Lady Gaga yang sering tampil dengan imej yang pelik, kali ini membuat kelainan melalui album terbaharunya.
Album yang dinamakan sebagai 'Joanne' itu bakal dipasarkan pada 21 Oktober dan merupakan album kelima daripada Gaga.
Paling menarik perhatian, selain menampilkan tajuk yang sangat ringkas ia juga memiliki kulit album yang begitu berbeza dengan album terdahulu.
Hanya berlatarkan dinding rona biru muda, dan topi berwarna merah jambu, wajah polos penyanyi ini dapat dilihat dengan begitu jelas dan juga nyata.
Bagi para peminatnya, Joanne bukan asing lagi kerana ia merupakan nama tengah Gaga sendiri. Dalam masa yang sama ia merupakan nama ibu saudara penyanyi itu, yang telah meninggal dunia pada usia 19 tahun kerana penyakit lupus.
Dalam pada itu, single pertama untuk album berkenaan, Perfect Illusion telah pun dilancarkan dan kini menduduki tangga ke-12 Billboard Hot 100. - CARI