CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11903|Reply: 85

Afdlin Shauki Boikot #FFM28

[Copy link]
Post time 6-8-2016 03:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-IIN at 6-8-2016 03:38 PM

Oleh Izzah Abbasy


Pelakon dan pengarah Afdlin Shauki memboikot Festival Filem Malaysia ke 28 (FFM28), mendapat sokongan netizen.


Dalam status di Facebook, kata Afdlin, dia berbuat demikian kerana berpendapat berlakunya ketidakadilan dalam pengiktirafan karya seni di FFM.






Afdlin turut mengirimkan ucapan selamat berjaya buat mereka yang bertanding.


Menerusi pemerhatian, rata-rata pengikut Afdlin merasakan ia tindakan yang patut diambil, susulan tindakan penganjur FFM28 yang membahagikan kategori Lakon Layar dan Pengarah Terbaik kepada dua kategori, iaitu bahasa Malaysia dan bukan bahasa Malaysia.


Kata mereka, sudah tiba masanya langkah drastik diambil, dan suara anak seni paling penting kerana FFM mempertaruhkan karya mereka.









Sumber : Astro Awani




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2016 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
pada pandangan i..i don't think derang akan kisah coz..he tak begitu penting dalam industry..ada ke takde like takde siapa bother..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2016 04:57 PM | Show all posts
Selayaknyalah ffm dibangangkan afdlin. Dah mmg betoi bangang nya, felem ala2 telemovie suamiku en perfect 10 boleh bolos pencalonan, dgn si lisa kayu boleh tercalon pelakon wanita terbaik ffm dgn mat haron ajis boleh bolos pelakon lelaki terbaik ffm

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2016 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak Jah pun kena snub dek pilih kasih ffm. Cuba la juri ffm oiiiii.....ko tengok lakonan Mak Jah dlm Selfie Suara Kubur lps tu ko banding dgn Lisa Surikayu dlm Mr.Perfect 10 tu.  Si Fakejurah pun kecundangan kali ni...at least Fake lg layak masuk dari Surikayu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2016 05:33 PM | Show all posts
Setuju pendapat orang atas. Takdanya FFM nak pujuk dia kalau taknak sertai. Hahahahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2016 05:36 PM | Show all posts
Abam tony & abe nazir sokong taw

Tony, Nazir Sokong Afdlin Boikot FFM
[size=0.688em]Diterbitkan: Sabtu, 6 Ogos 2016 3:14 PM


[size=0.75em]Nazir (kiri) dan Tony. Foto pinterest.com

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PETALING JAYA: Sudah tiba masanya rakyat Malaysia menerima kepelbagaian yang dimiliki negara ini, kata pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam menyatakan sokongan terhadap pelakon Afdlin Shauki yang memboikot Festival Filem Malaysia (FMM) 2016 .
[size=0.98em]"Tahniah @afdlinshauki kerana tampil menegakkan apa yang beliau percaya," katanya di Facebook selepas Afdlin mengulas mengenai pengasingan dua kategori utama filem mampu memecah-belahkan perkauman.
[size=0.98em]Fernandes berkata, filem tersebut tidak boleh dikecualikan hanya kerana menggunakan pelbagai bahasa.
[size=0.98em]"Ia membentuk industri hiburan, media muzik adalah seni dan kebebasan bersuara.



[size=0.98em]"AirAsia yang memenangi syarikat penerbangan terbaik di dunia adalah disebabkan kepelbagaian yang kita miliki.
[size=0.98em]"Ayuh Malaysia, sudah tiba masanya untuk menerima kepelbagaian ini dan bukan terus memisahkannya," katanya pada Jumaat.
[size=0.98em]Tambah Fernandes, beliau dan beberapa rakan artis sering bekerjasama tanpa menilai atas dasar kaum.
[size=0.98em]"Sekali lagi saya ingatkan, cukuplah pengasingan dan tingkatkan kesamaan. Raikan kepelbagaian kita," katanya.
[size=0.98em]Susulan tindakan Afdlin Shauki memboikot FMM, Pengerusi CIMB Bank, Datuk Seri Nazir Razak turut menyokong pelawak tempatan itu.
[size=0.98em]Menerusi Instagram, Nazir berkata, perubahan hanya akan berlaku apabila orang berpengaruh seperti Afdlin membuat pendirian yang berprinsip.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2016 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
premis 1: pengerusi GPFM yg tetapkan kategori pencalonan dlm FFM kali ini ialah YusofHaslam ..

premis 2: filem thrillerMunafik arahan anak YusofHslam dan terbitan Yusof haslam sendiri dpt 10 pencalonan

premis 3: belum pernah ada filem terbitan skop production yg menang filem terbaik FFM. walaupun anak beliau pernah 2x menang best director
BINCANGKAN
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2016 05:56 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 6-8-2016 05:48 PM
premis 1: pengerusi GPFM yg tetapkan kategori pencalonan dlm FFM kali ini ialah YusofHaslam ..

pr ...

tanda2 nak menangkan best film la tu...
sbb tu terpaksa asingkan dgn olabola different category


picisan giler perangai..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2016 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 6-8-2016 05:48 PM
premis 1: pengerusi GPFM yg tetapkan kategori pencalonan dlm FFM kali ini ialah YusofHaslam ..

pr ...

NORMAN KRU sudah berjaya dpt Best Film FFM 2 kali... Song of the Year AIM 1 Kali.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2016 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 6-8-2016 05:56 PM
tanda2 nak menangkan best film la tu...
sbb tu terpaksa asingkan dgn olabola different category
...

Pak Sop punya kerja ke?  Nominasi dia ada campur gak ke?  Kalau ada no wonder Surikayu pun lepas. Hanya kayu mengenal kayu-kayan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2016 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak penah amek pot pun pasal ffm ni semua sebab dah lama sangat tak tengok filem melayu. Mcm sampah jah semua?
Filem terakhir yg iols tengok, hantu kak limah balik rumah.
Anyway, rindu sangat kegemilangan filem2 afdlin shauki. Kenapa sheols tak buat filem lagi ya? Sejak arwah yasmin mati.. Afdlin pun dah tak bikin filem dah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2016 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Film afdlim poni boikot..sampah jua..film misteri jln lama tu very der taik kot...

Btw fajura deserve win klu tercalon utk film langit cinta...wpon film klise tp lakonan dia letop
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2016 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pon dh lama x tgk pilem melayu ni. Mcm mana nk tgk kalo dh byk yg hauk.Tp aku setujuk bila ada yg ckp ffm ntah pape. Kadang tgk yg menang award kt ffm ni ntah pape
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2016 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by harisanis at 7-8-2016 10:23 AM

hek eleh afdlin, gaya berkaliber sgt..filem sdiri pon sampah, adee hati nk boikot..filem ko gn yusop selam 2x5 jer
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2016 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang ni tak faham isu ke? Tak kisah lah filem afdlin sampah ke apa isu dia sekarang ffm divides dua kategori best film.

1) filem terbaik
2) filem terbaik bukan bahasa melayu

Isunya sekarang benda ni dah lama dipertikaikan oleh karyawan tempatan. Kenapa kena ada dua kategori best film? Dan jawapan yang diberi pihak ffm adalah sebab filem terbaik hanya open untuk filem yang gunakan 70 peratus bahasa Melayu. Masalahnya ini festival filem Malaysia bukan festival filem melayu. Filem filem macam Jagat tu bertanding kat luar atas tiket filem Malaysia tapi kat negara sendiri diklasifikasikan sebagai bukan filem melayu. Fahamkan dulu isu ni sibuk nak kutuk afdlin filem sampah lah apa lah at least dia terang terang bersuara even tahun lepas pun erma fatima dah suarakan hal ni masa bagi award. Yusof Haslam lah antara dalang disebalik pengekalan anugerah best film masih dibuat dalam dua kategori ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2016 09:13 PM | Show all posts
Ohhh macam tu ke.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2016 10:57 PM | Show all posts
walaupun iols tak minat citer olabola tu... tapi iols rasa bahasa bukan measurement utk anugerah. orang nilai kualiti bukan bahasa. as long as local production, kenalah adili dengan sifat terbuka. the same apply for AIM juga patutnya
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2016 12:19 AM | Show all posts
patut rombak balik pencalonan, masukkan fazura dan mak jah dalam kategori aktres terbaik. baru saingan sengit ngan maya dan nabila.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2016 03:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku stop baca bile nama yusuf haslam keluar. Terus paham kenapa ffm dibanggangkan. Kemonnn yusuf kot? Apa je filem dia or filem skop yg best? Munafik tu pon bagi aku takde la gempak mana. Maggottttt
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2016 03:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila lah filem malaysia nak jadi awesome mcm filem indonesia kan. Tak hantu mesti pasal rempit la mat drift lah. Padahal kite byk peristiwa penting boleh buat jadikak filem contoh waktu malaysia beli guthrie aka dawn raid 1981 tu. Perghh kalau boleh buat pilem tu aku org first beli tiket online tgk kt ioi mall
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fattah Amin dan Fazura Sah Cerai Talak Satu
CARI-HBZ‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fa
Views : 106947 Replies : 4894
Ibu sanggup kayuh basikal dalam gelap untuk jemput ambulans buat netizen kagum
YgBenarIbu sanggup kayuh basikal dalam gelap un
Views : 10579 Replies : 9
PEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHENTIKAN, PREMIS DI MID VALLEY DITUTUP SEMENTARA
YgBenarPEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHEN
Views : 42040 Replies : 85
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 33249 Replies : 78
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 6985 Replies : 13
Kebanjiran warga China beli rumah di Malaysia memberi kesan negatif yang dirasai rakyat tempatan - Dr Muhammad Najib Razali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
YgBenarKebanjiran warga China beli rumah di Mal
Views : 33632 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 104524 Replies : 5761
Muslim marry 4...
BoomibulatMuslim marry 4...
Views : 9773 Replies : 80
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 105348 Replies : 1660
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33239 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.464422 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list