CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2635|Reply: 16

Peguam Negara Berjoget Dengan Para Menteri, Apa Masalahnya? - Wan Junaidi

[Copy link]
Post time 6-9-2016 10:48 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO








Susulan klip video yang memperlihatkan peguam negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan beberapa menteri lain sedang ghairah berjoget di khalayak ramai tersebar secara meluas di media sosial sekali gus mengundang kecaman pelbagai pihak.


Antaranya, bekas naib ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan beranggapan kelakuan itu salah dari segi etika kerana akan menghilangkan integriti jawatannya sebagai seorang peguam negara, justeru itu menggesa Apandi meletak jawatan dalam 24 jam.


Difahamkan, selain Apandi, individu-individu lain yang terdiri daripada menteri kabinet yang turut serta berjoget termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Azalina Othman Said dan Nancy Shukri, dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili.


Namun demikian, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar apabila ditemubual FMT bertindak mempertahankan Apandi, dan mengatakan mereka berjoget adalah kerana muzik itu sangat merdu sehingga terpesona dan menari mengikut rentak muzik itu.


Bagi beliau, tindakan tersebut tiada kena mengena dengan etika jawatan atau pekerjaan seseorang seperti mana yang dipersoalkan oleh pihak tertentu.


“Bila muzik itu cantik, feel good, perasaan itu pun ada. Jadi, orang respon kepada muzik yang rancak. Itu sahaja, tiada apa-apa pun,”


Bagaimana pun, beliau mendakwa tidak ingat sama ada Apandi terlibat sama.

“Saya tidak lihat tapi saya tahu ada empat atau lima menteri yang respon kepada muzik itu. Saya tahu itu, kerana saya sendiri goyang badan juga,”


Selain itu, Khairuddin juga mempersoalkan, bahawa Apandi tidak wajar berjoget dengan menteri, menonjolkan hubungan mesra dengan orang politik, ini kerana kalau dia bertindak sedemikian, masyarakat akan hilang keyakinan terhadap kerjanya, khususnya dalam isu skandal penyelewengan 1MDB.


Berkenaan persoalan itu, Wan Junaid hanya menjawab, semua itu tiada kaitan dengan etika dan kesalahan undang-undang, sebenarnya tiada apa-apa masalah pun.


Klip video tersebut dimuat naik Hanif Khatri, peguam bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan Apandi bersama-sama beberapa menteri lain berjoget pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-59 di Dataran Merdeka, Selasa lalu.- CARI






sumber info: Free Malaysia Today
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2016 10:51 AM | Show all posts
kalau nak berjoget sangat dgn geng umno
sila letak jawatan peguam NEGARA
join kumpulan peguam umno
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2016 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
dizzzek replied at 6-9-2016 10:51 AM
kalau nak berjoget sangat dgn geng umno
sila letak jawatan peguam NEGARA
join kumpulan peguam umno ...

Dia jawatan peguam negara, bukan jawatan ketua umno atau menteri umno... mmg salah laa tindakan dia.. disini dah jelas dia bukan menjawat jawatan peguam negara, tapi peguam kumpulan penyamun umno....
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2016 12:18 PM | Show all posts
tak patut kowt
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2016 01:20 PM | Show all posts
dizzzek replied at 6-9-2016 10:51 AM
kalau nak berjoget sangat dgn geng umno
sila letak jawatan peguam NEGARA
join kumpulan peguam umno ...

kita semua peon
mana tau apa2
peguam negara troll aje tu
lagi pun memasing bukan penjawat awam

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2016 02:25 PM | Show all posts
Malaysia Bolehland...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2016 03:04 PM | Show all posts
Semua tak salah, takde masalah apapun...semua boleh
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2016 03:06 PM | Show all posts
menampakkan kroni band umenok laa wei....apo punya AG ler ko nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2016 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Next time buat plak joget lambak @ zapin..x pun poco2...cia cia cia
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2016 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Gembira nampak sampai berjoget sama...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2016 11:21 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


100% Welcome Deposit Bonus hanya untuk anda!!!


Deposit minimum MYR100 keatas dan dapatkan bonus anda sekarang!!!



Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2016 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat kata sorang mentor aku. Ada 3 undang-undang : agama, negara & masyarakat. Ikut ketiga-tiganya, Inshaa Allah tak jadi pelik-pelik.

Jadi, aku rasa kalau tak ikut, tu mungkin jadi yang ajaib-ajaib
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh Nyampah tgk korg
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 01:18 PM | Show all posts
tepi jalan. pm tepi. korang pegi la ke "tepi"
pui
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
ko sedri mngundang persepsi negatif
bila anwat salam madey ko bley plk tunjuk persepsi negatif
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 02:44 PM | Show all posts
buruk rupa org tua menari.... hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2016 09:13 AM | Show all posts
Kalau Tan Sri Apandi ni seorang guru besar di sebuah sekolah rendah, takde siapa akan bising dan perkara ni takkan jadi isu pun..

Perkara ni mula jadi isu sebab jawatan yang disandang beliau iaitu PEGUAM NEGARA... Jawatan peguam negara adalah satu jawatan yang sensitif sehingga skop tugas dan pelantikannya dinyatakan secara jelas dalam Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan. Kuasa yang diberikan kepada peguam negara amatlah besar. Beliau berhak untuk memulakan, menjalankan atau menghentikan sebarang prosiding undang2.

oleh itu, adalah bercanggah dengan prinsip ketelusan dan kebebasan badan perundangan jika dilihat peguam negara mempunyai hubungan yang rapat dengan pegawai-pegawai kerajaan.

Cuba bayangkan jika seorang menteri disiasat bawak akta sprm. Adakah peguam negara boleh bertindak secara bebas untuk mendakwa menteri yang juga rakan menarinya?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.052187 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list