CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3932|Reply: 4

Bukan 'Tempat Keluar Darah', JAKIM Jelaskan Maksud Nama Damia

[Copy link]
Post time 14-11-2016 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini kecoh di laman sosial mengenai isu penggunaan nama 'Damia'. Menurut Sinar Harian, isu itu turut membangkitkan perbalahan sehingga ada pihak memperlekehkan kenyataan Mufti Pulau Pinang, Dr Wan Salim Wan Mohd Nor.




Sumber foto: The Reporter




Bahagian Dakwah, JAKIM pula tampil bagi memperbetul kekeliruan yang ditimbulkan beberapa pihak kerana mereka sendiri tidak memahami perkara yang sebenarya.


Menurut JAKIM, nama Damia boleh digunakan cuma diperbetulkan sebutan dan ejaan Arabnya iaitu Damia' atau Damiyak yang membawa maksud baik dan berkat.









Sebutan sebenar hendaklah diperbetulkan kerana tulisan atau ejaan bahasa ini berlainan tafsirannya jika dieja dengan sistem bahasa yang lain. Sebagai contoh, bahasa Arab, Cina atau Jepun, ia akan membawa maksud yang berlainan.


Perkataan Arab yang dieja dalam tulisan rumi tidak membawa sebarang makna kerana bahasa Melayu tidak mempunyai fungsi sama seperti bahasa Arab.


JAKIM menjelaskan bahawa makna sesuatu perkataan akan berubah bila perkataan itu dieja dalam bahasa Arab sahaja. Ini kerana perubahan huruf dan baris memberi maksud yang berlainan dalam bahasa Arab.


Begitu juga mereka yang sama nama tetapi berbeza ejaan. Contohnya nama Muhammad, Mohamed, Mohamad, Mehmech. Apa yang dimaksudkan dan disebut dalam ejaan Melayu itu tetap satu lafaz dan makna yang sama, iaitu Muhammad.


Begitu juga ejaan dalam bahasa Melayu ada yang dibuang huruf hamzah diakhir kalimah. Contohnya Ulama menjadi Ulama'atau Ulamak sama seperti Damia kepada Damia' atau Damiyak.


Penjelasan JAKIM ini memberi kelegaan kepada sesetengah pihak yang memberi nama Damia kepada anak mereka.







Sumber foto: FB Bahagian Dakwah, JAKIM




Jadi, kepada anda yang ada anak-anak bernama Damia, tak perlulah risau lagi mengenai viral maksud nama itu. Tak mengapalah jika ejaan Melayu itu tidak membawa maksud, yang penting kita tahu ejaan arab yang betul dan maksud nama anak. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2016 02:10 PM | Show all posts
editor cari, humban je la thread ni kat post seterusnya di komen psl yg viral surat pjbat agama kes nama Damia.. serabut la thread byk2.. 2-3 org reply pahtu sendu aje.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Jd mufti pulau pinang sila bertangungjawab di atas kegemparan yg anda ciptakan. Org mcm mufti pulau pinang ni yg buatkn islam nmpk sempit dan payah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 06:29 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 14-11-2016 06:31 PM

bagus penjelasan JAKIM ...dan pernyataan surat tu pun boleh diketahui konteksnya...

Mufti tu bereaksi berdasarkan  analisis nama DAMIA  yg dieja seperti DAMIA

cuma yg dia tak bagi tahu  alternative - DAMIYAK ...bubuk 'k'

tapi saya suka penjelasan JAKIM ni lah sebab

dia jelaskan konteks
dan bagi tahu implikasi  mengeja nama asalan arab kepada sistem bunyi - ejaan melayu

dan sebab ini rasanya  juga mengapa dulu ada ahli al quran tak suka  perkataan rumi menggantikan kalimah  kalimah arab ...untuk jangka panjang , tapi kalau setakat nak belajar quran bagi membantu  ada yg khilaf ...

now i know..the context....sebab hal ini  mufti tu barangkali respons pada client - JPN - on pengesahan maksud ...damia as in damia not damiak...??

Sebutan sebenar hendaklah diperbetulkan kerana tulisan atau ejaan bahasa ini berlainan tafsirannya jika dieja dengan sistem bahasa yang lain. Sebagai contoh, bahasa Arab, Cina atau Jepun, ia akan membawa maksud yang berlainan.

>>> ni betul ....yups....


Perkataan Arab yang dieja dalam tulisan rumi tidak membawa sebarang makna kerana bahasa Melayu tidak mempunyai fungsi sama seperti bahasa Arab.

ni i  ??? i tak faham .....hmm? maksudnyakeadaan nama tu sekarang  jadi lebih okay atau tidak okay ni ??? alamak  tak ada makna langsung pulak, ke sekarang ni ?

JAKIM menjelaskan bahawa makna sesuatu perkataan akan berubah bila perkataan itu dieja dalam bahasa Arab sahaja. Ini kerana perubahan huruf dan baris memberi maksud yang berlainan dalam bahasa Arab.

>>ini betul sebab kita dalam sistem bahasa itu ada rules dia  yups  ini logik...


Begitu juga mereka yang sama nama tetapi berbeza ejaan. Contohnya nama Muhammad, Mohamed, Mohamad, Mehmech. Apa yang dimaksudkan dan disebut dalam ejaan Melayu itu tetap satu lafaz dan makna yang sama, iaitu Muhammad.

>.oh jadi kena sehampir mungkin  bunyi - ejaan dan seterusnya menghampiri makna dalam bahasa arab lah ye...okay....its - grapheme - morpheme  - pohoneme.


Begitu juga ejaan dalam bahasa Melayu ada yang dibuang huruf hamzah diakhir kalimah. Contohnya Ulama menjadi Ulama'atau Ulamak sama seperti Damia kepada Damia' atau Damiyak.


>>sebab tu i hairan kenapa DBP pi buang tanda extra linguistik  yg dulu  digunakan liek e pepet  nak bezakan e pepet and taling ...sedangkan bahasa negara maju  pun kekalkan tanda tanda extralinguistic ...????
hey cool issues pulak ni ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 06:33 PM | Show all posts
paling baik tak yah fancy - i suka nama simple je but meaningful. Hana, asma' , A' isyah , Safiyyah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.039157 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list