CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aFViRGo

♫ HoMe oF MiLaNiaNS ♫ Finalist Area Finals Open Mic @ UK

 Close [Copy link]
 Author| Post time 5-9-2010 09:43 AM | Show all posts
Hai kak tores,tira
Baru je nak online bersama dah ada call sign ni
Maaf kene out dulu ye
seraiwangi Post at 5-9-2010 09:39


Alaaaa..
Babai serai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2010 09:44 AM | Show all posts
Reply 1630# seraiwangi


    ... ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 09:50 AM | Show all posts
Reply 1639# aFViRGo


    ok..sabar menanti...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2010 09:50 AM | Show all posts
Reply  aFViRGo


  owh  Yer ke...maaf ya...
taurus-71 Post at 5-9-2010 09:41



It's ok
Ekceli Mila ada tanyer Milanians xmo wat gathering ker?
Tira cakap agak susah sikit sbb masing2 agak bz kan plus ada gak yg duk luar KL..tapi kalau kite2 sumer interested nak bergathering bersama Mila..sile2lah buat planning yer..maybe for raya ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 10:00 AM | Show all posts
It's ok  
Ekceli Mila ada tanyer Milanians xmo wat gathering ker?
Tira cakap agak susah si ...
aFViRGo Post at 5-9-2010 09:50



    Aahkan...bagus gak...bolehlah Milanians dan Mila saling mengenali dan beramas mesra antara satu sama lain...tira planning lah awal-awal, tarikh,masa, hari dan tempat yang sesuai...( kalau boleh lokasi Shah Alam) Insyaallah akak joint..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2010 10:08 AM | Show all posts
Aahkan...bagus gak...bolehlah Milanians dan Mila saling mengenali dan beramas mesra antara ...
taurus-71 Post at 5-9-2010 10:00


Huhu..bab planning ni yg lemah ni
Apa kata akak tolong plan kan..akak sure lagi arif bab2 planning ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-9-2010 10:53 AM | Show all posts

Special Raya Wish


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2010 10:58 AM | Show all posts
Post Last Edit by aFViRGo at 5-9-2010 11:22

Lupe plak nak cakap..smalam masa dlm kereta terdengar lagu Wal Hidayah kat dlm radio ERA..so leh lah start request kat ERA..

Then Mila cakap leh dgr lagu Kata Hati kat radio HotFM malam2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2010 12:05 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 01:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by taurus-71 at 5-9-2010 13:46

Klik: Pengalaman indah di Newcastle
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

2010/09/05


DALAM diam, penyanyi cilik, Noorsyarmilla Jirin atau Mila, 23, berlayar ke Newcastle, United Kingdom. Bukan bercuti, jauh sekali membawa hati sebaliknya bekas juara Akademi Fantasia musim kelima itu menyertai Pertandingan Open Mic UK yang berlangsung pada bulan lalu.

Bukan mahu merahsiakan pemergiannya, sebaliknya percaturan Mila belum tentu membawa perkhabaran gembira. Berdiam diri adalah lebih baik memandangkan percubaannya itu sekadar mencari pengalaman, selain mencari ruang mengetengahkan bakatnya ke peringkat antarabangsa.

Mila berkata, dia sengaja tidak mahu menghebahkan pemergiannya kepada pihak media sebelum ini kerana dia tidak tahu apa yang berlaku di sana. Pertandingan Open Mic UK disertai kira-kira 500 peserta dari seluruh United Kingdom. Tiga peringkat ditawarkan iaitu bawah 18 tahun, 18 hingga 24 tahun dan 24 tahun ke bawah. Mila pula dalam kategori 18 hingga 24 tahun.

Katanya, dia dipilih menyertai uji bakat selepas menghantar demo lagu nyanyiannya, I Wanna Dance With Somebody nyanyian asal, Whitney Houston kepada penganjur tidak lama dulu.

"Saya sebenarnya menyertai satu forum di internet, saya suka bersembang dan bertukar pendapat dengan peminat di luar negara. Merekalah yang mencadangkan kepada saya menyertai Pertandingan Open Mic UK ini. Saya mengisi borang dan menghantar demo lagu.

"Tidak sangka sama sekali saya dipilih ke peringkat saringan awal. Saya menghadiri uji bakat pertama di Tyne Theatre, New Castle pada pertengahan Ogos lalu. Saya terbang ke New Castle pada 13 Ogos dan kembali ke tanah air pada 25 Ogos lalu.

"Saya pergi tanpa dirancang, niat saya hanya mempertaruhkan nasib, selain merebut habuan yang ditawarkan. Memang lumayan, selain wang tunai sebanyak £25,000 (RM145,000), juaranya juga ditawarkan merakam lagu single dan diedarkan di seluruh Amerika Syarikat.
"Bukan wang yang dikejar tetapi tawaran merakamkan single dan memasuki pasaran antarabangsa yang membuatkan hati saya begitu meronta-ronta mahu menyertainya. Alhamdullilah, saya berjaya dalam ujian saringan awal, saya akan ke New Castle lagi pada 3 Oktober ini untuk peringkat separuh akhir.

"Jika ada rezeki, saya impikan dapat memasuki Grand Final yang akan berlangsung di O2, London pada Disember ini. Apa yang saya harapkan, doa peminat dan rakyat Malaysia mengiring kejayaan saya nanti. Bagaimanapun, saya sedar bukan mudah kerana peserta yang menyertai pertandingan ini cukup hebat dan berbakat luar biasa. Kebanyakan mereka berpengalaman menyanyi di pub dan kelab malam," katanya yang menyampaikan lagu And I Am Telling You I'm Not Going nyanyian asal Jennifer Holiday dalam uji bakat itu.

Bercerita pengalamannya, penyanyi yang kini muncul dengan dua lagu single, Kata Hati dan Wal Hidayah Aidilfitri itu berkata, dia seronok dan rasa seperti ketika menyertai Akademi Fantasia dulu. Dirinya kena beratur panjang dan mengikut giliran tanpa sesiapa mengenalinya.

"Kebanyakan peserta yang hadir bersuara soprano dan klasikal, sedangkan dirinya pula hanya mempertaruhkan lagu berentak broadway nyanyian Jennifer Holiday. Memang jauh bumi dan langit, tetapi saya bernasib baik kerana juri memilih saya ke peringkat separuh akhir.

"Saya sempat bertemu dengan Artist & Repertoire, syarikat rakaman Future Management, Mr Chris dan bertukar pandangan dengannya. Sebenarnya saya langsung tidak memberitahu mereka saya adalah seorang artis dan sudah punya album dan pernah berlakon filem.

"Mereka hanya tahu saya pernah menyanyi di kelab malam. Bukan mahu merahsiakan identiti diri, sebaliknya saya ke sana sekadar mahu mencari pengalaman, jika tuah menyebelahi, saya mahu ke peringkat akhir. Bagaimanapun, saya tidak meletakkan impian menggunung, dapat menyertai pertandingan ini sudah mampu membuka mata dan minda saya.

"Insya-Allah, saya akan lebih melakukan persediaan untuk ke peringkat separuh akhir. Saya masih memikirkan lagu yang terbaik, kali ini saya perlu menyediakan minus one. Ketika peringkat saringan awal dulu, saya perlu menyanyi tanpa muzik," katanya.

Mila berkata, dia juga berterima kasih kepada pelajar Malaysia di New Castle kerana banyak membantunya. Kumpulan 19 The Retreate Sunderland itu juga membawanya berjalan-jalan sekitar New Castle selama 12 hari berada di sana.

"Mereka tidak mengenali saya, kami hanya bersembang di laman internet tetapi mereka boleh menunggu saya di lapangan terbang dan melayan saya sebagai tetamu mereka. Saya terharu, saya dan pengurus ke sana hanya `gamble', kami tidak pernah menjejak kaki ke sana. Kalau kena tipu, kami pasrah, tetapi ia tidak seperti yang difikirkan.

"Bukan itu saja, mereka sanggup memasak dan membawa saya bersiar-siar sekitar New Castle dan Sunderland, sedangkan mereka pelajar. Saya tidak mungkin lupakan jasa mereka. Mereka juga akan datang memberikan sokongan pada saya ketika peringkat separuh akhir nanti.

"Saya sempat mengunjungi Sunderland, kawasan pantai yang cukup indah dan luas mata memandang. Kebetulan saya ke sana pada musim `summer', jadi cuacanya tidaklah terlalu sejuk, hanya 16% celcius. Saya juga mengunjungi York, sebuah bandar kecil di New Castle. Mengambil sejam perjalanan dari New Castle, York adalah bandar dalam istana. Kawasannya dalam istana lama, walaupun hanya peninggalan, tetapi masih terjaga.

"Saya turut mengunjungi Stadium New Castle yang ketika itu, perlawanan bola sepak antara New Castle dan Aston Villa sedang berlangsung, tetapi saya hanya melihat kemeriahannya dari luar kerana tiket terlalu mahal.

"Apa yang membuatkan saya lebih tertarik adalah binaan bangunannya, nampak antik dan klasik. Sebenarnya New Castle seperti kampung, tiada bangunan tinggi mencakar langit. Pemandangan kawasan sekitar agak menarik kerana dikelilingi ladang gandum," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 01:53 PM | Show all posts
Reply 1650# taurus-71


    Sori.. lupa nak taip sumber dari Berita Harian Online...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 01:57 PM | Show all posts
Reply 1649# Nadia90


    Terima kasih Nadia90...

Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir & Batin
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 02:01 PM | Show all posts
Special Raya Wish
aFViRGo Post at 5-9-2010 10:53



    Thanks tira...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Mila...Maaf Zahir dan Batin...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 02:47 PM | Show all posts
Special Raya Wish
aFViRGo Post at 5-9-2010 10:53


Thanx Tira....selamat hari raya Milaaa
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 03:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by taurus-71 at 5-9-2010 15:11

Reply 1646# aFViRGo


    Tira la...tirakan tuan tanah aka tuan umah.. akak cuma menyewa je.. tengoklah cammaner..nanti akak fikir2kan dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 03:16 PM | Show all posts
Lupe plak nak cakap..smalam masa dlm kereta terdengar lagu Wal Hidayah kat dlm radio ERA..so leh lah ...
aFViRGo Post at 5-9-2010 10:58



    Dah dengar lagu raya Mila kat radio Hotfm mlm tadi...Lagu Kata Hati belum dengar lagi kat mana2 radio...
Jom request lagu Kata Hati & Wal Hidayah kat radio Hotfm dan Erafm..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2010 11:31 PM | Show all posts
Salam semua, lama x masuk sini hehe.
selamat bercuti bg semua yg dah cuti and bakal cuti

tomtom nak share satu video dari Mila sempena nak raye ni hehe

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 12:37 AM | Show all posts
Wahhh..Mila betul2 gi bagi ceramah raya kat bod gossip
aFViRGo Post at 5-9-2010 09:25


ingat mengingati sesama manusia tu kan di wajibkan..selain mengingati orang kita mengingati diri sendiri jugak sebab kita ni bukan nya sempurna huhuuh
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 12:37 AM | Show all posts
Reply  aFViRGo


Apa petua cik Mila pakai..produk baru kot
Itu yg kita selalu persan semenjak ...
seraiwangi Post at 5-9-2010 09:37


tempek bedak sejuk hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 12:38 AM | Show all posts
Huhu..bab planning ni yg lemah ni  
Apa kata akak tolong plan kan..akak sure lagi arif bab2 p ...
aFViRGo Post at 5-9-2010 10:08


jommmmmmmmmmmmmmmm....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.376300 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list