubahan unik dan saya akan membeli sebagai perhiasan rumah," ujarnya.
Ahli Persatuan Seni Bonsai turut mendapat tunjuk ajar daripada seorang seniman bonsai terkenal di peringkat antarabangsa, Robert Steven dari Indonesia yang dijemput khas ke Kelantan baru-baru ini.
Steven bangga kehadirannya di sini dapat meningkatkan pengetahuan ahli persatuan tersebut mengenai penjagaan dan kreativiti bagi menghasilkan bonsai menerusi seminar khas yang diadakan selama tiga hari.
''Saya kagum dengan penduduk Kelantan yang begitu minat dengan bonsai sehingga pokok yang dihasilkan boleh dijual dengan harga RM50,000 dan pernah menjadi juara pertandingan bonsai,'' katanya di sini.
Steven menjelaskan, bonsai yang indah memiliki ciri-ciri harmonis serta karakter tersendiri yang ditentukan pemiliknya.
''Seperti manusia misalnya karakter santai akan menjadi janggal kalau dipaksa menjadi formal. Begitu juga bonsai, karakter itulah kemudiannya menjadi identitinya,'' kata beliau.
Menurut beliau, bagi mewujudkan karakter pohon bonsai, ia lebih sesuai dalam bujur atau lingkaran yang memberi kesan kesempurnaan, serius atau feminin. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #85 amazed's post
Antara peserta menghadiri seminar bersama Master Robert di Kota Baru pada 8 - 9 Ogos 2008 ... aku pun ade same
Robert Steven
[ Last edited by shauqi at 4-9-2008 03:35 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ilusi bonsai
Oleh Noriah Idris
[email protected]
BONSAI hanyalah pohon renek yang mungkin dipandang sepi oleh sesetengah orang kerana ukurannya kecil atau pendek. Sebagai tanaman tertua, sejarahnya dikatakan bermula di negara matahari terbit manakala bonsai itu pula mempunyai nilai komersial.
Mereka yang mempunyai tangan berseni bukan hanya mengalirkan idea menarik untuk sepohon bonsai hidup. Bahkan dalam seni penataan tertentu, ia boleh diolah atau dibentuk dengan menarik menggunakan bahan tiruan yang menjadikannya hiasan hebat di sudut tertentu.
Bagi pemilik Souvenier Shoppe, Mazni Abu Bakar, bunga-bungaan renek seolah-olah berbentuk bonsai yang diolah dengan gaya tersendiri mampu menjadikan bonsai tiruan hiasan terbaik.
"Sebenarnya sesiapa saja boleh menghias bunga bonsai ini supaya menjadi menarik dan tersendiri. Jika anda kreatif, ambilkan saja pagar kayu yang sering digunakan dalam taman untuk menghias bunga dan jadikannya bahan menarik dengan hanya meletakkan bunga di dalamnya.
"Untuk lebih menarik, susunkan pasu tertentu dalam pagar hiasan itu untuk merealisasikannya seolah-olah bonsai menarik di dalam taman yang boleh mencetuskan ilham untuk sudut tertentu," katanya yang berpengalaman lebih 10 tahun di bidang dekorasi termasuk penyediaan koleksi menarik berbentuk aliran Inggeris.
Aliran terkini menyaksikan gaya berkenaan semakin disenangi ramai justeru dia turut memanfaatkan peluang terbaik di syarikatnya untuk menyuntik elemen Inggeris sebagai alternatif kepada si penggemarnya.
"Seseorang itu boleh mempelajari kaedah menggunakan bunga-bungaan kecil untuk menghiasnya. Kalau pandai menyesuaikan padan bentuk bunga-bungaan atau bahan terbuang, ia mampu menghasilkan sesuatu yang berharga.
"Misalnya, pasu, serpihan kayu atau barang buangan terpakai yang sudah tidak digunakan boleh dimanfaatkan supaya menghasilkan gubahan lebih menarik," katanya.
Ilusi bonsai katanya, akan kelihatan lebih menyerlah jika seseorang itu pandai memberi inspirasi tertentu terhadap bahan yang ada untuk menjadi hiasan di sudut terbaik apatah lagi jika seseorang itu bijak mereka ciptanya.
Dia akui koleksi di syarikat berorientasikan barangan hiasan dan gubahan itu didatangkan dari beberapa negara termasuk China, Thailand dan India kerana barangannya yang menarik serta tersendiri.
Untuk penggemar gaya penataan berkenaan, layari www.shabbysouvenirshoppe. com. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #82 kejariah's post
Betullah...banyak sangattt...dah tu tak jual ke?...buat collection ke semuanya?... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by shiina at 1-7-2009 21:54
Here are some pictures of bonsai taken during the Flower Fest at Botanical Garden Penang...pokok2 yang kategori togel tak berdaun pun nampak cantik bila dah dibonsaikan macam ni...semua pokok2 bonsai ni...macam pokok2 orchid jugak...masuk competition...tengoklah medal2 yang dipakaikan kat pokok2 tu...so let us just enjoy the view...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ni pulak gambar pokok bonsai yang berbuah...dan yang berbunga...yang berbunga as usual...pokok frangipani...dan yang berbuah is black mulberry...alah...macam yang ramai antara kita tanam tu...bolehlah lepas ni kita semua bonsaikan pokok2 mulberry kita...akan bertambah lebat buahnya nanti...really...no kidding...let us see...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|