oleh Adib Za
Jika anda berkunjung ke pekan Kampar, Perak jangan dilepaskan peluang untuk menikmati aiskrim yang satu ini.
Dipanggil sebagai Hokkaido Ice Cream Puff, ia merupakan sejenis pencuci mulut yang menyegarkan dan didatangkan dengan 10 perisa yang enak.
Ini termasuklah durian, keladi, mangga, teh hijau, dan sebagainya. Yang menariknya, ais krim ini dijual dengan harga RM2 sahaja bagi setiap satu.
Selain murah dan juga didatangkan dengan pelbagai perisa enak, aiskrim ini dikapit dengan roti yang sangat rangup.
Kata seorang pengunjung, "Saya menyukai aiskrim ini kerana rotinya sangat rangup dan tidak seperti aiskrim lain."
"Ia juga mempunyai portion yang sangat besar. Memang mengenyangkan!"
Sebenarnya ia merupakan salah satu menu yang paling top dijual di kedai bakery ini, Paris Mini Baker. Jadi jika anda dalam perjalanan ke utara tanah air, jangan lupa singgah sebentar ke pekan Kampar! - CARI
Alamat:
Paris Mini Baker
2208, Jalan Batu Hijau 1, Taman Bandar Baru 31900 Kampar, Perak |