oleh Adib Za
Terkedu juga bila membaca 'conversation' dalam Whatsapp group yang satu ini antara pelajar dan juga pensyarah di sebuah universiti.
Sebagai seorang pelajar universiti yang pastinya berada dalam level paling tinggi, adab dan juga komunikasi itu semakin baik.
Malah, ia memang asas dalam budaya masyarakat Timur terutama bangsa Melayu sendiri yang sangat mementingkan adab dan kesopanan.
Namun, berbeza dengan situasi yang berlaku ini. Seorang pelajar boleh bertanya dengan cara kasar kepada pensyarah sendiri melalui pesanan dalam Whatsapp group tersebut.
Antara kesalahan pelajar tersebut termasuklah:
1. Tidak menggunakan kata panggilan yang tepat terhadap pensyarahnya.
2. Menganggu waktu privasi seorang pensyarah iaitu pada jam 10 malam, yang seharusnya dilakukan pada waktu pejabat sahaja.
3. Menjawab dengan penuh angkuh, kurang ajar dan tiada adab langsung. "Then why reply. Reply la esok pukul 8 am until 6 pm"
Apa nak jadi dengan generasi masa ini? Di mana silapnya?
Tak guna belajar tinggi tapi adab 'ke laut' dik. - CARI
Gambar hiasan. Sumber: Carian google
Sumber: Beautifulnara/ @twt_lipas |