Jamal menyifatkan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan Datuk Mohamed Azmin Ali sebagai 'tidak selamat.' Ekoran itu, Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos melancarkan Bersih 7 Selamatkan Selangor.
Sumber foto: The Star Online
Menurut Jamal, jelajah itu akan bermula Sabtu ini, sekali gus menjadikan Sekinchan sebagai lokasi pertama jelajah tersebut yang dijangka berakhir April tahun hadapan.
Dalam masa sama, Jamal menjelaskan pemilihan nama program itu adalah untuk menunjukkan kepada rakyat definisi sebenar 'bersih' terutama di Selangor susulan perhimpunan Bersih 5 tempoh hari yang disifatkannya gagal.
Sumber foto: Free malaysia Today
"Ia berdasarkan tujuh perkara yang kami tuntut dan kita ambil nama bersih (Bersih 5) yang telah gagal supaya nama bersih ini benar-benar 'bersih'.
"Kita nak bersihkan kerajaan Selangor yang kotor, korup, menipu dan penyamun ini," katanya kepada Astro Awani.
Sebelum itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Jamal sebagai kotor dan busuk. Jamal bagaimanapun tidak peduli dengan kenyataan tersebut.
"Tetapi orang sebelah saya kata saya sentiasa wangi, rakan-rakan media selalu rapat dengan saya, mereka tak pernah merungut.
"Saya sebulan pun tak mandi tetapi kerana jiwa, hati saya ini bersih dan murni, segala kekotoran yang ada pada luaran saya akan dibersihkan daripada dalaman saya," ujarnya. - CARI |