oleh Adib ZA
Enaknya fish cake yang penuh dengan isi ikan dan bukannya tepung semata-mata.
Seorang netizen telah berkongsi resipi dan cara penyediaan untuk membuat fish cake secara home made.
Ya, selepas ini tak perlulah anda beli di luar lagi, kebersihan dan kelazatan pun pastinya lebih terjamin kan!
Jom lihat resipi yang dipetik dari Facebook Yati Mohd ini:
Dapatkan seekor ikan tenggiri. Asingkan isi dari tulangnya.
Isi ikan yang telah dihancurkan, dicampurkan dengan tepung jagung, garam dan lada sulah.
Gaulkan bahan tadi agar rata dan sebati dengan isi ikan.
Apabila sudah menjadi sebati, masukkan ke dalam bekas acuan. Padatkan menggunakan sudu dan sedikit minyak.
Kukus selama lebih kurang 10 hingga 15 minit. Kemudian apabila sudah sejuk, bolehlah dipotong mengikut citarasa anda.
Bila hendak dihidangkan, goreng sebentar. Sedia dimakan!
|