|
Bukan semua wanita memahami tentang payudara mereka sendiri. Buktinya, fakta yang ditulis di bawah bakal membuatkan ramai di kalangan wanita terkejut.
Memetik laman Cosmopolitan, berikut merupakan fakta yang sering tidak diketahui ramai wanita tentang payudara mereka!
1. Wanita sering menatap payudara sesama wanita lainnya. Mungkin anda yang tak biasa dengan fakta ini, jangan terkejut wanita lain sedang memandang payudara anda.
2. Lebih dari 50 peratus wanita menggunakan bra dengan ukuran yang salah. Ini boleh menyebabkan rasa tak selesa dan kecederaan pada payudara.
3. Puting juga boleh mengalami orgasme dan ia dikenali dengan istilah nipple-gasme. Ketika puting dirangsang, otak akan melepaskan hormon oksitosin yang membuatkan vagina terangsang dan akhirnya anda orgasme.
4. Puting wanita terdiri daripada beberapa bentuk iaitu normal, mendatar, besar dan masuk ke dalam.
5. Anda perlukan krim untuk melembapkan kulit bahagian puting kerana ia merupakan area yang kering.
6. Ketika datang bulan, payudara menjadi lebih besar dan sensitif.
7. Ada survey yang dijalankan pada tahun 2013, kebanyakan wanita yang melakukan pembedahan payudara adalah berasal dari masyarakat kelas menengah.
Foto: Carian google
8. Berat payudara boleh mencapai sehingga 9 kg! Manakala, bra yang dijual di pasaran hanya boleh menampung separuh berat dan ukuran payudara itu.
9. Tidur meniarap boleh mengubah bentuk payudara. Untuk mengelakkan ia terjadi, letakkan bantal di bawah payudara agar ia tidak 'kepet'. - CARI |
|