CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MaRLa

DragonFruit

[Copy link]
Post time 27-10-2010 09:08 AM | Show all posts

sy x tau samada info ni dh ditempek kat sini or x... tp sy tempek je ler.. kot2 belum ada yg tempek lagik...

info dari jab. pertanian daerah manjung..

PANDUAN MENANAM BUAH PITAYA /DRAGON FRUIT (HYLOCEREUS UNDATUS)
(Tanaman Jangka Pendek dan Sederhana)



PENGENALAN


Pitaya atau 'dragon fruit' atau buah mata naga (Hylocereus undatus) adalah tanaman baru yang diusahakan secara komersil di negara ini. Ia berasal dari Amerika Selatan dan dibawa masuk ke Vietnam oleh orang Perancis pada kurun ke 19 dari Guvana sebagai tanaman hiasan.

Buah daripada famili 'Cactaceace' ini mendapat nama mungkin daripada bentuknya yang kelihatan seakan-akan bebola api yang terdapat pada mulut naga. Nama tempatan yang biasa ialah Pitaya/Kaew mang korn (Thailand); Than long (Vietnam), Strawberry pear; Pitahaya (Latin America); Queen of the night (North America); Red dragon fruit; Fire dragon fruit (Asia); Buah naga (Malaysia); Huo long guo/Hong long guo (Taiwan).

Kandungan zat makanan yang terdapat dalam buah pitaya air, protin, lemak, gentian, karotin, kalsium, fosferus, besi, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin C, thiamine, riboflavin, niacin dan abu.

CIRI-CIRI POKO

Pokok pitaya tergolong dalam keluarga kaktus. Pitaya hidup dengan tumbuh menjalar dan disokong oleh akar-akar yang kuat. Akar ini juga berfungsi menyerap makanan daripada bahan organik untuk pertumbuhan. Buah Pitaya berbentuk bujur, berkulit merah muda terang dilindungi lapisan kelopak berwarna hijau serindit di hujungnya dan mempunyai rasa yang lazat dan kaya dengan nilai pemakanan serta tonik penyembuh penyakit.

VARIETI PITAYA

Terdapat beberapa varieti pitaya yang diusahakan. Varieti ini berdasarkan kepada warna isi buah pitaya iaitu warna putih, merah dan kuning.
Varieti Warna Isi
Saiz Buah Sari Salut/Sisik buah pada buah matang Gerigi Batang
Hylocereus costa/Hylocereus poly/
Pitaya 126
(Asal Taiwan) Merah Sederhana besar
(300-500g)
Susunan lebih rapat
Berbentuk lebar dan pendek Bewarna hijau atau
hijau sedikit perang
Hylocereus undatus Putih Besar
(500-800g)

Susunan jarang
Berentuk tirus dan panjang Berwarna perang



KEPERLUAN TANAH DAN IKLIM

Pitaya sesuai ditanam di kawasan yang mengandungi 10-30% pasir atau tanah gembur pada cerun kurang dari 6o dan bersaliran baik. Walau bagaimanapun, kawasan tanah tinggi, tanah baris mahupun tanah sawah boleh juga ditanam jika langkah-langkah pemuliharaan tanah diambilkira. Di kawasan sawah ianya perlu ditanam di atas batas yang cukup tinggi dan akarnya tidak digenangi air. Sistem 'furrow' boleh digunakan di tanah sawah.

Tanaman buah naga bersifat 'long day plant' iaitu ia memerlukan cahaya matahari yang panjang pada waktu siang. Selain itu, ia adalah dari golongan 'Crassulacean Acid Metabolic' iaitu tumbuhan yang memproses makanannya pada waktu malam. Pokok buah naga juga bersifat epipitik dan memerlukan para untuk menyokong batangnya yang lembut serta memanjat dan menjalar. Akar akan keluar dari batang yang menjalar di atas para untuk tujuan pengambilan air dan pemakanan.

Iklim tropika dengan purata suhu antara 25-30oC dan hujan antara 500-1500 mm adalah sangat sesuai. Hujan yang berlebihan akan menyebabkan pokok kurang mengeluarkan bunga atau bunga yang keluar gugur atau menjadi busuk.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2010 09:10 AM | Show all posts
PEMBAJAAN

Pembajaan ialah satu akpiviti ladang yang sangat penting dalam penanaman buah naga. Tanaman buah naga memerlukan baja organik untuk pgrtumbuhan yang baik. Pen'apuran perlu dilakukan sekiranya pH tanah rendah (masam).

Lubang tanaman dimasukkan baja organik CIRP dan juga kapur. Baja hendaklah diberi secara 'pemberian split' dengan kadar bulanan tertentu. Baja 'foliar' juga perlu disemburkan pada batang supaya pokok lebih sihat. Apabila pokok telah membesar, baja kimia dan baja organik perlu diberi dengan lebih kerap. Kadar pembajaan adalah seperti berikut


Umur Pokok Jenis Baja
Kadar / Rumpun Kekerapan
Pokok muda (1-6 bulan) NPK 15:15:15
atau NPK 16:16:16
Organan
100 g
2 bulan sekali
7 bulan dan seterusnya NPK 15:15:15
atau NPK 16:16:16
Organan
500 g
2 bulan sekali, berselang seli
dengan baja kimia
Pokok berbuah:
Masa berbuah NPK 13:13:21
Organan 300 g
500 g
Biasanya selang sebulan antara
baja pembesaran dan baja buah
Selepas berbuah NPK 15:15:15
Organan 300 g
500 g


PENANAMAN

Penanaman pokok pitaya memerlukan tiang dan para konkrit sebagai sokongan. Bagi setiap tiang, empat anak pokok (dari keratan batang) ditanam. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 2.5m dalam baris dan 3m antara baris. Anak pokok perlu diikat pada tiang konkrit supaya ianya dapat tumbuh secara menengak. Hanya 1 tunas yang sihat sahaja dibiarkan tumbuh memanjang untuk membentuk batang utama.

CANTASAN

Cantasan dibuat bagi memilih dahan-dahan yang sihat, subur dan kedudukannya seimbang di atas para. Bagi pokok dewasa, dahan lama/tua dicantas kerana ia tidak produktif lagi. Kerja mencantas ini dibuat secara berjadual dan hanya sedikit dahan dibuang bagi satu-satu masa supaya hasil tidak terjejas. (lihat panduan mencantas / memangkas pokok).

PENGAIRAN

Pengairan yang baik adalah penting untuk mendapat hasil pitaya yang tinggi. Pengairan pada kekerapan 2-3 hari sekali di peringkat awal penanaman dan 1-2 kali seminggu di peringkat pokok matang adalah di syorkan, terutama pada musim panas. Sistem pengairan titis disyorkan untuk tanaman pitaya.

PENGURUSAN PEROSAK, PENYAKIT DAN RUMPAI

Pokok buah naga sangat sensitif kepada racun rumpai. Penggunaan racun rumpai dipangkal pokok tidak digalakkan kerana sistem akar pitaya adalah cetek. Pokok dan batangnya mudah melecur dan menggelupas apabila terkena racun tersebut. Rumpai di sekeliling pokok disyorkan dipotong/dicabut. Amalan meletakkan bahan sungkupan/kompos di sekeliling pangkal tanaman juga dapat mengawal pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok. Bagi kawasan di antara barisan tanaman, disyorkan rumpai dipotong setiap 1-2 bulan sekali. Kawalan rumpai dibuat secara berkala mengikut keadaan ladang. Begitu juga dengan kawalan perosak dan penyakit jika perlu. Penyakit yang sering dijumpai ialah kulat dan bakteria.

Serangan semut dan kulat boleh dikawal dengan menggunakan racun perosakan yang disyorkan. Haiwan yang biasa menyerang tanaman ialah burung, tupai, tikus dan kelawar. Siput juga boleh merosakkan batang buah naga. Haiwan-haiwan ini akan makan buah yang telah masak. Oleh itu, buah hendaklah dibungkus untuk mengelakkannya daripada dirosakkan oleh haiwan-haiwan berkenaan. Perosak lain ialah kumbang Xylopetrus yang perlu diawasi, walaupun tahap serangan adalah rendah. Selain itu, lalat buah (Dacus dorsalis) juga sangat penting dikawal.

Selain haiwan perosak, penyakit reput batang (stem rot) yang disebabkan oleh bakteria Xanthomonas campestris turut menyerang tanaman ini. Kulat Phomopsis menyebabkan bintik berwarna coklat pada buah. Semburan dengan racun kulat dapat mengawal penyakit ini daripada merebak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 09:11 AM | Show all posts
PENGELUARAN HASIL

Pokok pitaya mula berbunga selepas 7 bulan ditanam. Bunga akan berkembang pada waktu malam dan bertahan semalaman saja. Buah pitaya boleh dituai pada 50-53 hari selepas pembentukan kudup bunga. Sebatang pokok pitaya boleh mengeluarkan hasil yang pertama dari 6-12 bulan selepas ditanam. Pusingan pengeluaran buah ialah 4-5 kali/tahun dan tempoh mengutip hasil ialah selama 7 hari. Secara umumnya, pokok pitaya mampu menghasilkan buah selama 30 hingga 60 tahun.

PENUAIAN

Petik buah apabila mencapai kematangan optimum 38-40 hari dari berputik atau 30-32 hari daripada bunga mula mengembang. Petik pada wakktu pagi atau lewat petang untuk mengelakkan kecederaan disebabkan suhu tinggi dan kumpul buah di tempat teduh. Gunakan peralatan seperti gunting, bekas dan kereta sorong yang bersih dan sesuai. Elakkan memetik semasa buah masih basah (embun atau hujan). Elakkan buah tersentuh dengan minyak atau kimia yang bukan untuk rawatan. Gunakan sarung tangan untuk mengelakkan kecederaan pada buah. Gunakan bekas yang kukuh, bersih, licin dan tiada bahagian yang tajam dan jangan letak buah tanpa berlapik.

INDEKS KEMATANGAN

Indeks 1 - Belum matang (19-20 hari). Permukaan kulit dan sisek berwarna hijau. Belum sesuai dituai.
Indeks 2 -
Matang (24-25 hari). Permukaan kulit berwarna tompok-tompok merah dan sisek berwarna hijau. Sesuai dituai untuk penghantaran jauh dan eksport menggunakan laut dan udara.
Indeks 3 -
Hampir masak (27-29 hari). Permukaan kulit berwarna kemerah-merahan dan sisek berwarna hijau. Sesuai dituai untuk penghantaran jauh dan esport menggunakan laut dan udara.
Indeks 4 -
Masak (31-32 hari). Seluruh permukaan kulit berwarna merah, dan sisek berwarna hijau. Sesuai untuk menghantaran jauh dan eksport menggunakan udara sahaja.
Indeks 5 -
Terlalu masak (34-35 hari). Keseluruhan permukaan kulit berwarna merah dan sisek berwarna keperangan. Hanya sesuai untuk pasaran tempatan sahaja.


PENGENDALIAN LEPAS TUAI

Pengasingan
Lakukan pengasingan di ladang dan di rumah pembungkusan. Pilih buah yang berkualiti iaitu yang segar, matang, bebas daripada kecacatan dan kerosakan. Asingkan buah mengikut tahap-tahap kematangan. Gunakan sarung tangan untuk mengelakkan kecederaan pada buah. Musnahkan buah yang ditolak dengan kaedah yang betul.


Pembersihan
Bersihkan buah dari kotoran ladang dan benda asing termasuk sarang serangga, tanah dan sebagainya. Elakkan membersihkan buah dengan merendam buah di dalam air. Span, berus atau kain lembut boleh digunakan semasa membersih untuk mengelakkan kecederaan pada buah. Buah yang basah kerana hujan atau embun perlu dikeringkan menggunakan kipas pada suhu bilik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 09:11 AM | Show all posts
Penggredan

Buah perlu digred dengan cermat mengikut kriteria-kriteria tertentu seperti varieti, keseragaman saiz, keseragaman kematangan, bebas daripada bahan asing, kecacatan, kecederaan dan jangkitan penyakit. Buah pitaya mestilah memenuhi keperlukan minimum berikut:-

- mencapai peringkat kematangan yang dikehendaki pasaran.
- kandungan jumlah pepejal larut melebihi 9% Bris.
- buah masih segar dan agak bebas daripada sebarang kerosakan dan kecacatan.


Pembungkusan
Menggunakan bekas atau bahan pembungkusan yang sesuai dan boleh melindungi buah daripada kecederaan mekanikal dengan baik semasa dikendalikan. Bahan yang digunakan untuk mengalas mestilah dari bahan lembut, bersih dan bebas daripada kesan toksik. Bahan pembungkus mempunyai cukup pengudaraan. Berat bersih bagi satu unit pembungkusan ialah diantara 5 kg - 10 kg. Mempunyai label seperti nama dan alamat pembungkus, perkataan 'Pitaya' dan juga varieti, negara asal, gred, kelas saiz dan bilangan buah.

Untuk pasaran tempatan, buah hanya disusun di dalam kotak kertas mengikut gred dan juga di dalam bakul plastik. Untuk pasaran jauh buah perlu dibalut dengan 'styrofoam' lembut dan disusun di dalam kota beralas dengan carikan kertas. Buah disusun dalam keadaan berbaring dan carikan kertas juga diletak antara buah-buah supaya ia tidak rosak semasa pengangkutan. Bilangan buah sekotak ialah antara 12-14 biji dengan berat 4 kg sekotak.


Simpanan Sementara
Bertujuan menurunkan suhu buah ke tahap paling rendah untuk membuang haba ladang (field heat) dengan cepat supaya jangka hayat buah menjadi lebih lama. Elakkan perubahan suhu yang mendadak kerana ini akan mempercepatkan proses buah rosak. Suhu simpanan yang sesuai ialah 6-7oC dengan kadar kelembapan relatif 90-95% dimana kualiti buah dapat dikekalkan sehinggga 3 minggu. Penyimpanan pada suhu yang lebih rendah (<5oC) boleh menyebabkan berlakunya kecederaan sejuk.


Pengangkutan dan Pengedaran
Digalakkan menggunakan bakul plastik atau kotak untuk memudahkan pengendalian. Kurangkan tempoh pengangkutan dan pemunggakan. Gunakan pelet untuk mengurangkan pengendalian. Gunakan lori sejuk atau lori yang bertutup kanvas yang mempunyai cukup pengudaraan dan digalakkan untuk mengangkut pada waktu cuaca sejuk. Kebanyakan pengusaha menggunakan kenderaan pacuan 4 roda atau lori kecil.


Menggred Buah
Buah mata naga digred mengikut berat buah:-
Gred A - berat lebih dari 450 gm
Gred B - berat antara 300-400 gm
Gred C - berat kurang dari 300 gm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 09:59 AM | Show all posts
benam je keratan dahan tu dalam tanah.. inshaAllah akan hidup (rasanya memakan masa 1-2 bulan jugak  ...
ayasofiya Post at 26-10-2010 18:23


Ok kak huhuhu....saya akan pos dalam minggu nie juga....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 10:09 AM | Show all posts
sy x tau samada info ni dh ditempek kat sini or x... tp sy tempek je ler.. kot2 belum ada yg temp ...
spiderlily Post at 27-10-2010 09:08



    TQ atas info......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2010 12:24 PM | Show all posts
Ok kak huhuhu....saya akan pos dalam minggu nie juga....
razifah Post at 27-10-2010 09:59 AM


terima kasih banyak2 ifa.. muga pokok ayah ifa lagi lebat buahnya.. Aminn....
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 02:07 PM | Show all posts
terima kasih banyak2 ifa.. muga pokok ayah ifa lagi lebat buahnya.. Aminn....
ayasofiya Post at 28-10-2010 12:24



    Akak nak apa2 benih lagi tak? saya pos sekali terus....yg cili pedas tu takde tau kak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2010 03:28 PM | Show all posts
manis atau kurang manis agak bergantung kepada bila kita petik buah ni. merah dan putih sama manis kalau kene masanya bila kita petik.

ni idea aje la, esp utk kawasan tanah yg kureng subur, berasid, kat pangkal tiang letak/tanam tayar lama or apa-apa yg boleh contain. mix medium spt pasir sg, tanah kompos, baja, hormon, kapor etc.
pastikan aras bekas dan medium lebih tinggi dari tanah sekeliling. ada kelebihannya, spt mengelak akar dari tenggelam, baja tak lari, menyenangkan kerja merumput etc.

kalau komersil, depa jarang wat cara begini sbb lebih mudah cari tanah yag sesuai je.

p/s: ada org tamanflora ke sini?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 08:46 AM | Show all posts
manis atau kurang manis agak bergantung kepada bila kita petik buah ni. merah dan putih sama manis k ...
RizalRE Post at 28-10-2010 15:28



    Time bile nak petik baru manis?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 09:35 AM | Show all posts
Reply 149# RizalRE

kenapa kena letak kapur yek? kapur tu apa fungsinya? kapur ape? hehe..byk plak soalannya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 04:30 PM | Show all posts
Reply 150# razifah

ada byk sebab utk buah menjadi tidak manis
jenis baja, musim masa petik, tempoh 'matang' buah dll...
kita amik contoh mudah, tembikai, strawberi dan tebu. sememangnya manis masa musim panas.
ini disebabkan kandungan air yang kurang dalam buah tadi.
masa tinggal di CH, hanya musim panas aje kami pi petik buah strawberi utk makan2 dan buat jem. sedap..

kalau buah naga ni kita tanam sendiri utk makan sendiri, eloknya tunggu buah betul2 ranum. tapi kene tunggu lama la skit.
kalau biasa org petik sebulan, kita petik lewat seminggu. itu kene blaja dari pengalaman la jugak. orang yang petik sebulan biasanya utk dipasarkan. lewat sangat memang manis  tapi ranum sangat la plak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 04:33 PM | Show all posts
puan arabella,
tak semestinya kene letak kapur. itu kalau condisi tanah berasid. antara jenis tanah berasid ialah tanah gambut, tanah gambut berpaya, tanah org tanah kelapa sawit pun kekadang berasid.

saya pernah pegi ke Kg Sijangkang, area klang/banting. penanam mengadu tanaman kurang subur. kawasan tu saya tgok berasid berdasarkan pokok2 sekeliling, warna air dalam parit dan paling pasti bacaan pH yang ada indicate slightly berasid.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 04:39 PM | Show all posts
Reply  razifah

ada byk sebab utk buah menjadi tidak manis
jenis baja, musim masa petik ...
RizalRE Post at 29-10-2010 16:30



    tq.....memang ade yg nampak dah masak...takpe saya tunggu weekend nie untuk tuai....
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2013 10:03 PM | Show all posts
harap2 masih tak  terlambat mengikuti benang ni.  Saya tanam dragon fruit dari biji 9 tahun yang lalu, kecit cenonit je pokoknya, nak tunggu membesar punyalah lama.  pokok ni saya sandarkan pada tiang pagar di belakang dapur.  Lepas tu kami tinggalkan rumah selama beberapa tahun kosong tak berjaga.  Lepas 9 tahun, kami balik semula dan pokok yang ditinggalkan itu dah bercabang2 tapi belum berbunga.  Alhamdulillah, selepas diberi makan baja2 organik beberapa kali, akhirnya keluar juga bunga pertama
.




Harap2  bunga ni berjaya jadi buah.  Aminnnn.


13 hari kemudian, putik pertama dah jadi buah, putik kedua dah kembang.  



Buah masak hampir 1 setengah bulan dari tarikh putik keluar.


Last edited by aurorae on 12-9-2013 10:28 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 02:24 AM | Show all posts
Alhamdulillahhh... dah dapat hasil. Memang tahan lasak pokok dragon fruit ni ye.. walau di tinggalkan/dibiarkan selama 9 tahun masih boleh hidup. aurorae semai berapa biji?.. 1 pokok je ke yang tumbuh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2013 02:32 AM | Show all posts
razifah, ada post ke cutting DF dulu kat kak aya? (dah hampir 3 tahun baru tanya..huhu). Akak tak dapat pun cuttingnye. Atau tak sampai?

walau apa pun sekarang akak dah ada pokok ni. Disebabkan ruang tanah takde kak aya tanam supaya jangan pupus je. nak dia berbuah tu payah la sbb tanam dalam pasu, menumpang dgn pokok lain.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 09:11 PM | Show all posts
Penah nmpk org tnm pkk naga dlm pasu bsr. Ltk kayu pancang bentuk salib kt tgh pasu.. Elok je berbuah.. Bunga dia cantik, cam bunga bakawali
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 12:40 AM | Show all posts
cincau posted on 27-8-2013 09:11 PM
Penah nmpk org tnm pkk naga dlm pasu bsr. Ltk kayu pancang bentuk salib kt tgh pasu.. Elok je berbua ...

cincau.. akak ni hidup menumpang je..selalu pindah randah. jadi big boss dah lama warning tak bagi beli pasu/tambah koleksi pasu. Dia kata lepas ni kalau pindah (rumah sewa@masih takde rumah sendiri) semua pasu2 n pokok2 akak kena tinggal sbb dah tak larat nak memunggah.. pokok2 akak..



Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 05:22 PM | Show all posts
Pokok ni boleh hidup dari cutting ke
Kalau tanam biji sudah nak naik debab
Jenis kaktus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.107849 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list