oleh Adib Za
Penyanyi terkenal Beyonce telah mencatat 'keuntungan' luar biasa bila konsert jelajahnya, 'Formation' telah mengutip US$123 juta bersamaan RM499 juta hanya untuk siri pertama, daripada 4 siri!
Bagaimanapun, ia tidak mengejutkan kerana selain populariti dan ribuan peminat yang hadir, harga tiketnya juga boleh tahan mahal iaitu berharga hampir US$400 bersamaan RM1,600!
Untuk siri pertama konsert jelajah tersebut, kesemua 23 destinasi yang dikunjungi di Amerika Utara dan Kanada laris dijual. Sekaligus mencatatkan kehadiran 970,000 peminat setianya secara keseluruhan, memetik laman Billboard.
Kebanyakan kutipan tiket diperoleh melalui konsertnya yang diadakan di New York's Citi Field, manakala di Chicago sekali lagi diva ini telah memecah rekod dengan kehadiran 89,270 peminat hanya dalam masa dua malam!
Untuk siri kedua, Beyonce bakal menjelajah ke benua Eropah sebelum kembali semula untuk siri berikutnya di Amerika Syarikat. - CARI
Sumber: Vibe
Sumber foto: The Guardian
|