Imbangan Kalori dan Berat Badan
Orang dewasa perlu menentukan pengambilan dan penggunaan tenaga seimbang untuk mengawal dan menetapkan berat badan. Sekiranya kita mengambil lebih tenaga dari yang diperlukan, badan akan menyimpan lebihan sebagai lemak di dalam hati dan otot-otot dalam bentuk glykogen dan di bawah kulit dalam bentuk lemak. (Jika kelaparan berlaku, kita boleh berfungsi dengan menggunakan simpanan lemak ini). Bagi setiap 3,500 kalori yang disimpan, berat badan akan naik lebih kurang 1 lb (450 gram). Bersamaan ini, jika mengguna lebih tenaga dari yang dibekal, berat badan boleh dikurangkan. Walaubagaimanapun, bilangan kalori yang perlu bagi mengekal berat badan bergantung kepada umur, saiz, cara hidup (terutama senaman dll), komposisi badan dan keturunan. |