CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hijau88

NUR KASIH[PART VIII][FILM IN PROGRESS]

   Close [Copy link]
Post time 26-7-2010 08:56 AM | Show all posts
Reply  hazlyn


  mcm speku blh wat dgn pic tue? ko rase ape
shareena88 Post at 26-7-2010 01:18



aku speku baby tu mia masa kecik..
sbb aku tak nmpk mia dlm gambo family tu..

logik ke speku aku?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2010 08:58 AM | Show all posts
Moral - Layan NKTM Atau Adam+Nur Atau RI+TZ..akan m'ceriakan hari mu
mia1234 Post at 26-7-2010 07:00



yup.. sgt2 betul
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 08:58 AM | Show all posts
sume paper ari ni ade tiz & remy..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 09:00 AM | Show all posts
Reply 1439# irsuzie


    morning..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 09:16 AM | Show all posts
Morning semua !!!! semakin byk speku nampaknye......
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 09:16 AM | Show all posts
SOURCE : KOSMO ONLINE
Larut dalam emosi Adam

Watak Adam yang dilakonkan dalam drama bersiri Nur Kasih benar-benar memberi impak yang cukup besar buat Remy dan watak-watak yang lain dalam drama itu seperti Fizz Fairuz sebagai Aidil, Sharifah Sofea (Katrina), Tiz Zaqyah (Nur Amina) dan Ayu Raudah (Alia) apabila ia ditonton sebanyak 4.3 juta penonton setiap minggu.

Kini, ramai yang menantikan filem Nur Kasih yang masih dalam pembikinan dan dijangka masuk pawagam sekitar Mac tahun hadapan.

Bercerita lanjut mengenai watak Adam dalam filem Nur Kasih, perasaan teruja mula dilontarkan Remy dan menyifatkan watak Adam antara watak yang banyak bermain dengan emosi.

"Cabarannya lebih besar dan konfliknya lebih rumit. Bab watak tiada beza kerana filem ini kesinambungan daripada drama, cuma apa yang boleh cakap penonton akan menangis bila menonton.

"Saya sendiri bila baca skrip pun sudah tersentuh, memang hasil tangan penulis skrip Mira Mustafa dan pengarah Kabir Bhatia cukup baik," katanya yang mengunci mulut mengenai jalan cerita dan pengakhiran filem Nur Kasih.

Disoal tentang cabaran, Remy menjelaskan penggambaran filem Nur Kasih selama 10 hari di Jordan benar-benar menguji daya ketahanan dirinya. Meskipun itu kali kedua dia berada di Jordan, bekerja di luar negara cukup berbeza dengan negara sendiri.

"Cuaca di sana panas terik tetapi angin sejuk, siangnya lebih lama tetapi bila malam kami menggigil kesejukkan. Ada krew yang sakit teruk sebab tidak biasa dengan cuaca.

"Bab makan pun saya tidak biasa jadi saya hanya banyak makan roti sahaja. Kulit kering dan bertambah gelap walaupun saya pakai losen pelindung matahari yang paling tinggi pelindungannya," katanya dalam tawa.


KESUDAHAN cinta Nur Amina (Tiz Zaqyah) dengan Adam (Remy Ishak) masih enggan diumumkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2010 09:22 AM | Show all posts
Cukuplah!
Oleh Hanisah Selamat

2010/07/26

      Tiz Zaqyah tidak mahu panjangkan cerita kontroversi dengan Fasha

SESEKALI tawa kecil Tiz Zaqyah kedengaran tatkala diusik kontroversi yang dikaitkan dengannya, baru-baru ini.

Cukup-cukuplah..., ujar gadis yang baru menginjak 21 tahun itu lagi sambil tersenyum apabila terus diasak dengan soalan nakal.
    Baginya, baik isu Fasha Sandha mahu pun Rizal Ashram Ramli, tiada yang perlu dijelaskan lagi kerana tidak mahu memanjangkan isu berkenaan apatah lagi di kala ini tumpuannya lebih terarah kepada penggambaran filem Nur Kasih yang diangkat ke layar perak.
Manis mengenakan persalinan merah jambu dan putih dengan padanan tudung rona senada, Tiz yang ditemui di set penggambaran filem Nur Kasih di Kampung Sawah Sempadan Tanjung Karang, seakan-akan sudah maklum persoalan yang mahu diajukan media.

Saya bukan mahu mengelak, tetapi janganlah panjangkan lagi isu berkenaan. Lagi pun semuanya sudah saya jawab sebelum bertolak ke Jordan tempoh hari. Cuma yang boleh saya katakan, kehidupan saya masih seperti biasa - bekerja dan bekerja, katanya dengan terus senyum saja.

Dijolok sama ada rentetan isu itu menyebabkannya serik berkawan rapat dengan rakan artis, Tiz yang tetap tenang melerai setiap persoalan menganggap tiada sebab untuknya skeptikal terhadap orang lain termasuk teman sealiran hanya disebabkan isu sebegitu.

Katanya, perkara sama mungkin berlaku kepada orang lain cuma disebabkan dirinya figura masyarakat, cerita seperti itu mengundang perhatian ramai malah akuinya lagi, perkara yang berlalu menjadi pengajaran paling berharga.
Tidak guna melatah tak tentu hala. Lebih baik saya tumpukan pada kerja dan kerjaya. Namun jika saya perlu bergandingan dengan Fasha (Sandha) dalam sesebuah produksi dan kebetulan skripnya bagus, saya tidak akan menolak tawaran itu.

Saya tiada masalah bekerjasama dengannya, itu pun jika tawaran memerlukan gandingan kami. Apa pun soal dia bersedia atau sebaliknya, terpulanglah kepada yang empunya diri, jelas Tiz lagi apabila ditanya sekiranya ditawarkan bergandingan dengan Fasha Sandha.

Ungkap gadis bermata bundar itu yang kelihatan tenang saja melayan pertanyaan media, kesibukan di lokasi penggambaran filem Nur Kasih di bawah garapan Khabir Bhatia yang turut dilakukan di Jordan membuatkan dia  lupa terhadap perkara lain, apatah lagi perlu memenuhi tuntutan watak Nur Amina yang perlu bermain emosi.

Nur Amina ajar erti kesabaran

Berbeza dengan versi drama, Tiz menganggap Nur Amina yang bakal muncul di layar perak pada Mac 2011 dikatakan lebih tabah menghadapi dugaan biar berdepan segala macam rintangan.

Nur Amina mengajar saya erti kesabaran malah syukur sepanjang penggambaran, kesihatan saya terjaga walaupun ramai dikalangan krew dan pelakon kurang sihat disebabkan keadaan cuaca  panas kering tidak menentu.

Cuma pengalaman yang agak menakutkan mungkin disebabkan petugas keselamatan yang menjaga produksi sentiasa memegang senjata selain berdepan dengan ribut pasir hingga semua terpaksa berkurung dalam kenderaan lebih daripada tiga jam, imbasnya.

Banyak mengambil air kosong antara rahsia penjagaan kesihatannya sepanjang berada di Aman,  Wadiram dan Petra tambahan pula tiga hari terakhir rombongan mereka perlu bermalam di dalam khemah di tengah padang pasir.

Semua pengalaman ini mahal harganya dan cukup manis apabila dikenang semula.
Saya bertuah bekerja lagi dengan Khabir yang sedia mendengar pandangan kami, begitu juga dengan barisan pelakon lain.

Mungkin kali ini senario sedikit berbeza kerana kami menerima dua ahli keluarga baru, dua kanak-kanak  yang memegang watak anak Aidil. Seronok melihat telatah mereka kerana tatkala kamera di hala, masing-masing sudah sedia beraksi, katanya.

Tidak mampu menahan debaran menanti tayangan filem Nur Kasih di pawagam, Tiz mahu memastikan kemunculan pertamanya di layar perak tidak menghampakan dengan menumpukan sepenuh perhatian sepanjang penggambaran dan saling berbincang bagi mendapatkan hasil terbaik.

Selain Tiz yang masih digandingkan dengan Remy Ishak sebagai Adam dan Fizz Fairuz (Aidil), filem yang mengambil masa kira-kira 36 hari penggambaran termasuk di Lembah Kelang itu turut menampilkan Liza Othman sebagai ibu.

Mengambil peralihan masa selepas lapan tahun Nur Amina dan Adam melayari rumah tangga , Tizz menjangkakan penonton bakal dikejutkan dengan plot kisah yang lebih dramatik dan tragik hingga mengundang syahdu.

Ditanya andai kata selepas ini menyusul lagi tawaran beraksi di layar perak, katanya biarlah satu persatu tanggungjawab diselesaikan memandangkan ada beberapa tawaran drama lain yang sudah singgah menyapa.

Katanya, dalam bekerja dirinya sentiasa memastikan setiap tawaran tidak bertembung dengan jadual sedia ada bagi mengelakkan pihak lain menanggung kerugian sekali gus memalit cela terhadap kerjaya seninya.

Saya mahu bertapak lama dalam bidang ini. Langkah saya baru bermula dan tidak mungkin berpatah balik hanya disebabkan kata yang tidak menyenangkan hati. Tidak perlu tamak mengaut tawaran jika di bahu sudah sedia tergalas tanggungjawab lain, ujarnya lagi yang pernah menerima tawaran merakam lagu ketika Nur Kasih mula-mula meletup

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 09:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by hazlyn at 26-7-2010 09:41



SOURCE : myMetro  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2010 10:12 AM | Show all posts
Reply 1449# hazlyn


    Wah3x..sukenya gambar ni..Muahh
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 10:15 AM | Show all posts
bli smua paper arini gamaknyer uols...hihik

My Teori : Zalimie + Zaqyah = sesuwai gituh

speku continue.......
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 11:20 AM | Show all posts
bli smua paper arini gamaknyer uols...hihik

My Teori : Zalimie + Zaqyah = sesuwai gituh

...
irsuzie Post at 26-7-2010 10:15



    Suka equation tu..pandai ko ek..kalah einstein
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 11:34 AM | Show all posts
laku paper ari nie... ehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 11:59 AM | Show all posts
aku x smpat nak bace lagik....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 12:41 PM | Show all posts
MOHD X SITI =   hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 01:00 PM | Show all posts
MOHD X SITI =   hehehe..
supbunjut Post at 26-7-2010 12:41



    equation ini einstein tak faham, KALI (x) tu pe maksudnya...pangkah ..tak setuju ek..ke ape
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 01:14 PM | Show all posts
supbunjut:
cool
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2010 01:26 PM | Show all posts
Suka equation tu..pandai ko ek..kalah einstein
mia1234 Post at 26-7-2010 11:20


tambah lagik mohd zalimie ishak + siti zaqyah razak
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 02:15 PM | Show all posts
tambah lagik mohd zalimie ishak + siti zaqyah razak
hayati_hassan Post at 26-7-2010 13:26



    mboii..korang nyer speku...huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 02:20 PM | Show all posts
Reply 1449# hazlyn


   

hmmm..tingkap nie tmpt Nur menangis time mlm pertama ek??..:p..tapi kenapa Adam posing kat situ lak..

untungnyer buah kelapa tu...dapat bergambo dgn Nur..oppsss!! tak takut buah klapa jatuh atas kepala ke??
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 02:35 PM | Show all posts
tambah lagik mohd zalimie ishak + siti zaqyah razak
hayati_hassan Post at 26-7-2010 13:26



    kih kih kihh..mcm mane leh ade idea2 ni. xprasan pon dulu2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.313269 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list