View: 1760|Reply: 1
|
Tim Kaine Menjadi Pilihan Hillary Untuk Menentang Donald Trump
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Minggu lalu Kongres Parti Republikan meluluskan calon Naib Presidennya buat Donald Trump iaitu Gabenor dari Indiana yang berumur 57 tahun, Mike Pence.
Semalam calon Presiden Amerika Syarikat dari parti Demokrat, Hillary Clinton memilih senator Virginia, Tim Kaine, sebagai calon Naib Presidennya bagi menentang Donolad Trump.
Pemilihan Kaine dijangka dapat membantu Hillary untuk mendapatkan sokongan pengundi di kalangan Hispanik dan Virginia.
Kaine, 58 adalah bekas gabenor yang kemudian dilantik sebagai Senator di Dewan Negara.
Berpengalaman dalam hal ehwal luar AS, beliau yang juga seorang peguam itu juga dikatakan terkenal dengan kehebatan berbahasa Sepanyol.
Tiga hari lagi, Demokrat akan mengadakan Konvensyen Nasional di Philadelphia bagi mengesahkan Hillary dan Kaine sebagai calon parti itu untuk pilihan raya presiden AS, November nanti.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
the last thing we ever want (despite not being an american) is for some joker to be the president. |
|
|
|
|
|
|
| |
|