Penyanyi latin terkenal dan seksi, Ricky Martin akhirnya mengumumkan pertunangannya dengan seorang artis lelaki Arab-Swedish yang bernama Jwan Yosef.
Dia membuat pengumuman itu ketika ditemuramah dalam program The Ellen DeGeneres Show baru-baru ini.
Malah, penyanyi Livin' la Vida Loca itu tanpa malu dan segan bercerita bagaimana gemuruhnya dia ketika ingin 'merisik' teman lelaki itu untuk bertunang dengannya.
"Saya yang merisik. Saya berasa sangat gemuruh, dan ketika melutut kepadanya, saya bukan berkata 'kahwinilah saya' sebaliknya saya berkata 'saya ada sesuatu untuk awak'"
"Saya berkata lagi, saya mahu menghabiskan hidup ini dengan awak.." cerita Martin kepada para penonton ketika itu.
Ricky juga mengakui jatuh cinta dengan artis kelahiran Syria berumur 32 tahun itu lebih setahun lalu selepas tertarik dengan lukisan konseptual miliknya.
Sebelum ini, kedua-duanya telah memaparkan hubungan intim mereka menerusi laman sosial sejak bulan Mac lalu, malah pernah hadir di karpet merah bersama-sama pada bulan berikutnya di Sao Paulo. - CARI
Sumber foto: Carian google
|