|
Oleh : TS LOO
Orang yang malas adalah pereka yang paling kreatif, setuju tak anda semua dengan kenyataan ini?
Sejak ada eskalater, kita semua pun malas menaiki tangga. Bila ada mesin basuh baju, kita semua dah jarang basuh baju guna tangan. Apabila ada mesin basuh pinggan mangkuk, kita semua pun tidak lagi menolak kerja-kerja membasuh pinggan dan mangkuk.
Tetapi, sehingga sekarang, kalau perlu melipat pakaian, seolah-olah kita masih perlu buat sendiri. Jadi, kini dalam zaman teknologi yang serba menyenangkan ini, pastinya manusia akan mencipta satu mesin lipat baju secara automatik.
sumber foto : google image
FoldiMate, sebuah syarikat yang berasal daripada San Fransisco, Amerika Syarikat, telah menghasilkan sebuah mesin lipat baju secara automatik yang sememangnya melegakan ramai suri rumahtangga.
Selain boleh melipat baju, mesin tersebut juga dapat mengeluarkan wap yang dapat mengelak baju daripada berkedut dan menyembur minyak wangi.
Berdasarkan pengenalan video, pengguna hanya perlu mengeringkan baju dan mengepitnya di mesin tersebut mengikut susunan, lepas itu, pengguna boleh tunggu sambil berehat di tepi.
Setelah dihidupkan, ia akan secara automatik melipat baju satu demi satu, keluar wap untuk mengelak berkedut dan sembur minyak wanggi. Kemudian, akan mengeluarkan suara yang beri tips seperti berikut: Relaks, relaks & relaks! Orang dewasa mahupun kanak-kanak, semua akan mahir menggunakan mesin tersebut.
Pihak kilang turut menekankan, mesin basuh pakaian dan mesin jemur akan mengeluarkan bunyi yang agak bising, tetapi mesin lipat baju ini ketika bergerak, bunyi yang dikeluarkannya seperti bunyi yang dihasilkan ketika menaip.
Cuma kekurangan mesin ini adalah selain pakaian yang biasa, cadar yang bersaiz besar, lembaran atau pakaian dalam yang bersaiz kecil, sarung kaki dan sebagainya, semua tidak dapat dimasukkan ke dalam mesin tersebut, serta setiap kali hanya dapat kepit 15 sehingga 20 helai baju sahaja.
Menurut maklumat dalam laman rasminya, mesin lipat pakaian ini lebarnya 71cm, ketinggiannya 81cm, dalamnya 79cm, beratnya 30cm. Statistik menunjukkan, jangkamasa untuk kepit sehelai baju perlukan masa 5 saat, mesin melipat pakaian perlu 10 saat.
Tempoh masa untuk wap hilangkan kesan kedut termasuk menyembur minyak wangi kena habiskan masa 20 hingga 30 saat.
Purata masa untuk menguruskan satu pakaian perlukan masa kira-kira 35 hingga 45 saat.
Setakat ini, mesin lipat baju masih belum dijual secara rasmi, tetapi menurut laman rasminya, ianya akan mula dibuka untuk tempahan awal adalah pada awal tahun 2017, dijangkakan 2018 akan berada di pasaran.
Namun, mesin tersebut berapa harganya? Difahamkan harganya kira-kira USD700- 850 atau bersamaan antara RM2895 sehingga RM3515. - CARI Infonet |
|