|
Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Sallleh Said Keruak, mencadangkan kepada pihak kerajaan sekiranya ingin menghapuskan legasi politik yang ditinggalkan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir, Bangunan Berkembar Petronas, KLCC harus dirobohkan.
Reaksi Tun Mahathir berhubung isu itu adalah, tidak harus hanya KLCC sahaja yang dirobohkan, kediaman rasmi Perdana Menteri juga perlu dirobohkan kerana ianya dibina ketika tempoh pentadbirannya.
Termasuk Putrajaya, Cyberjaya, KLIA dan sebagainya, semua pun perlu dimusnahkan!
Menurut laporan Malaysia Kini, dalam satu ceramah mega Amanah di Shah Alam, Tun Mahathir memaklumkan sebenarnya kerajaan bimbang rakyat tidak dapat lupa sumbangannya, namun tegasnya dia tidak pun meminta sesiapa pun mengenang jasanya.
"Adakah mana-mana tempat yang ada nama saya? Tak ada, satu pun tak ada."
"Apalah salah saya? Saya angkat dia jadi Ketua Menteri Sabah dulu masa saya perdana menteri. Tetapi sekarang dia marah kepada saya"- CARI
sumber foto: internet
|
|