|
oleh Adib Za
Apabila adanya berita mengenai penyanyi Ifa Raziah memiliki gelaran Datuk baru-baru ini, ramai pihak yang telah memberikan komen termasuklah yang mempertikaikannya.
Namun, menerusi temubual bersama Mstar Online, Ifa berkata darjah Ahli Setia Diraja yang diterima pada Januari lalu adalah sah dan tidak seharusnya dipersoalkan oleh mana-mana pihak.
"Ya… saya dikurniakan darjah kebesaran Ahli Setia Diraja dari sebuah negeri di Malaysia pada Januari 2016, ia bukan Datuk dari orang yang menyamar jadi sultan atau saya mendapat gelaran dari negeri seberang.
"Namun, tidaklah perlu untuk ia diheboh-hebohkan kerana saya hanya guna gelaran itu untuk majlis-majlis rasmi dan atas tujuan perniagaan sahaja," katanya.
"Saya menerima gelaran itu sebagai satu tanda penghormatan, tak kan pula saya nak menolaknya. Lagi pula gelaran itu diberikan dan bukannya saya yang minta.
"Dalam industri perniagaan ramai yang sudah tahu dan maklum tentang gelaran yang saya dapat ini, cuma di atas pentas, saya masih lagi Ifa Raziah yang dulu," katanya lagi. - CARI
Sumber: Mstar Online
Foto: Sinar Harian
|
|