CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Acong

[Jenayah] OKU merangkak ke Pej Pengarah JKM - Pegawai JKM takut nyanyian Negaraku..!

[Copy link]
Post time 7-10-2013 07:31 PM | Show all posts
ngapa bukan org yg sempurna kaki tangan jah yg panjat tangga?ngapa biar hat takdak kaki yg merangkak?
bak kata kru: IMPAK MAKSIMA

alang2 nak kasi memo
alang2 datang ramai2
salah? tak nampak ada salah pun, lagi pun rasanya mamat tu biasa jah naik turun tangga, kita yg sempurna ni yg nampak payah
sbb purpose utk highlight depa punya plight sbg OKU, so bagi jelah yg nampak paling OKU utk buat tugas
macam kau nak mintak sedekah tepi jalan lah, kau tak pakai baju penuh labuci tudung fareeda bagai...kau pakai lah baju paling koyak rabak yg kau ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2013 07:37 PM | Show all posts
rikiruj posted on 7-10-2013 03:34 PM
ribut takde angin takde Umno & BN jugak salah... entah2 Pn Pengarah tu penyokong tegar PR..

org gomen memang ramai penyokong PR
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 05:11 PM | Show all posts
hzln posted on 7-10-2013 05:52 PM
alahaiiiii sombongnya...stengah golongan vvip pun tak heran dgn panggilan2 nih...ada sekali tuh ka ...

itu la pasai..

aku tgk gaya akak tu mmg makcik2 gak la.. takde la jenis mekap tebal, berlabuci, bergelang2 byk pun

tapi aku agak terkedu la masa tu pasal dia marah aku pasal panggilan / gelaran dia tu

ye la.. mungkin aku muda mentah masa tu.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 08:12 PM | Show all posts
Keling tak nak ngamuk ke cam kes kongsi gelap aritu...


Mana keling2 semua..keling miskin nie lebih memerlukan perhatian


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2013 09:44 PM | Show all posts
FRIDAY, 11 OCTOBER 2013
Terbaru.. Pengawai JKM Kulim Gagal Turun Berjumpa OKU Kerana Nyanyian Lagu NegaraKu




Gambar-gambar yang disebarkan menerusi blog dan beberapa laman berita atas talian.

Laporan KeadilanDaily: OKU mengengsot serah memorandum kepada JKM Kulim

KULIM 6 OKT: Seorang Orang Kelainan Upaya dari Kumpulan OKU Setia Kulim nekad mendaki tangga dengan mengengsot kerana mahu menyerahkan sendiri memorandum kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di daerah itu hari ini.

Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran berkata, OKU itu, dikenali sebagai Gnana Pragasan, 53 berbuat demikian  selepas Pengarah JKM Daerah Kulim enggan menemui  mereka dan menunggu lebih sejam.

OKUKatanya, memorandum itu berhubung kemudahan OKU di pejabat JKM berkenaan yang didakwa tidak memuaskan hingga menyusahkan mereka untuk berurusan.

Selain itu, kata Surendran, mereka juga mendakwa elaun antara RM150 hingga RM300 dipotong, serta layanan pegawai JKM yang disifatkan kurang mesra.

“Pada mulanya lebih 50 OKU berkumpul di bawah (pejabat JKM Kulim) untuk menemui Pengarah JKM Kulim yang berada di tingkat atas.

“Selepas menunggu hampir sejam, seorang dari mereka nekad mengengsot dengan mendaki satu demi satu anak tangga sambil menggigit memo itu.

“Pegawai JKM dikenali sebagai Rohana hanya membuka pintu beberapa ketika selepas OKU itu berjaya naik ke tingkat satu dan menerima memorandum tanpa memberi respon mengenainya,” katanya yang menyifatkan tindakan JKM itu sebagai zalim.

Katanya, Gnana terpaksa menggunakan tangga disebabkan tiada lif dan kemudahan laluan untuk kerusi roda ke tingkat satu pejabat yang terletak di Kompleks Bangunan Majlis Perbandaran itu.

Sehubungan itu, Surendran berkata beliau akan membangkitkan insiden itu pada sidang parlimen 21 Oktober ini dan kumpulan itu juga bersedia untuk hadir. -Oleh: Masdar Wahid

Laporan Sinar Harian: Kisah di sebalik pegawai JKM 'kejam'
AUTA

KULIM - Seorang OKU dari Persatuan Kebajikan Setia Orang Kurang Upaya Kulim (PKSOKU) dikatakan nekad mendaki tangga dengan merangkak kerana mahu menyerahkan sendiri memorandum kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di daerah itu pada 6 Oktober lalu.

Beberapa blog dan berita dalam talian melaporkan, OKU itu yang juga Pengerusi PKSOSU, K Genggataran, 53, berbuat demikian selepas pegawai JKM Daerah Kulim dikatakan enggan menemui mereka walaupun setelah menunggu lebih sejam.

Tajuk-tajuk yang digunakan dalam laporan ini seolah-olah menghentam JKM Kulim yang tidak prihatin dengan kesukaran seorang OKU. Antara tajuk yang disebarkan menerusi internet, 'OKU ketuk pintu JKM buat tak tau', 'Terpaksa merangkak ke pejabat Pengarah JKM' malah ada yang menggunakan tajuk,
'Pengarah JKM Kulim kejam paksa OKU merangkak naik tangga'.

Berita portal turut memetik Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran sebagai berkata, pada mulanya lebih 50 OKU berkumpul di bawah pejabat JKM Kulim untuk menemui pegawai JKM yang berada di tingkat atas.

“Selepas menunggu hampir sejam, seorang daripada mereka (Genggataran) nekad mengengsot dengan mendaki satu demi satu anak tangga sambil menggigit memo itu kerana pejabat berkenaan tiada lif.

“Pegawai JKM dikenali sebagai Rohana hanya membuka pintu beberapa ketika selepas OKU itu berjaya naik ke tingkat satu dan menerima memorandum tanpa memberi respons mengenainya,” katanya.

FAKTA

ALOR SETAR - Exco Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Suraya Yaacob menafikan dakwaan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kulim enggan menemui wakil Persatuan Kebajikan Setia Orang Kurang Upaya Kulim (PKSOKU), baru-baru ini.

“Saya difahamkan, bukan pegawai JKM itu tidak mahu berjumpa dengan mereka. Tetapi kerana situasi pada ketika itu yang membuatkan pegawai itu takut untuk berjumpa mereka yang sengaja mencetuskan provokasi di bawah pejabat ketika itu.

“Mereka buat bising, menyanyikan lagu Negaraku dan sebagainya. Tambahan pula mereka datang dengan begitu ramai, memang menakutkan pegawai JKM untuk berjumpa mereka meskipun hanya untuk menerima memorandum itu,” katanya mengulas penyebaran gambar seorang OKU di laman sosial yang dibiarkan menaiki tangga untuk menyerahkan memorandum berkenaan kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat Kulim, Rohana Yusop, kerana didakwa enggan berjumpa kumpulan itu.

Sebelum itu, salah seorang kakitangan JKM menemui Genggataran untuk meminta wakil bersesuaian menyerahkan memorandum itu kepada Rohana kerana hanya empat orang daripada hampir 15 orang dalam kumpulan itu berkerusi roda.

Ini bermakna, masih ramai yang mampu berjalan menaiki tangga ke tingkat 1 bangunan itu, bukan sekadar membiarkan seorang OKU merangkak menaiki tangga.

Bagaimanapun, Genggataran enggan berbuat demikian, sebaliknya dia sendiri yang mahu menyerahkannya. -MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI & SHAIFUL AZHAR AHMAD ALI

Isu Kandungan  Memo OKU Kepada JKM Kulim





Susah sangatkah nak terima memo dari warga yang berstatus OKU? .. Mengapa perlu ada kakitangan awam yang kerjanya menjaga kebajikan rakyat yang susah dan daif langsung tiada rasa dan berjiwa perihatin? -Omak Kau!!!!
***

Mula-mula aku nak tanya Wartawan Sinar Harian mana satu nama yang betul?
Keadilan Daily lapor Gnana Pragasan atau Sinar lapor K Genggataran?
Kalau Sinar Harian kata Auta kenapa nama tak sama?

Kepada Kementerian berkaitan janganlah sewa tingkat 1,2 atau 3 untuk dijadikan pejabat..
Susah orang nak berurusan.. Yang berurusan dengan JKM ni biasanya orang orang tua, orang uzur dan OKU.. Ada la mereka yang perlukan tu.. Sian depa..

Beza orang miskin dengan golongan OKU adalah jurang diskriminasi. Orang miskin yang ada lengkap tubuh badan yang kuat dan mampu bekerja tu namanya PEMALAS tapi OKU pulak dia ada benda yang membatasi kemampuan mereka dan perlukan sokongan. At least beliau berusaha mencapai matlamat beliau walaupun dengan merangkak, hidup kalau tak ada misi/visi bek duduk Tanjung Rambutan.

Mungkin ada yang mengkritik tindakan beliau kerana beliau dari kalangan kaum INDIA. Rasanya kalau MELAYU mungkin ada yang angkat keris cium cium depan Balai lepas buat laporan.

Kalau Menteri datang.... Bukan main lagi Pegawai, pegawai kanan menunggu kat pintu depan dan siap hidangan VVIP... Bila oku@ fakir miskin datang buat macam acuh tak acuh ja.. Membezakan darjat, hang masuk kubur nanti pun sama saja dengan orang miskin... Doakan Pegawai JKM muhasabah diri... Kita ni tak sentiasa di atas..

Kepada Pegawai JKM.. Dengan OKU pon hang takut ka.. awat semua dalam pejabat tu perempuan.. Orang laki-laki tak da ka? Baru dinyanyikan lagu NegaraKu dah takut! Kalau dibacakan Yassin atau Ayat Kursi tah macam mana la gamaknya kan?

Read more: http://pakat-pakatkalih.blogspot ... .html#ixzz2hQ7jYcLi



Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 10:34 PM | Show all posts
Kalo tanpa sbb musabab yg jelas dia buat gitu..
Mmg harus di seranah je org gini.

Mggu ni ada 2 tempat aku pg burusan dgn pjbt kerajaan.
Ptama pg pejabat pendaftaran..
Sibuk sgt pempuan ni mencekik goreng pisang..
Aku tanya nak buat sekian2 tekan mana..
Aku dua kali tanya.dia ckp tekan D..
Aku tekan lah..menaung tunggu..tgk org lmbt dr aku dh mik giliran.
Dekat 30 min aku tggu,aku tanya org..katanya tekan butang A..
Hangin aku.aku g kaunter cakap kata butang D..
Boleh selamba ckp..eh sori D xda apa fungsi butang A..dlm ati aku sibuk sgt nak mencekik.

Kedua aku ada urusan kat pjbt kerajaan lain.
Anak aku xsihat,jd telepek lah.pggil aku.
Ekon xrasa kat situ,pastu nombor rosak.kena beratur.
Mamat pkerja kat sini baik sgt..dia tarik tgn aku pegang (mcm aku kurg upaya plak)..
Dia bawak aku kat barisan hadapan.
Sume urusan selesai sbb dia heret aku kesana kemari.
Dan aku harap ramai pekerja kerajaan yg btimbang rasa mcmni.
Kalo mcmni perangai kakitgn awam,naik gaji pun akusokong 100%.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2013 10:51 PM | Show all posts
fire_place posted on 11-10-2013 10:34 PM
Kalo tanpa sbb musabab yg jelas dia buat gitu..
Mmg harus di seranah je org gini.

sebab tu gomen serben nak mintak naik gaji..sebab mereka busy..muahhahahaha tekanan kerja dan kerja yang mereka lakukan itu sungguh mencabar..lagi mencabar dari welder 6g O@G

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 10:52 PM | Show all posts
orang kaya belanja sarapan macai sampai 6k...

orang OKU elaun 300 pon nak kena potong sampai 150..

duniaaaa..duniaaaaa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2013 11:07 PM | Show all posts
Sebelum percaya membabi buta... Siasat dulu cerita dari kedua belah pihak...

Sebelum itu, salah seorang kakitangan JKM menemui Genggataran untuk meminta wakil bersesuaian menyerahkan memorandum itu kepada Rohana kerana hanya empat orang daripada hampir 15 orang dalam kumpulan itu berkerusi roda.
Ini bermakna, masih ramai yang mampu berjalan menaiki tangga ke tingkat 1 bangunan itu, bukan sekadar membiarkan seorang OKU merangkak menaiki tangga.


Dah ada rupanya kakitangan JKM yg berjumpa NGO ni..

La... Ada 50 lagi rupanya yg sihat walafiat, boleh naik tangga tu... Kesian si kudung tu jugak yang disuruh terhegeh2 naik tangga... Ni namanya PROPA hampehhh....

Yang buat tajuk JKM kejam tu memang sahla tukang tabur fitnah... Selagi ada peluang nak menghentam kerajaan, semua cara dihalalkan...  
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 11:09 PM | Show all posts
akak dah tengok video oku ni dlm fb somi kebetulan kwn somi yg rakam....kalu tengok dlm video tu memang ramai india la....tapi x da la  ramai sangat sampai boleh pegawai tu takut nak turun.......sori na akak x reti nak tempek video tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2013 01:55 AM | Show all posts
akubest posted on 11-10-2013 10:52 PM
orang kaya belanja sarapan macai sampai 6k...

orang OKU elaun 300 pon nak kena potong sampai 150. ...

undang2 dunia hanya adil utk org kaya, bukan utk org miskin......
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
KULIM?? awatla cmni... awat sombong nih Puan Pengarah?? sian OKU.. dhla tinggi tangga tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 05:00 AM | Show all posts
apo lagi ...ramai2 oku ...buat bantahan dopen pejabat pepuan ni ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.357613 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list