View: 4102|Reply: 23
|
Netizen Melayu Prihatin Pada Jiran Nenek Tua Cina Wajar Dicontohi
[Copy link]
|
|
sumber foto: http://9k.9941.yi.org/
Walaupun Malaysia tidak dapat memenangi pingat emas ketika Sukan Olimpik di Rio De Janerio baru-baru ini, tetapi seluruh rakyat Malaysia kelihatan bersatu padu tanpa mengira bangsa memberi sokongan kepada setiap atlet negara.
Sepanjang berlangsungnya sukan Olimpik, terasa begitu harmoninya masyarakat kita, seolah-olah negara sudah pun menerima pingat emas.
Ahad lalu, seorang netizen berbangsa Melayu berkongsi satu status mengenai pengalamannya di laman Facebook menyebabkan ramai netizen lain memberi pujian bahawa perbuatannya menonjolkan semangat Satu Malaysia. Dalam tempoh sehari sahaja, statusnya itu menerima kira-kira 4,000 'like'.
Jamalee memuat naik sekeping gambar dia bersama seorang nenek tua yang dipanggil sebagai Aunty Wong, dengan menyatakan dia sememangnya ada 'jodoh' dengan nenek tersebut.
Menurut Jamalee, ketika dirinya pertama kali terserempak dengan nenek tua itu, kebetulan dia didapati bermasalah pernafasan.
"Kebetulan juga ketika itu saya juga mengalami asma, jadi saya bagi dia memakai alat semburan inhaler yang saya guna itu. Lepas itu barulah saya bawa dia pergi ke klinik yang berhampiran."
Kemudian, Jamalee sekali lagi terserempak Aunty Wong ketika menjamu selera di sebuah restoran, tetapi Aunty Wong hanya bungkus makanan dan bawa balik.
Pagi Ahad lalu, Jamalee sekali lagi terserempak dengan Aunty Wong, ketika itu aunty Wong kelihatan ingin pulang ke rumah, tetapi tiada perkhidmatan bas pada masa itu dan aunty Wong juga tidak mempunyai wang tunai yang mencukupi untuk ambil teksi.
"Justeru itu, saya ambil insiatif untuk bawa dia balik rumah, dia setuju. Tetapi berikutan kereta pacuan empat roda yang dibawa saya agak tinggi, aunty Wong tidak terdaya panjat naik ke dalam kereta saya akibat kakinya sakit. "
"Setelah mendapat kebenarannya, saya mengangkatnya naik ke dalam kereta. Sebenarnya, badan nenek tua tidaklah berat sangat pun."
"Rumahnya dekat saja dari situ, jarak kira-kira 2km, namun bagi orang tua yang bertongkat, 2km perjalanan adalah seperti mendaki bukit."
Di penghujung statusnya, Jamlaee menyatakan, tujuannya berkongsi pengalamannya itu adalah mengharapkan, kawan-kawannya lebih beri perhatian ke atas bahasa badan ekspresi muka orang-orang tua, khususnya pada mata mereka. Ketahui apa keperluan mereka, segera tampil ke depan tanya khabar dan beri bantuan.
" Kita semua hidup bermasyarakat seperti sebuah keluarga, haruslah saling mengambil berat." " Dalam agama Islam, prihatin terhadap jiran tetangga adalah tingkah laku yang amat digalakkan."
Ramai netizen berpendapat apa yang dilakukan Jamalee wajar diberi pujian, penghormatan dan kita harus rasa bangga dengan sikap dia itu.
Dalam pada itu, ada juga berharap lebih ramai warga Malaysia bersikap seperti Jamalee, menghulurkan bantuan buat mereka yang memerlukannya tanpa mengira warna kulit dan latar belakang seseorang itu.
Permuafakatan membawa berkat!- CARI
sumber foto: http://malaysiatoday.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
Headline article xpyh race pn xpa. Org baca pn aggp bantu sesama insan. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah banyak sangat orang macam ni..sendiri tolong, sendiri up cerita puji diri..
Benda2 macam ni tak perlu dikongsi pun melainkan kau memang hadap pujian dan perhatian..
Buat baik tak perlu canang satu dunia |
|
|
|
|
|
|
|
Orang yang ikhlas beramal takkan menguar-uarkan amalan dia... ni siap berwefie then viral. |
|
|
|
|
|
|
|
belilies replied at 24-8-2016 03:29 PM
Orang yang ikhlas beramal takkan menguar-uarkan amalan dia... ni siap berwefie then viral.
Jgn nak kondem dia. Zaman sekarang nak buat baik kena seiring dgn arus kemodenan.. handphone dan teknologi boleh memusnahkan ikatan persaudaraan dan ianya juga boleh merapatkan hubungan...gitu aku ceramah kat ko..
ko mampu ke jadi mcm dia? Atau something yg simple mcm bagi anjing makan ke? Tolong buka pintu utk org buta ke.. atau follow bontot kereta rapat sgt ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Ok kut dia nak viral up diri sendiri ka..budak2 lani bukan boleh pakai..tgn dgn mata melekat kat telepon! Aku rasa mcm nak sailang kaki org jenis mcm ni..kita plak kena elak dia yg sebok dgn fon tu
ehh relevan x dgn crita ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Bukanlah nak menidakkan kemuliaan hati En Jamalee ni..tapi pnah dgr kan 'Tangan kanan memberi, jgn smpai tangan kiri mengetahui.' siap up2 pasal naik keta pe, mulia hati tolong angkat segala..still, I harap viral ni buat org berlumba2 buat kebaikan...n viralkan pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Ok le tu sebab zaman sekarang ni tak ramai yang nak menolong tampa mengira bangsa atau agama. Mungkin dia dah terbiasa duduk dalam masyarakat yang berbilang bangsa jadi pekara ni bukan janggal buatnya. |
|
|
|
|
|
|
|
fazamania replied at 24-8-2016 07:55 PM
Jgn nak kondem dia. Zaman sekarang nak buat baik kena seiring dgn arus kemodenan.. handphone dan t ...
Well, judging from ur own words "ko mampu ke jadi mcm dia? Atau something yg simple mcm bagi anjing makan ke? Tolong buka pintu utk org buta ke.. atau follow bontot kereta rapat sgt ke?" nampaknya itulah yang ko buat slama ni.
So save the "ajaran" for yourself. Such imbecile with tiny mind.
Fikiran ko cetek sgt, sbb tu, yg kat atas tu je ko mampu pk utk beramal. With the current technology, kalau spesis cam kau membiak, maka tak heran lah wujud makhluk yg banyak abuse these millenium devices.
Well... hats off. Cakap banyak pun xguna. And i wont bother to read ur stupid reply to this, sbb aku dah jumpa ramai manusia bongok cam ko neh. When i tell the truth, the hard truth, only naive idiots with a touch of know-it-all wannabe will condemn. Now, budak-baru-belajar, i have just taught u how to use the word CONDEMN. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmmh bgs la klu tlg menolong bantu membantu.. Motip up story... Nnt org kata riak... |
|
|
|
|
|
|
|
wekkkkkk.......penjual insuran gak ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Erkkkkk...klu dh bantu org yg tgh susah..diam2 sndri sudah ler..nk jgk up status segala?? |
|
|
|
|
|
|
|
merrissa replied at 24-8-2016 11:34 PM
wekkkkkk.......penjual insuran gak ker?
ejen berdaftar prudential |
|
|
|
|
|
|
|
patutnya camtu lah, ni buat org lagi menyampah...
|
|
|
|
|
|
|
|
entahlah. rasanya diri ni ada gak berbuat kebaikan pd masyarakat tp tk pernah nk up citer kt socmed. cara dia mungkin berbeza dan niat dia untuk jd viral untuk pengajaran bersama. kot.... |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh tak i viralkan kisah hubby..coz my hubby pon cam dia...actually my hubby do much more then him....lol..gurau jer..
. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by aurorae at 28-8-2016 06:32 AM
tapi kan ada satu hadith atau ayat Quran yg bagitau kalau nak bersedekah boleh secara sorok atau terang2 dengan tujuan untuk jadi contoh/motivasi pada orang lain. Tapi sorok2 itu lebih baik untuk hindari riak.
2:271. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
2:274. Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
|
|
|
|
|
|
|
|
~boolean replied at 24-8-2016 01:02 PM
Dah banyak sangat orang macam ni..sendiri tolong, sendiri up cerita puji diri..
Benda2 macam ni t ...
Setuju ngan pndpt uol. Antara pkara yg perlu dirahsiakn mcm ni la..apabila kte bbuat baik thdp mnusia lain. Mlainkn org len yg buka |
|
|
|
|
|
|
| |
|