Kalau sesuatu perkampungan terbiar tanpa dihuni manusia, biasanya kita akan beranggapan kawasan tersebut akan menjadi kawasan yang semak samun dan lalang yang tinggi.
Ada yang lebih teruk akan dihuni oleh makluk halus atau hantu, kiranya kawasan itu akan menjadi tempat 'keras', kata oranglah.
Namun di Kepulauan Shengsi, China terdapat sebuah perkampungan nelayan yang terbiar sekian lama, bukan sahaja sedikit pun tidak rasa seram malah pemandangannya kelihatan cukup tenang dan penuh kehijauan.
Ini berikutan keseluruhan perkampungan itu termasuk rumah-rumah yang ada di situ telah 'ditelan' oleh rimbunan hutan sehingga menghasilkan satu pemandangan yang sangat mempersonakan.
Hayatilah sendiri gambar-gambar kehijauan yang menakjubkan hasil sentuhan jurugambar hebat Tang Yuhong di Pulau Goqui yang menempatkan perkampungan nelayan yang telah ditinggalkan itu.