View: 4165|Reply: 14
|
Bayaran Perubatan Mesra Rakyat RM1 Dimansuhkan? Ini Jawapan Timbalan Menteri Kes
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, surat pelaksanaan FPP yang kononnya menyatakan perkhidmatan rawatan bersubsidi disediakan Kementerian Kesihatan adalah dimansuhkan telah tersebar meluas melalui media sosial Facebook dan mengundang tanggapan negatif netizen.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya, bagaimanapun menangkis khabar angin itu dengan menyatakan Pelaksanaan Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP) di hospital kerajaan bukan bertujuan untuk memansuhkan perkhimatan rawatan kesihatan bersubsidi.
Menurut Sinar Harian, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya menegaskan fokus perkhidmatan FPP adalah untuk memberi peluang kepada pesakit mendapatkan rawatan pakar selain menikmati kemudahan di wad eksekutif, kelas satu, atau setaraf.
"FPP terarah kepada pesakit yang mampu untuk membayar kos perubatan tanpa subsidi kerajaan. Mereka turut dibenarkan memilih pegawai perubatan pakar selain kemudahan yang diberi bergantung kepada sumber, kepakaran dan fasiliti.
"Namun, pelaksanaan ini tidak akan menjejaskan sama sekali perkhidmatan rawatan bersubsidi di mana bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM1 dan seminimum RM30 sekiranya memasuki wad," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Konvokesyen 2016 Institusi Latihan Kementerian Kesihatan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sultan Azlan Shah semalam.
Tambahnya lagi, FPP diperkenalkan kepada Pegawai Perubatan Pakar bertujuan mengurangkan penghijrahan mereka ke hospital swasta. Manakala, skim gaji merupakan antara faktor utama berlakunya penghijrahan itu.
"Skim gaji memang tak sama sepertimana ditawarkan hospital swasta. Jadi, bagi mengekalkan dan menambahkan pendapatan, kita benarkan mereka uruskan FPP," katanya.
Kepada sesiapa yang tidak tahu kebenaran sesuatu berita atau kenyataan, diminta buat kajian dan siasatan terlebih dahulu. Jangan terlalu cepat melatah dan sewenang-wenangnya memviralkan sesuatu yang boleh beri impak negatif kepada negara. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Klu masuk htaa kuantan tu elok laa amik fpp tu...
Aritu ziarah saudara kat wad 3rd class...seram..toilet pun uzur, kata saudara tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
CARI-MAL replied at 24-10-2016 06:06 PM
Baru-baru ini, surat pelaksanaan FPP yang kononnya menyatakan perkhidmatan rawatan bersubsidi disedi ...
Spt yg dikongsikn di wasap
Berkaitan surat pekeliling kementerian kesihatan msia. Ini penjelasannya.
#TIADA_LAGI_SUBSIDI_PERUBATAN?
Sepanjang hari ini saya telah menerima banyak pertanyaan berkenaan dgn surat seperti di dalam gambar. Surat berkenaan adalah berkenaan perkhidmatan Full Paying Patient (FPP).
Ia menimbulkan panik kononnya selepas ini perkhidmatan hospital kerajaan akan mengenakan bayaran penuh kepada pesakit. Mcm biasa ramai yang mengambil kesempatan demi agenda politik dan tak kurang juga agen insurans yg menakut2kan masyarakat agar membeli insurans.
Sebenarnya perkhidmatan FPP ni sudah agak lama berjalan di sesetengah hospital kerajaan. Ia diperkenalkan agar pesakit yang mahu membayar sepenuhnya kos pembedahan di hospital kerajaan dapat melakukan sedemikan.
Mungkin agak pelik bagi ramai orang mengapa pesakit mahu membayar melalui konsep FPP ini sedangkan perkhidmatan yg disubsidi hampir 95% oleh kerajaan boleh dikecapi mereka.
Dan ramai juga akan berkata, dari bayar doc hospital kerajaan, lagi baik pergi ke hospital swasta. Jauh lebih selesa, berprestij dan cekap.
Jadi kenapa memilih FFP ini? Apa yang ramai tak tahu adalah, ada pakar2 bedah hospital kerajaan yang jauh lagi terer dari doktor pakar di hospital swasta. Malah doktor2 pakar hospital swasta yg ternama juga adalah bekas murid para sifu2 dan mahaguru2 doktor ini yg bermastautin di hospital kerajaan.
Jika anda mengambil pakej FFP ini, anda bebas untuk memilih sifu2/doktor2 tahap dewa ini utk rawat anda secara peribadi kerana anda membayar depa. So surgery mmg akan dilakukan sendiri secara personal oleh pakar yg anda pilih pilih.
Bagi pesakit yg tak mampu bayar, usah risau....pembedahan anda tetap akan dilakukan oleh doktor2 pakar tapi anda tak boleh memilih. Ikut nasib...kalau anda dibedah oleh doktor legend tu untunglah, kalau tak dapat, anda tetap dirawat oleh doktor2 pakar yg cemerlang dan cekap.
Giliran menunggu pembedahan tetap memgikut keutamaan berdasarkan urgency dan emergency sesuatu kes. So tidak ada isu pesakit FFP diberi keutamaan potong que dan mengabaikan pesakit yang tidak mampu.
Disebabkan depa bayar penuh, depa layak lah duduk di dalam wad kelas 1 (itupun jika stabil). Lalu adalah yang akan kata, kami bayar cukai, kenapa kami tak dapat duduk wad kelas 1 tapi yg FFP ni dapat? Jawapannya, hangpa ingat pesakit FFP ni tak bayar cukai ka?
Kenapa sistem perkhidmatan ini diadakan?
Ia adalah usaha kerajaan utk elakkan doktor2 legend ni blah pergi ke swasta. Bagi depa peluang buat duit sikit.
Depa ni kalau gi private gaji depa boleh jadi 5-6X ganda dari apa yang depa dapat sekarang. Tapi depa pilih utk stay kat government.
Tak banyak pun depa dapat dr FFP ni, tapi jadilah dari tak dapat langsung macam sebelum ni.
#Kesimpulan:
1. Sistem FFP ni adalah pilihan. Pilihlah kalau anda mampu. Kan hangpa bising doktor pelatih pasang jarum anda...kalau anda ambik FFP ni, doktor pakar tu sendiri patutnya mai pasang jarum utk anda. Tak mau ka?
2. Bagi pesakit yg tak mampu usah risau, rawatan berkualiti tinggi tetap akan dinikmati oleh anda dengan subsidi melampau (hampir 95%) oleh kerajaan Malaysia.
3. Kalau hangpa marah jugak dgn FFP ni, berkempenlah beramai2 menaikkan gaji doktor agar menjadi setara seperti yang dinikmati oleh rakan2 kami di swasta. Barulah tiada doktor yang lari ke swasta.
4. Kalau takmau tolong kempen naik gaji kami dan tak mau jugak ada FFP ni, belilah insurans dan pergi ke hospital swasta yang anda suka. |
|
|
|
|
|
|
|
Oo..yg ni ka yg org dok p bersalin kt hosp gomen tp service mcm swasta..bgs nih |
|
|
|
|
|
|
|
Satu langkah penghargaan untuk Doktor yang berkhidmat di Hospital Kerajaan. Salute! |
|
|
|
|
|
|
|
La FPP ni da lme la ade..salah 1 hospital yg ade FPP ni kt selayang..cth nk brsalin kt hospital selayang tp nk jd FPP boleh je..boleh pilih pakar yg disenaraikan..pakar tu akn pantau kite dri mengandung smpai bersalin..bilik sorg..besar..tp kne daftar awal |
|
|
|
|
|
|
|
Ex FPP patient hosp putrajaya.. Mmg puas hati.. Syukur alhamdulillah.. Bayar pun taklah mahal mana kalau nak banding dgn private..
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku sokong 100%. pesakit membayar penuh..ini kerana untuk menjamin perkhidmatan yang lebih baik.rawatan yang lebih baik, ubat yanglebih baik, doktor yang lebih perihatin terhadap tugas.
Sudah tiba masanya untuk rakyat malaysia membayar premium insurance untuk kesihatan.
aku cadangkankan wajibkan setiap rakyat malaysia yang berkerja mencarum minimum rm10 sebulan untuk perkhidmatan kesihatan. untuk mendapatkan rawatan terbaik.
|
|
|
|
|
|
|
|
kat area utara ada x skim FPP ni?
sbb google xjumpa list fpp hosp ni
kecuali hosp selayang..hosp putrajaya |
|
|
|
|
|
|
|
HUKM, PPUM, HUSM mmg dh lame ade FPP nie |
|
|
|
|
|
|
|
kadangkala doktor pakar menggunakan waktu untuk merawat pesakit umum (siang working hours) untuk merawat pesakit FPP. pautnya FPP boleh dirawat / temujanji selepas waktu bekerja je
tu yg menyebabkan appointment dengan pakar oleh pesakit umum sampai berbulan2. ni semua bahana FPP... |
|
|
|
|
|
|
|
boleh guna medical card tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Ohh Web ni cukup x uptodate. Tgh sibuk hospital Terbakar, tapi tak de pun kat sini.
Apa raaa. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pakai medical card boleh. Untunglah. Elaun pun dapat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|