CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2511|Reply: 9

Kenapa Bangla, Myanmar Fasih Berbahasa Melayu Tapi Orang Malaysia Sendiri Tidak?

[Copy link]
Post time 22-8-2016 04:57 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy
“Peliknya, kenapa Bangla, Myanmar dan Nepal boleh menguasai BM dengan cepat, rakyat kita begitu sukar?"


Di negara kita sendiri Malaysia, ramai yang lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan bukan lagi bahasa Melayu (BM). Kenapa? Sebab apa? Adakah bahasa Melayu bukan bahasa komunikasi yang diiktiraf?  

Penganalisis politik dan pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mempersoal kejiwaan rakyat negara ini yang tidak bersungguh-sungguh untuk menguasai bahasa Melayu yang menjadi kebanggaan negara.

Sebaliknya beliau berkata, rakyat negara lain yang menetap di Malaysia pula boleh menguasai dengan cepat Bahasa Melayu.

Sebelum ini Pakar Bahasa, Prof Dato’ Dr Teo Kok Seong melahirkan rasa kesal apabila terdapat rakyat Malaysia khususnya dalam kalangan belia Cina yang masih tidak fasih berbahasa Melayu.

“Kita dapat lihat pada hari ini orang bukan Melayu, belia Cina misalnya yang tidak fasih berbahasa Melayu sedangkan itu bahasa negara.

“Jadi bagi saya, malang sekalilah, (mereka adalah) warganegara, tapi tak tahu bahasa negara, jadi saya selalu bercakap isunya di mana erti kerakyatan? Ini sesuatu yang malang,” katanya.

Menyentuh isu yang sama Ridhuan Tee berkata, hakikatnya selama ini kerajaan amat bertolak ansur apabila telah memudahkan subjek Bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC). BM di SJKC lebih mudah berbanding dengan BM di SK.

Jika subjek BM diseragamkan mengikut kurikulum SK, sudah tentu lebih banyak kelas peralihan terpaksa diwujudkan kerana ramai yang akan mendapat markah rendah atau gagal.

Malah jika kita 'hadam' baik-baik, setiap bahasa yang dipelajari, jika mereka bersungguh-sungguh dalam mempelajarinya terutama bahasa Melayu, sudah tentu ramai yang fasih seperti warganegara asing.

Dan pernahkah anda terfikir, kenapa bahasa Inggeris iaitu bahasa asing boleh dipelajari dengan baik sekali sedangkan bahasa Melayu yang menjadi bahasa Kebangsaan tidak pula dikuasai?

Kita boleh lihat bagaimana negara lain menetapkan rakyat mereka untuk mencintai bahasa kebangsaan negara dan mereka langsung tidak boleh menggunakan bahasa asing sebagai perantaraan. Malah, kita pula perlu mempelajari bahasa mereka jika berkunjung ke sana.

Bahkan, jika rakyat Malaysia sendiri menggunakan bahasa Inggeris dengan pelancong, di mana terletaknya identiti Malaysia sebenarnya yang ingin diketengahkan?  

Sekaligus, bahasa Melayu kini ibarat dihina dan diperlekeh oleh warganegara Malaysia sendiri meskipun rakyat hari ini mencapai ambang ke-59 tahun kemerdekaan kurang seminggu lagi. - CARI

Nota : Bahasa Inggeris ialah bahasa dominan atau bahasa rasmi di kebanyakan negara yang dahulunya di bawah pemerintahan British. Bahasa Inggeris juga barangkali merupakan bahasa ketiga terbesar dunia dari segi jumlah penutur asli, selepas Bahasa Cina dan Bahasa Sepanyol.













Sumber : Ismaweb

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2016 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by boyagombak at 22-8-2016 06:06 PM

Kilana aa jikalu cakiap Bahasa Ingelis guna bahasa pelat,guna bahasa pasar olang lamai akan kitawala sama kita cakiap inggelis pun tatak pandei mau cakiap. Tetapi jikalau ahpek dan tambi cakap BM guna bahasa pasar,olang gulayu pun tatak hat, kadang2 olang gulayu layan balik jgk cakiap BM bahasa pasar. So its not good. Hence the Malays should corrected the broken BM speak by warganegara.
Any political public speaking must be conduct in BM. No permits are given if they fail to obey the rules. This also can forbide any racist and provocatives statement.
Any non malays newspaper must have a BM edition in order to make non malays more affectionate and interested to read BM because normally many of them just read their mother tongue paper
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahasa Inggeris bahasa Melayu
Patut diajar disemua sekolah
Bila dah cekap berbahasa Melayu
Mahu belajar apa2 bahasa pun tidaklah salah
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 06:18 PM | Show all posts
Macamana pulak....dengan mentaliti....cina dengan cina senang kawtim....tu pasal lah berlumba belajar bahasa cina.....senang nak kawtim kalau berurusan dengan taukeh cina. dan ini masih lagi realiti.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 10:14 AM | Show all posts
silibs bahasa melayu di sjkc sangat rendah, bm darjah 6 di tahap bm darjah 4. sedangkan math sjkc susah dari sk..buku teks bm dan math bagi sjkc dan sk berbeza... hmmm......
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Maaf jika komen sy berbaur perkauman tapi ni reality..
Sering saya mendengar kaum cina selalu ckp maaf sy punya bahasa teruk or sy xberapa pandai ckp melayu tapi jika saya minum ptg semeja dgn client dari pelbagai negara sering berbahasa melayu kdg2 kelakar jugak ada ayat yg kurang sesuai dan sebutannya..tapi kesungguhan dan respek dia kt bahasa melayu sangat tinggi..bila ditanya kenapa nak sangat cakap dia kata bila dtg negara org kene hormati budaya dan bahasa tapi bangsa yang dah tentu2 lahir dan sekolah kat sini masih kata xfasih la xpandai la..
Ni jugak apa yang org asing beritahu pada saya..
Sekian..mohon maaf
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2016 12:42 PM | Show all posts
ye.. saya pernah jumpe orang berbangsa cina yang tak pandai langsung berbahasa melayu, padahal warganegara malaysia.

Maaf jugak sebab orang2 mcm ni dah menetap di sini, patut nya mesti tahu bahasa kita.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 07:15 PM | Show all posts
bahasa itulah lambang perpaduan.. sebenarya kita kan lebih menghormati seseorang itu kalau die fasih berbahasa kita.. kadang-kadang saya puji rakyat Indonesia yang berbangsa cina tapi sangat-sangat fasih berbahasa indonesia.. I think the need to learned a lot form them... Kalau xsalah segala penggunaan atau bahasa Mandarin di Indonesia diharamkan dari mereka merdeka sehingga tahun 1998(if I'm not mistaken).. no wonder la diorg2 semua ni sangat fasih berbahasa Indonesia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2016 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa la kata urban.. "ckp melayu nampak bodoh"
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 10:15 AM | Show all posts
ini yg selalu aku pikir..
bangsa cina (especially), kalau bercakap melayu pelat teruk sgt..
tpi bila bangsa asing dtg.. ckp melayu dah serupa melayu ...

padahal sapa yg warganegara???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.482524 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list