|
[Pulau Pinang]
'Rumah Sembang Pasemboq Utara V149'
[Copy link]
|
|
anak kat seremban berapa hari dapat cuti?
duk kat umah lagi baik kan
mana boleh komplen
nanti kita plak yg kena
mereka semuanya betul...hehee
|
|
|
|
|
|
|
|
tak hujan tu yg jadi berbahang
tapi kesian kat Baling kedah
teruk banjirnyaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
harapan matt pun begitu juga
kekal terus kat sini
biasa lah bila C jadi boss atau majikan
tetap akan ada double standard atau diskriminasi
|
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat sambut baik tambahan BKM
NURHIDAYAH HAIROM | | 05 Julai 2022
Golongan rentan, B4 harap bantuan kerajaan diteruskan
SHAH ALAM - Hampir 8.6 juta penerima manfaat Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) boleh menarik nafas lega apabila menerima bayaran bagi fasa dua termasuk tambahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bulan lalu.
Ketika berdepan cabaran kos sara hidup yang dihadapi ini, bayaran tunai yang diterima tentunya memberi nilai besar buat mereka yang merangkumi 4 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas dan 3.4 juta individu bujang.
Ismail sebelum ini mengumumkan kerajaan mengambil keputusan menyalurkan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40, masing-masing RM100 bagi isi rumah dan RM50 untuk individu bujang.
Setiap penerima bakal menerima sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing dengan bantuan tunai tambahan dibayar bersekali dalam bayaran Fasa 2, membabitkan peruntukan tambahan bernilai RM630 juta.
"Bayaran ini membabitkan peruntukan sebanyak RM1.74 bilion. Ia juga bagi meringankan beban kewangan golongan B40, terutamanya bagi menyambut Aidiladha tidak lama lagi dan akan disalurkan seperti dijadualkan.
"Setakat ini, seramai 8.6 juta penerima BKM sudah diluluskan dengan isi rumah bakal menerima sehingga RM2,500, tahun ini. “Bantuan ini adalah tertinggi yang pernah diberikan mana-mana kerajaan," katanya pada sidang media khas secara maya pada 22 Jun lalu.
Menurutnya, kerajaan sentiasa cakna dengan keperluan semasa terutamanya melibatkan kenaikan harga barangan keperluan dan akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar.
BKM adalah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40.
Cadang e- Voucher
Penganalisis ekonomi, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff menyifatkan bantuan tunai yang disalurkan kerajaan di bawah BKM wajar dan perlu terutamanya untuk golongan rentan dan B40.
DR. AHMED RAZMAN
Bagaimanapun, beliau yang juga Pengurus Pembangunan Perniagaan Putra Business School (PBS), Universiti Putra Malaysia (UPM) menyarankan kaedah e-Voucher melalui applikasi MySejahtera boleh dilaksanakan bagi bantuan tunai pada masa akan datang.
Jelasnya, melalui applikasi itu juga kerajaan akan dapat memantau pola perbelanjaan rakyat dan lebih mudah untuk membuat keputusan dengan lebih tepat apabila ingin meneruskan atau tidak BKM.
"Saya berpendapat, pemberian bantuan ini diharap akan diteruskan secara berkala tetapi diberi melalui kaedah e-Voucher supaya ia dibelanjakan untuk barangan asas yang tertentu.
“Kaedah ini juga lebih selamat dan mampu mengelakkan berlakunya salah guna atau penyelewengan," katanya. BKM 2022
Pembayaran kepada permohonan BKM 2022 yang berstatus ‘Lulus’ dibayar secara one-off bersekali dengan bayaran Fasa 2 KM 2022 mulai 27 Jun 2022 secara berperingkat.
Jadual Bantuan Keluarga Malaysia.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... t-baik-tambahan-BKM
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bukan kemalasan tapi soal kesihatan zura juga
anak dara zura tak ada yg tolong masak?
kalau gitu, zura kena clearkan stok kat dalam tu sebelum hari raya
nanti memang tak akan muat
|
|
|
|
|
|
|
|
susahlah klu mcm tu.
sampai mati pun nk harapkan bantuan
|
|
|
|
|
|
|
|
aah lg2 dia kutuk melayu pemalas.
tp utk sokongan harap kt org melayu jgk.
|
|
|
|
|
|
|
|
yelah kat sini dia tak biasa lagi
mungkin tak selesa lah kat sini
|
|
|
|
|
|
|
|
tp bila buka utube atau fb ok ja.
|
|
|
|
|
|
|
|
matt pun sama macam zura juga
guna yg basic sajee
|
|
|
|
|
|
|
|
tengok lah macmana
jap lagi matt nak krelaur lunch
|
|
|
|
|
|
|
|
alangkah best kalau boleh bawak keluar
kaya lah zura...hehee
|
|
|
|
|
|
|
|
Cukup-cukuplah beri saranan ‘jelik’
WAN ROSIDA WAN HAMAD | | 05 Julai 2022
Antaranya kenyataan tular di laman sosial yang menyarankan orang ramai mengurangkan pengambilan telur berikutan kenaikan harga makanan berkenaan.- Gambar hiasan Foto 123rf
PENINGKATAN harga barang mutakhir ini begitu meresah rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Rasa tidak puas hati itu diluahkan dalam nada yang sama dalam media sosial.
Seperti diketahui umum, peningkatan harga barangan yang dipengaruhi pelbagai faktor termasuk kesan di peringkat global seperti kekangan rantaian bekalan dan peperangan di Rusia-Ukraine, mengakibatkan negara kita juga terpaksa berdepan dengan tempias tersebut.
Pada 24 Jun lalu, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin melaporkan inflasi makanan melonjak 5.2 peratus.
Hampir 93 peratus barang makanan yang dipantau telah merekodkan kenaikan harga yang sememangnya kita tahu seluruh dunia mengalami masalah yang sama.
Di sebalik kesusahan rakyat untuk menghadapi kenaikan harga barangan yang di luar kawalan ini, pihak yang berwajib seharusnya tidak mengeluarkan kenyataan atau saranan yang boleh mengundang kemarahan.
Sejak kebelakangan ini ada sahaja saranan 'jelik' yang dikeluarkan, antaranya kenyataan tular di laman sosial yang menyarankan orang ramai mengurangkan pengambilan telur berikutan kenaikan harga makanan berkenaan.
Warganet tak tunggu lama untuk menyelar kenyataan berkenaan, ia bukan solusi yang diperlukan ketika kenaikan harga barangan semakin menghimpit rakyat.
Insiden 'tersasul' mengeluarkan kenyataan sebegini bukan pertama kali berlaku, jika sebelum ini rakyat disarankan menanam sayuran sendiri, walaupun ada betulnya tetapi dalam keadaan yang mencengkam kini, elok rasanya pihak yang berkenaan ‘tutup mulut’ seketika.
Buka sahaja media sosial, bermacam-macam parodi boleh ditonton, sinis menyelar apa yang disarankan.
Ditambah lagi dengan insiden beberapa pemimpin politik yang tak habis-habis galak mengeluarkan kenyataan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pembubaran kerjasama politik, malah ada pemimpin parti bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membincangkan tentang jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Seolah-olah survival politik mengatasi segala masalah yang berlaku dalam negara ketika ini.
Kenyataan-kenyataan yang tidak 'masuk akal' sebegitu hanya mengundang cemuhan rakyat, malah mereka secara tidak langsung hilang kredibiliti di mata pengundi.
Banyak lagi kaedah yang boleh diutarakan yang mampu mengurangkan sedikit kegusaran rakyat.
Tidak keterlaluan jika mereka memahami perit rakyat yang menolak troli penuh tapi kepala sarat memikir tentang kos sara hidup yang semakin mencengkam.
Ada rakyat yang mendapat gaji hari ini, esoknya gaji yang ada cukup-cukup makan selepas membeli semua keperluan harian dan membayar semua hutang piutang.
Jika dahulu boleh membeli barang dapur dua kali sebulan, kini beli sekali sebulan pun mereka terpaksa berkira-kira.
Kita tidak boleh salahkan rakyat sepenuhnya konon tidak memahami apa yang berlaku, tidak berjimat cermat apa yang ada kerana golongan ini yang 'live' berhadapan kenaikan harga barang yang bukan hanya melibatkan harga telur, ayam dan minyak masak.
Denyut nadi keperitan itu, hanya mereka yang mengalaminya sahaja yang faham.
Penulis percaya ada golongan rakyat yang mungkin tidak terkesan dengan kenaikan yang berlaku, ini dapat dilihat ada yang masih lagi boleh membeli belah barangan 'kehendak', malah premis-premis makanan ternama juga menjadi tumpuan, panggung wayang juga tidak sunyi dengan kehadiran penonton ketika ini.
Yang tidak terkesan itu ada dan kita tidak nafikan, tetapi kesusahan segolongan lain, tidak boleh dipandang sebelah mata.
Jika tidak diatasi segera, kita bimbang statistik individu yang mengambil langkah singkat untuk lari daripada masalah yang dihadapi semakin meningkat.
Namun, kenyataan Ismail Sabri pada Ahad bahawa kerajaan tidak akan membiarkan rakyat ‘ikat perut’ dalam isu kenaikan harga barang dilihat sedikit melegakan.
Rakyat tahu Ismail Sabri cuba melakukan yang terbaik untuk mereka, namun sikap segelintir pemimpin politik dan pihak tertentu yang tidak sensitif dengan isu menyebabkan rakyat sedikit 'panas' dengan apa yang keluar daripada mulut mereka.
* Wan Rosida Wan Hamad ialah Content Editor Sinar Harian
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -beri-saranan-jelik
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tak tau kg matt.
mgkn dia cuti sampai 24hb. mgknlah.
ya, kita rakyat tak boleh komplen.
nti polis dtg ketuk pintu rumah
|
|
|
|
|
|
|
|
berbahang tu ada tp tak seteruk sebelum puasa aritu.
ya matt mmg kesian. mcm tragedi kt yan yg arus deras dr gunung. tak ingat thn bila.
kali ni pun ada yg hanyut dan meninggal.
|
|
|
|
|
|
|
|
klu gaji ok, boss pun ok duduk diam je kt situ.
tu yg susahnya keje dgn c.
tp nk buat cemana mmg derang yg byk bukak company2.
|
|
|
|
|
|
|
|
takat ni dia dah balik takde lg tolong2 masak.
tp pagi td dia yg sediakan makanan sahur utk zura.
mmg kena clearkan juga matt
anak zura kt seremban tu pun nti dpt daging juga.
tahfiz dia ada buat korban. itu yg dia balik hari isnin.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|