Oleh Izzah Abbasy
Pedih bagai tertusuk pedang jika lamaran atau pinangan ditolak oleh wanita yang dicintai.
Seperi kisah yang terjadi di China ini, dia melamar teman wanitanya dan telah menunjukkan rasa sayang dan cintanya kepada gadis itu.
Tetapi yang sedihnya, lamaran itu ditolak. Sudah di hadapan orang ramai. Alahai, malu bukan kepalang.
'Akasia' ini terjadi apabila seorang pelajar universiti meluahkan perasaan pada seorang gadis yang diminatinya sekian lama dengan 999 biji limau bali. Kenapa limau bali? Kerana itu adalah buah kegemaran gadis tersebut. Malangnya, lamarannya ditolak di hadapan orang ramai. Ouch!
"Saya suka awak sejak hari pertama kita jumpa. Sekarang saya nak semua orang tahu yang saya sukakan awak. Sudi tak awak menjadi teman wanita saya?"
Disebabkan lamaran itu ditolak, apa lagi boleh buat limau bali yang menjadi saksi cinta tidak berbalas itu direbut oleh orang ramai.
Dengan kebenaran daripada gadis berkenaan orang ramai yang ada di situ boleh mengambil buah limau bali tersebut seberapa banyak yang mereka mahu. - CARI
Post time 13-9-2016 12:09 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Laaa kesiannye mamat cino nih. Tu la lenkali before buat keje x berfaedah macam ni try tanya2 dulu kawan2 or family minah nih. Jangan main terjah je. Ni x, malu dapat, rugi pun dapat.