CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Bantuan RM500: Rayuan permohonan BR1M dilanjut akhir bulan ini

  [Copy link]
Post time 11-12-2011 06:02 PM | Show all posts
Pencarum aktip epf 12.5 juta pekerja.

Jumlah pembayar cukai lhdn 2 jota.






Mari kita tgk RM 500 ni dapat sesah bapa kerat tukang lari cukai pendapatan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2011 06:14 PM | Show all posts
apekehe org bisnis takut kena kejar LHDN? sesuatu yg menyihatkan kah takut kena kejar LHDN?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 06:14 PM | Show all posts
camni le gamaknya..nk implement GST 10% pon xdak hal..semua pakat2 lari LHDN
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 07:00 PM | Show all posts
Best tau pada lelaki yang berpoligami . Sorang bini dapat RM 500 . 4 bini dapatlah RM500 x4 =  RM 2  ...
Hari2mau Post at 11-12-2011 17:47



    tak sesia korang jadi pejue amenok
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 07:05 PM | Show all posts
apekehe org bisnis takut kena kejar LHDN?  sesuatu yg menyihatkan kah takut kena kejar LHDN?
5229 Post at 11-12-2011 18:14



    pelik juga...mana boleh nak lari pun...kecuali mmg illegal business laa...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 07:10 PM | Show all posts
pelik juga...mana boleh nak lari pun...kecuali mmg illegal business laa...
abgboroi Post at 11-12-2011 19:05


itu kena tanya org bisnis laa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2011 07:11 PM | Show all posts
tahun ni je ke dapat..?
bagi le tiap2 tahun..
minta balik duit yg bagi kat famili kaka ijat tu..
leh support  tuk 48 tahun..
sampai abak cuc kita pun dapat...
ada brani?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 07:14 PM | Show all posts
itu kena tanya org bisnis laa
5229 Post at 11-12-2011 19:10



    x guna larik cukai...bila nak amik loan ker apa ada problem nanti..tambah lagi kalau sdn bhd...banyak isu kemudian hari...silap silap boleh kena saman...

kalau bisness rumah sewa contohnya matikan setem dengan jabatan hasil...dalam masa kontrak tu..bisness kita dilindungi undang2....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2011 07:55 PM | Show all posts
alhamdulillah, duit terakhir drpd kerajaan BN
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2011 08:56 PM | Show all posts
Usah tipu mohon bantuan RM500


2011/12/11




Warga tua sebatang kara, ahli keluarga berdaftar eKasih layak terima BR1M

KUALA LUMPUR: Warga tua hidup sebatang kara dan ahli keluarga yang berdaftar di bawah program eKasih turut layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, yang akan dibayar mulai pertengahan bulan depan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata mereka yang tergolong dalam kategori tidak mempunyai slip gaji ini hanya perlu mendaftar dengan mengisi borang pendaftaran BR1M yang diedarkan mulai semalam di lebih 800 sekolah dan lokasi terpilih di seluruh negara.

Katanya, kerajaan menyasarkan untuk mendaftar 5.2 juta rakyat bagi mendapat bantuan khas itu, khusus bagi yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan bagi satu isi rumah serta ramai tanggungan.

Beliau berkata, golongan yang tidak mempunyai slip gaji, tetapi layak kerana berpendapatan isi rumah kurang RM3,000, boleh memohon berdasarkan pengisytiharan diri dalam borang itu. Semua permohonan akan diproses Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana agensi kerajaan itu mempunyai maklumat dan data lengkap bagi membantu kerajaan menilai kelayakan setiap penerima bantuan.

“Kita berpegang kepada pengisytiharan diri, jadi pemohon perlu mendaftar secara jujur dan ikhlas. Kerajaan akan semak, sekiranya kita dapati laporan itu tidak betul dan pemohon terbabit menerima bantuan RM500, maka kita akan ambil tindakan.

“Tetapi sekiranya pemohon mengisytihar maklumat dengan jujur walaupun tanpa slip gaji dan berdasarkan semakan menunjukkan mereka layak, maka mereka akan tetap menerimanya,” katanya kepada media selepas penyerahan borang BR1M, semalam.

Bermula semalam, agensi kerajaan terutama LHDN dan pemimpin masyarakat mula mengedarkan borang pendaftaran BR1M di seluruh negara. Borang pendaftaran diedar percuma di 862 kaunter seluruh negara termasuk 415 sekolah terpilih dan pemohon boleh memuat turunnya dari laman web Kementerian Kewangan.

eKasih adalah sistem pengkalan data keluarga miskin dengan mempunyai pendapatan kurang RM1,000 sebulan di kawasan luar bandar dan RM1,500 di kawasan bandar iaitu kriteria status kemiskinan berdasarkan pendapatan per kapita isi rumah. Data dan maklumat dalam eKasih berasaskan Banci Isi Rumah Miskin (BIRM) dijalankan Jabatan Perangkaan dan kemudian disalurkan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

Ahmad Husni berkata, semua pendaftaran akan diproses segera bagi membolehkan kerajaan mengagihkan bantuan kepada pemohon yang layak pada pertengahan bulan depan.

Katanya, kerajaan sudah mempunyai kaedah yang sesuai untuk menyalurkan bantuan RM500 itu namun ia akan diumumkan kemudian bagi memberi tumpuan kepada proses pendaftaran terlebih dulu.

“Saya faham proses pendaftaran 5.2 juta individu dalam tempoh sebulan bukannya mudah, justeru kami membuka lebih banyak lokasi pendaftaran.

“Insya-Allah kami akan mengadakan mesyuarat esok (Isnin) bagi mendapatkan jumlah pendaftaran untuk minggu pertama, supaya proses pendaftaran ini dapat diperbaiki untuk tempoh tiga minggu akan datang,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2011 09:09 PM | Show all posts
Borang BR1M didakwa dijual di Pulau Pinang


2011/12/11

PERMATANG PAUH: Borang untuk mendapatkan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mula diedar di seluruh negara semalam, dilaporkan dijual oleh pihak tidak bertanggungjawab di Pulau Pinang.

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid, berkata beliau menerima aduan daripada orang ramai yang mendakwa borang BR1M dijual dengan harga antara RM1 dan RM4 di beberapa kawasan di negeri ini. "Saya dapat aduan daripada beberapa penduduk yang memaklumkan borang yang diedarkan secara percuma oleh kerajaan itu perlu dibayar jika ingin mendapatkannya. "Menurut pengadu borang itu dijual dengan harga RM4 di Kampung Petani, Penanti dan RM1 di Sungai Dua, Butterworth," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Juara Rakyat Parlimen Permatang Pauh di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak tertipu dengan pihak yang cuba mengaut keuntungan dengan menjual borang BRIM kerana ia diberi secara percuma.

"Kita juga akan menyelidik dan mengenalpasti mangsa yang sudah membeli borang berkenaan agar mereka membuat laporan polis supaya pihak tidak bertanggungjawab terbabit dikenakan tindakan," katanya.

Sementara itu, Abdul Jalil berkata, orang ramai boleh mendapatkan borang BR1M menerusi 400 wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan JKKKP Parlimen Permatang Pauh dan pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Katanya, setakat ini sebanyak 10,000 borang sudah diedarkan dari rumah ke rumah dan masjid di sekitar kawasan parlimen Permatang Pauh. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2011 09:13 PM | Show all posts
'Jangan terpedaya borang RM50’

Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim dan Amin Ridzuan Ishak

2011/12/11

NIBONG TEBAL: Ada pihak cuba mengaut untung daripada program pemberian wang tunai RM500 kepada keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah di Pulau Pinang dengan menjual borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada harga RM50, sedangkan ia adalah percuma.

Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman, berkata beliau menerima maklumat mengenai perkara itu pagi semalam, iaitu hari pertama pengedaran borang permohonan BR1M di seluruh negara yang akan berjalan sehingga 10 Januari ini. “Saya harap rakyat di Pulau Pinang jangan terpedaya, carilah borang itu di pejabat Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP), wakil rakyat, UMNO serta Barisan Nasional (BN),” katanya selepas merasmikan Karnival Jalur Lebar dan Merakyatkan Seni Budaya, di sini semalam. Zainal Abidin yang juga Pengerusi UMNO Pulau Pinang, berkata pihaknya akan menggerakkan jentera di seluruh negeri ini, termasuk ke rumah penduduk bagi membantu rakyat mengisi borang dan memastikan 350,000 keluarga yang layak mendapat bantuan berkenaan di Pulau Pinang menerimanya.

Di KUALA LUMPUR, Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo, berkata BR1M bukan instrumen UMNO untuk mendapatkan sokongan rakyat menjelang pilihan raya dan mendakwa ada pihak tertentu kini berusaha menghalang masyarakat daripada mendapatkan bantuan itu.

“Saya mendapat maklumat ada sesetengah penduduk terpengaruh dengan dakyah pembangkang bahawa individu disenarai hitam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tak layak mohon bantuan, sedangkan ia tidak benar,” katanya menambah kira-kira 30,000 permohonan BR1M diterima melalui 55 kaunter dibuka UMNO bahagian di seluruh Ampang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2011 09:17 PM | Show all posts
Pejabat LHDN seluruh negara diserbu

MELAKA 10 Dis. - Belum pun sempat kakitangan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Melaka mendengar taklimat untuk melicinkan pengurusan agihan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pejabat itu diserbu orang ramai seawal pukul 7.30 pagi untuk mendapatkan borang bantuan sebanyak RM500 itu.

Tinjauan Mingguan Malaysia di pejabat LHDN negeri di Melaka Mall, Lebuh Ayer Keroh di sini mendapati, keadaan sesak berjaya dikawal sebelum beberapa petugas mengedarkan borang itu sebaik sahaja pintu pejabat dibuka pada pukul 8 pagi.

Pengarah LHDN negeri, Robiah Muhamad berkata, sebanyak 150,000 borang BR1M diedarkan kepada rakyat di negeri itu untuk memohon bantuan sebanyak RM500 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Menurutnya, borang-borang tersebut bukan sahaja boleh didapati di pejabat LHDN dan cawangannya tetapi juga di semua 28 pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan ia turut diedarkan serentak hari ini.

"Keseluruhannya terdapat 32 lokasi disediakan bagi membolehkan mereka yang layak mendapatkan borang dan memohon bantuan RM500 itu," katanya di sini hari ini.

Tinjauan sehingga pukul 9 pagi mendapati, orang ramai tidak perlu beratur panjang untuk mendapatkan borang tersebut kecuali untuk membuat salinan kad pengenalan.

Beberapa petugas juga ditempatkan di tingkat bawah bangunan itu tanpa perlu ke pejabat LHDN yang terletak di tingkat dua untuk mengedarkan borang kepada orang ramai.

Warga emas, Yiow Ching Yen, 71, berkata, dia lega kerana tidak perlu berasak-asak untuk mendapatkan borang walaupun datang pada pukul 9 pagi.

"Saya cuma tinggal dengan isteri, anak-anak sudah besar. Wang RM500 ini pun saya akan guna untuk tampung perbelanjaan dapur," katanya.

Ibu kepada tujuh anak, Zuraida Abidin, 40, berkata, bantuan sebanyak RM500 dapat meringankan bebannya dan suami untuk menyara lima anak yang masih bersekolah dan dua yang masih kecil.

"Namun, saya berharap, para peniaga jangan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang sesuka hati kerana tujuan kerajaan memberi bantuan ini untuk meringankan beban rakyat," katanya.

G. Mohan, 36, dari Bachang Baru turut tidak terkecuali mendapatkan borang itu dan menyifatkannya sebagai bukti keprihatinan kerajaan dalam membela nasib rakyat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2011 09:18 PM | Show all posts

Orang ramai beratur untuk menghantar borang permohonan BR1M di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kampung Pandan, Kuala Lumpur, semalam. – Mingguan/HAFIZH KHOSMAT

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 09:32 PM | Show all posts
Prffthhhhhhhh pulau ppl...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 09:38 PM | Show all posts
agak la sampai kena bayar sume nie, aku tengok kat kampung2 borang tu letak kat kedai makan je. xde berebut pun...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2011 09:41 PM | Show all posts
mane ade kena byar2...
amik free je..hantar pun free...
amik kena byar mgkin dr org  tengah kot...
upah amik...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 09:48 PM | Show all posts
sian aku ngan orang2 kampung nie, ada yg xtau nak amek borang tu kat mana...........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2011 09:51 PM | Show all posts
harap2 penduduk asal yakni orang asli kat kampung2 tak ketinggalan untuk mendapatkan bantuan rm500 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2011 08:39 AM | Show all posts
memalukan bila ramai PTI di sabah pun berbaris turut serta ambil borang, entah macam mana dorang nak isi borang kalau pakai IC projek... harap pihak LHDN mengetatkan syarat kelulusan bantuan rm500 tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.150114 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list