CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1542|Reply: 2

Buahan Sitrus Bukan Untuk Obesiti Sahaja, Namun Mengelak Pelbagai Penyakit Lain

[Copy link]
Post time 25-8-2016 03:03 PM | Show all posts |Read mode
oleh Adib ZA

Buah-buahan sitrus ternyata banyak kelebihannya terutama untuk membantu mencegah obesiti dan juga kegemukan.


Selain itu, kajian mendapati buah sitrus seperti limau nipis dan juga lemon membantu mengelak penyakit kronik seperti sakit jantung, gangguan hati dan juga diabetes.


Apabila seseorang itu mengambil makanan yang tinggi lemak, secara tak langsung kandungan lemak dalam badan semakin meningkat.


Sel lemak berlebihan dalam badan ini membentuk keadaan yang merosakkan sel dan ia dikenali sebagai tekanan oksidatif.









Situasi oksidatif dan juga inflamasi inilah yang akan mendorong kepada risiko penyakit jantung, gangguan hati dan diabetes semakin meningkat.


Namun, pengambilan buahan sitrus ini dapat membantu mencegahnya melalui antioksidan yang dipanggil flavanon.


Sebab itu, buah sitrus ini digalakkan bukan sahaja kepada mereka yang obesiti sebaliknya mereka yang mempunyai pola pemakanan yang kurang sihat.


Jadi mulai hari ini anda boleh mengamalkan mengambil jus lemon atau limau dalam diet seharian ya! - CARI



Foto: Carian google


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2016 10:24 PM | Show all posts
Sebaik je jus lemon sebab kurang asid berbanding dengan jus limau nipis kalau tak tahan boleh pedih perut
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2016 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
yup, buah-buahan mcm ni kalo amalkn brterusan kulit pun jd cantik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.042404 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list