|
filem seram James Lee HISTERIA ~ 18 Disember 2008
[Copy link]
|
|
Reply #117 shanew3stgalz's post
aku x reti aahh naks kasi bintang2 bekerlipan nie, serious I dunno.. kalu setakat kasik comment / review 2 leh aahh skit2.. ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
penulis skrip bekas moderator forum ni...
yang pasti...filem ni tak buat zzzzzzzzzz....berbaloi dgn harga tiket![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
HI..
setuju gak ngn seribulan...aku gk mlm smlm kul 11.45pm n aku yg penat pun tak tertidur tgk cita nih. Overal aku suka w/pin byk lagi ruang yg boleh dibaik especially jln ceritanya. Bahagin suspen nye pun menjadi gak. Lakonan Lyana @ Murni, mmg meletop...huhuhu...Cuma hantunyer ajer mcm alien...huhuhu...Sapa rasa nak tgk, pilah tgk. AKu kasi 3.5/5
![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
mula2 tgk rasa takut tp da pas masuk part pocong
then masa jun nak gi bilik cikgu helmi
da x rasa takut sgt
serius hantu nyer cam alien ajer
then ... i bg 3.5 over 5 la ...
kira kreatif gak ler
menjadi dr segi efek sume
n nampak sgt si adi tu xdpt control mata dia
terkelip-kelip ... heheheheh .....
|
|
|
|
|
|
|
|
Hei Si Hantu Raya
Jembalang Angin
厖厖厖厖厖 |
|
|
|
|
|
|
|
Overall not bad lah wpun ade yg mcm x logik.X lah seram mane.part kelakar pun ade..
org tgh takut2,nak call tibe2 ckp kredit x de.mmg lawak.aku gelak2 je tgk.I was expecting too high i guess but the film disappoints me.aku ingat bile indie director ade la chances kan tp hmmppp....
honestly,kalau utk entertainment biase2 je ok la.
satu yg aku nak salute,lakonan liyana jasmay.man,she's got REAL talent!mmg superb lakonan die.serius superb. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun dh tgk cite ni smalam.. actually tak la seram sgt, cuma terkejut2 je.
cuma yg membuatkan cite ni best, teringat zaman sekolah dulu2, duk main pranks, kene kan kengkawan etc.. huhuhu windunyer
Dlm cite ni rasenye acting yg paling best skali liyana jasmay. Tapi Scha ttp pojaan hatiku scha dlm ni mmg dia kayu, dia sendiri pun ngaku, sbb ni filem n lakonan pertama dia, tp overall dia bawak watak kawan yg cool mmg ok la. Dia sbg ketua, jd pelindung kengkawan dia esp Murni. Murni sbnarnye tak niat nak bunuh Alissa sbb dia kan paling sayang kat Alissa. (alamak aku bg spoiler ke nih)
Scene kissing tu, pd aku si Yana yg bawak watak pengawas tu aku tgk mcm dia main2 n saje nak gedik2 je hahahaha. Tapi mmg nampak gak aura lessy dia sbb bila dia jeles tgk Alissa peluk Ris (ke Riz, ntah) ![](static/image/smiley/default/tongue.gif)
Tapi bagus gak kene potong.. masa scene tu kene potong ramai ngeluh, wkakakakakaka
Yg bawak watak Kerek tu pun kelakar, sbb dia kurus sgt aku rase Esp part pocong tu
Apa lagik aku nk review nih, hehe. Tapi rasa cam nak tgk lagi skali.
Ermm aku bagi rating 4/5 la. Over tak? ![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
part nilah yg kna potong. not sure why
![](http://farm4.static.flickr.com/3137/3063584892_6f0e3871cb_o.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #131 junkredish's post
errr yana mentioned tht in a paper, their lips were touched briefly. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah tengok cite ni semalam..aku kalo tengaok citer melayu tak nak expect yg tinggi2 sebab nanti sedih..tapi citer ni guite okey arr lebih dari aper yg aku expect takder lah nyesal beli tiket 11 ringgit and memang lawak gile part lentok ckp takder kredit nak telefon |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by junkredish at 22-12-2008 01:56 AM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
part nilah yg kna potong. not sure why
http://farm4.static.flickr.com/3137/3063584892_6f0e3871cb_o.gif
eh kena potong ke? aku tgk kat wayang ada je... tapi sgt2 la sekejap bibir diorg bersentuhan. tapi still bersentuhan la. goli den.
aku tgk kat penang, aku rasa dlm 10-15 org je dlm panggung tu.
komen aku: ni 1st cerita hantu / seram melayu yg aku tgk kat panggung, so bg aku ok la. tapi scene / shot continuation x berapa smooth la. contoh before the kissing scene and the kissing scene, mcm nampak sgt scene tu pakai shot lain (shot ke take tah). mcm kalau xde pun x jejaskan music, jln cerita, etc. pastu time tu rambut scha dah x tutup dahi, n diorg tiba2 dah face-to-face sedangkan before that zeta tu duduk agak jauh.
spoiler:
ha'ah aku pun nampak mati adyputra berkelip time dia jadik mayat tu hahaha nasib baik sekejap je. tapi kalau ada cikgu aku mcm tu aku pun rasa nak ngorat ![](static/image/smiley/default/shy.gif)
darah sume mmg high velocity la pancutnya... jauh gak gi hehe
acting-wise, yg budak2 pink tu sume ada la bakat gi jauh. x nampak kaku / self-conscious sgt. yg pelakon tambahan of course sume best, sume dah berlakon lama kan hehe. reefa mmg aku aku x expect dia boleh berlakon, n berlakon mcm tu. real, selamba, x over. x kisahla muka mcm pecah rumah ke apa, good job. :cool:
overall, 3.9 / 5 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #135 awan_kelabu's post
aku rase scene tu tak kene potong kat panggung2 yg tak ramai org kot.. kalau kat kl ni sasah kene potong.. hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgk citer nih smlm...
kira okeh lah jugak kan..
dr citer yg last2 tgk2..mimpi..tuh mmg kene aa jwb ngan aku..
pon suka tgk lakonan lyana tuh...muka sumer pon mcm bdk2 jer pon..
pastu...part lawak dia okeh lah jugak...kira x lah gelak bodo jer..
rating..3.5/5..
aku pening sket psl byk scene pusing2..mcm flashback kenangan...pening aa kalo tunjuk byk2...huhu |
|
|
|
|
|
|
|
seram dalam kelam dan penerokaan rasa
oleh: jelir.wordpress.com
Histeria
James Lee
Tayangan Unggul
2008
Ketika Histeria dibuka dengan satu adengan visual ala klasik seram, ia sebetulnya sedang berbicara dengan penonton tentang keseriusan pembikin filem ini untuk menghasilkan sebuah kerja yang bakal hinggap dalam kotak fikiran kita untuk satu jangka masa yang lama.
Pengarah muda James Lee di dalam Histeria mempotretkan perasaan seram dan gelisah, ketakutan dan ancaman serta keseronokan yang bila di hambat rasa gerun akan meninggalkan kita di dalam keadaan kosong dan sepi. Setelah cuba memuaskan diri dengan melayani beberapa filem seram tempatan tahun ini, kemunculan Histeria secara peribadi dirasakan kembali menyuntik keghairahan penonton untuk menunjang semula kepercayaan terhadap filem seram tempatan.
Sebelum ini, sebuah lagi filem dari kelompok sama – Susuk – arahan Amir Muhammad sedikit menghampakan. Saya – secara peribadi – merasakan Susuk sebagai sebuah filem seram yang sepatutnya berjaya membawa norma mistik yang tinggi, sebaliknya mengejutkan saya dengan kosmetik yang berlebihan yang banyak ‘membunuh’ aspek lainnya.
Namun dengan Histeria, penonton dihamparkan dengan gambaran yang minimal tetapi cukup memadai untuk menyampaikan cerita yang disokong dengan visual seperti yang dihajati.
Di sebuah sekolah berasrama, sekumpulan gadis menyeru ‘penjaga’ kawasan berkenaan disebuah busut – sekadar main-main. Selepas daripada itu, ketika kumpulan ini ditahan waktu cuti, tanpa mereka sedari ada perkara yang sedang menghambat mereka, dan memerlukan pemahaman situasi oleh watak-wataknya. Seterusnya, pengalaman yang ngeri-suspen menghiasi Histeria.
Filem ini dapat mezahirkan terus kepada penonton maksudnya atas beberapa perkara yang membantu. Antaranya, jalan cerita – dengan paparan situasi yang ditonjolkan - banyak mempunyai persamaan dengan kefahaman kita terhadap situasi-situasi sama secara realiti. Maksudnya di sini, untuk menghasilkan sebuah filem sebegini di Malaysia (mengambil kira audien di sini terlebih dulu), sesebuah filem memerlukan satu faktor penyambung antara cerita rekaan yang dicoretkan dengan perkara nyata yang biasa berlaku. Masyarakat kita dekat dengan semangat-semangat begini – hantu, jembalang, jin – dan itu mampu memberikan kesan langsung penerimaan audien.
Histeria tidak memaparkan hantu sebagai hantu, jin sebagai jin dan seterusnya. Ia tidak menggunakan ‘benda’ itu sebagai satu perkara menakutkan tetapi pada kebanyakan waktu menzahirkan susuk ‘jin’ ini secara fizikal dan tidak tipu-tipu. Sebagai menimbal kembali hal ini, Histeria meletakkan penonton pada perspektif sang jin tersebut. Dari corong mata dan penglihatan ini, penonton akan merasakan satu daya yang berbeza yang menggerakkan filem ini dan kita terlibat sama di dalamnya.
Juga, susuk jin yang dipaparkan jelas dan kotor dan kekal sepanjang penceritaan, walaupun ada babak di mana ia menyerupai rupa manusia – yang juga salah satu daripada sifat jin seperti yang diceritakan. Ini, berbeza dengan sesetengah filem lain – Jangan Pandang Belakang misalnya – yang tidak mengambil sikap tegas terhadap susuk fizikal ‘hantu’ itu sendiri. Lihat saja bagaimana hantu itu dipersembahkan. Ada waktu ia pada satu wajah, diwaktu lain ia menjadi ‘hantu galah’ dan sebagainya. Untuk hal ini, penonton mudah bertanya, apa yang sebenarnya mahu ditonjolkan melalui watak hantu itu?
Perkara lain yang banyak membentuk Histeria ialah para pelakonnya. Murni (Liyana Jasmay) bermula dengan kelam dan berakhir juga dengan kelam. Selebihnya, watak Alissa, Kerek, Malina, Junita, Tini, Zeta dan lain-lainnya mengharungi cerita ini dengan darah.
Suasana kelam menyelubungi filem ini. Sepanjang penonton mengikuti Histeria, mereka akan dibawa ke dalam satu situasi yang malap. Ini, pada kebanyakan masa mewujudkan rasa sesak dan terdesak, sekaligus dapat melahirkan nyawa tersendiri kepada filem ini.
Siang, bersendirian di dalam kelas sunyi, Zeta dan Alissa beralih dari rasa tenang kepada meluahkan dan seterusnya terperangkap dalam keliru. “Saya tak suka lelaki,” dialog Zeta kepada Alissa. Adengan seterusnya, dengan letak-kamera pada bahagian sisi mereka, dalam sunyi-ghairah-rumit, bibir dua gadis ini bercantum (hampir) dan ini meletakkan satu perasaan yang sarat pada adengan tersebut – walaupun singkat. Bagi layar perak di Malaysia, ia jarang berlaku dan melahirkan perasaan yang sukar diungkapkan. Mungkin, para moralis tidak akan bersetuju dengan hal ini, tetapi dari sudut filem dan segala aspek seninya, ia berjaya melahirkan rasa kemelut dua watak itu dengan dekat dihati penonton.
Khalayak yang sudah jemu dengan filem-filem tempatan yang stereotaip mungkin akan bertemu dengan sesuatu yang berlainan dengan Histeria. Ia tidak berusaha untuk memaparkan isu-isu besar tetapi menekankan dengan baik perkara-perkara kecil yang meneyelubungi hidup kita. Bersifat individualistik – dengan segala kekecohan wataknya, Histeria pada tingkat tertentu berhasil menzahirkan kisah jin, keceluparan serta ketakutan dalam tona yang menarik bagi filem hasil kerja tempatan.
Filem pada kebiasaannya akan tinggal menjadi hanya sebuah filem, cuma satu soalan yang juga sering tertinggal kemudian dalam dua keadaan berikut – adakah ia nanti untuk dikenang atau dilupakan? Histeria, dengan semua tenaga yang ada mungkin akan menempatkan dirinya pada kelompok yang kedua itu.
22 disember 2008 |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgk sabtu lepas kat klcc.. panggung penuh....
aku bagi 3.5/5 |
|
|
|
|
|
|
|
haku tgk citer neh tgh hari semlm...
boleh tahan ramai gak penonton walaupun show tgh hari dan hari bekerja... |
|
|
|
|
|
|
| |
|