View: 45392|Reply: 362
|
Azrinaz bertunang dengan Wak Doyok
[Copy link]
|
|
Edited by Syd at 31-7-2016 09:24 AM
Azrinaz bertunang dengan Wak Doyok 23hb Julai 2016.
Credit Utusan Malaysia
Wartawan yang menulisnya Tengku Khalidah
http://m.utusan.com.my/berita/na ... -wak-doyok-1.364241
Dari page lain;
KUALA LUMPUR: Azrinaz Mazhar Hakim, 37, bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dilaporkan bertunang dengan Wak Doyok.
Acara pertunangan itu diadakan di rumah bekas personaliti TV3 pada 23 Julai lalu.
Menurut Mingguan Malaysia hari ini, majlis pertunangan dengan Wak Doyok atau nama sebenar Muhammad Azwan Mohd. Nor, 36, yang tidak pernah berkahwin sebelum ini, berlangsung secara tertutup.
“Azrinaz disarungkan cincin pertunangan oleh ibu kandung Wak Doyok sendiri dalam majlis yang berlangsung secara sederhana itu,” kata akhbar itu memetik sumber.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniai sepasang cahaya mata, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 10 tahun, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 8 tahun.
Di usia 26 tahun pada tahun 2005, Azrinaz berkahwin dengan Sultan Brunei yang berusia 58 tahun. Pencarian namanya di Google pada 2005 mengalahkan selebriti dan tokoh dunia seperti Brad Pitt, Angelina Jolie, Michael Jackson dan George W Bush.
Mereka bercerai dengan talak satu pada 16 Jun 2010 dengan semua gelaran termasuk Yang Teramat Mulia Pengiran ditarik balik.
Pencarian namanya di Google pada 2005 mengalahkan selebriti dan tokoh dunia seperti Brad Pitt, Angelina Jolie, Michael Jackson dan George W Bush.
Bibit perkenalan Azrinaz dengan Sultan Hassanal Bolkiah menurut satu sumber dikatakan bermula di Pucon, Chile apabila baginda menghadiri mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Pucon pada bulan Jun 2004 di sana dan Azrinaz kebetulan membuat liputan bagi TV3.
Namun, Azrinaz berjaya menyimpan kisah percintaan mereka dengan rapi dan beliau hanya berhubung dengan Sultan Hassanal Bolkiah melalui telefon bimbit sepanjang masa percintaan mereka.
Azrinaz yang dikenali dengan panggilan Naz ialah lulusan Diploma Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) atau Akademi TV3 pada 1997 dan bekerja sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran TV3 dua tahun kemudian.
Azrinaz antara penyampai berita popular TV3 selepas sering muncul melalui Buletin Pagi, Berita Terkini dan Buletin 1.30.
Pada Mei 2012, Azrinaz membuat kemunculan kepada umum secara eksklusif untuk pertama kali dalam program on-air selepas berpisah dengan Sultan Brunei.
Sementara itu, Wak Doyok dianggap sebagai selebriti Instagram Malaysia yang mendunia dengan hampir sejuta peminat.
Beliau dikenali dengan misai melentiknya, dan dikaitkan dengan produk melebatkan janggut dan misai. Wak Doyok diakui sebagai trend setter, ikon fesyen baharu dalam kalangan lelaki di Malaysia, sering tampil dengan bergaya: pakaian rapi, rambut berjambul, berjanggut, serta kumis lebat yang hujungnya dilentik.
Kehadirannya sering mencuri perhatian, sehingga turut mencuri hati Azrinaz.
Dikatakan mereka berdua mulai menjalin hubungan sejak tahun lalu, dan tidak pernah mengesahkan mereka berada dalam alam percintaan walaupun sering memuat naik gambar kemesraan berdua di laman sosial.
Belum dipastikan tarikh perkahwinan, menurut sumber berkenaan. – |
|
|
|
|
|
|
|
Tu jah kj? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-7-2016 09:12 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
nuryakmal replied at 31-7-2016 09:10 AM
Tu jah kj?
Hp aku mengong. :
Pegi paste tak lepas semua.
Setan tul. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah habis fikir ker ni?
Kang tak dpt lg nak fly 1stclass free |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon edit cepat sebelum dihencap..kerlas wak doyok bakal jd pak tiri prince and princess |
|
|
|
|
|
|
|
Hot nya gosip nihh! Wak doyokkk? Seriyeslyyyyy???? |
|
|
|
|
|
|
|
Downgrade nyee |
|
|
|
|
|
|
|
agaknya dah puas kumpui reta,
n rasa dah cukup utk 74 keturunan.... |
|
|
|
|
|
|
|
dari sultan ke wak ajer .... merundum btul taste sheols |
|
|
|
|
|
|
|
Downgrade sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Tetiba hasil perkahwinan
Cite pasal soltan banyak lagi dari cite wak doyok |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai. Biar jelah dia nak kawin dengan sapa pun. Maybe wak doyok tu ada ciri2 yang selama ni dia look for in a man. Pastu agaknya dia pun dah cukup kaya, so ketebalan poket wak doyok tu dia tak kisah. Kita nampak ja macam depa tak sekufu etc, but we dont know what happens behind the close doors. |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta benor.. |
|
|
|
|
|
|
|
Azrinaz noooo!! |
|
|
|
|
|
|
|
Awat cita sultan lgi byk dr doyok |
|
|
|
|
|
|
|
Betullah sumber yg aku dengar tu. Dia khabor ke aku seriussss sampai mentioned the kawin. Aku dengar 2nd week of puasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia dah merasa kawin dgn org kaya. Dah nampak nilai duit tu setakat mana. Aku ingatkan takat teman tapi mesra je rupanya serius. Mungkin wak doyok dapat buat dia happy. Semuga bahagia la korang |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa nampak macam xsesuai. Ermmm tahniah aje lah cik puan |
|
|
|
|
|
|
| |
|