View: 2392|Reply: 16
|
Guru Besar Galak Muridnya Minum Air Jampi, Ibu Bapa Resah
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Baru-baru ini, guru besar sebuah sekolah rendah di Pandamaran bertindak menggalakkan muridnya meminum air jampi yang kononnya mampu menjadikan seseorang lebih cerdik menarik perhatian orang ramai.
Tindakan yang difahamkan telah dilakukan sejak lebih tiga tahun lalu itu amat membimbangkan ibu bapa murid sekolah tersebut.
Kemudian ibu bapa menerusi Persatuan IBU Bapa dan Guru (PIBG) membuat aduan di Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Klang supaya tindakan selanjutnya dapat diambil berikutan keengganan guru besar terbabit untuk menghentikan kegiatannya itu.
Menurut Timbalan Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Klang Datuk Tan Bok Koon, sejurus menerima aduan pihak PIBG dan juga ibu bapa, tindakan segera telah diambil dan siasatan sewajarnya sedang diambil.
“Mereka (pihak sekolah) juga menggunakan air berkenaan untuk direnjis di kawasan sekolah terbabit kononnya untuk menaikkan tahap kecerdikan murid di sekolah itu. Semua ini karut,” katanya semalam.
Tambahnya, tugas guru adalah mendidik anak murid dengan menggunakan sistem pendidikan sedia ada, bukannya mengambil jalan mudah meminum air jampi dengan menggunakan nama agama.
Bagaimanapun, guru besar sekolah terbabit ketika dihubungi mengatakan air yang diminum itu sebenarnya adalah sejenis minuman bertenaga bukanlah air jampi seperti mana yang disalahtafsirkan oleh ibu bapa murid.
Tegasnya lagi, organisasi yang menderma minuman air bertenaga itu bukan badan berunsur agama sebaliknya adalah pertubuhan bukan kerajaan atau NGO yang bertujuan untuk membantu pihak sekolah menjanakan suasana keseluruhan agar lebih bertenaga positif demi kebaikan pembelajaran murid.- CARI Infonet
sumber : http://www.hmetro.com.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha.....rasanya ramai yang macam ni. bila hampir tarikh exam macam macam air jampi kena telan..... |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat dulu seminggu sebelum periksa di paksa oleh bapak minum air jampi. Dapat result, tak berapa bagus so bapak iolss maki hamun tok bomoh tu.
Iolss dgn bengapnya boleh cakap kat bapak, air jampi tu nak kene minum awal tahun sampai akhir tahun.. baru dapat A semuanya.
Tak semena2 pedih pipi iolss nih.
Selepas itu, belajar lah dgn rajin sampai pandai |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat dulu seminggu sebelum periksa di paksa oleh bapak minum air jampi. Dapat result, tak berapa bagus so bapak iolss maki hamun tok bomoh tu.
Iolss dgn bengapnya boleh cakap kat bapak, air jampi tu nak kene minum awal tahun sampai akhir tahun.. baru dapat A semuanya.
Tak semena2 pedih pipi iolss nih.
Selepas itu, belajar lah dgn rajin sampai pandai |
|
|
|
|
|
|
|
zaman aku dlu siap ada yg jampi pensel pemadam prmbaris yg guna time exam tu |
|
|
|
|
|
|
|
kena rebus buku tu .. kasi minum air baru berkesan..
|
|
|
|
|
|
|
|
itu la cara org2 tua dulu nak berikhtiar nak bagi anak pandai.. sbb sayang anak la dorang sanggup buat mcm tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
air tenaga? direnjis di kawasan sekolah?
pe motifnya ni cikgu oi?
|
|
|
|
|
|
|
|
Pajeri_Nenas replied at 27-5-2016 12:05 PM
Aikkk cina pun pprt???
Biasa lh sis, yg ummah cina pun ada jugak yg jumud kolot, sedangkan kokesen pun ada yg masih amal ilmu hitam... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak salah aku rasa, bukannya menyebabkan mudarat pun. Bukannya diorg buat ritual sembelih kambing hitam atau yang pelik2 ke. Kristian pun ada jugak holy water diorg, pun renjis2 jugak, takde pulak dipertikaikan. Semua nak jadi hal. |
|
|
|
|
|
|
|
ala yg ni ok lg, dulu ada satu kes, minum air sarang anai anai sbb anai anai tu mkn AL-QURAN. so bile minum air tu dpt berkat. kenapa x mkn anai anai tu je kn haha |
|
|
|
|
|
|
|
eh...bukan cina pandai2 ke?
apani jatuh maruah cina tawww.... |
|
|
|
|
|
|
|
Air kagen ke |
|
|
|
|
|
|
|
Air tokpekong???? |
|
|
|
|
|
|
| |
|