CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7929|Reply: 48

Setelah tewas di DAA2, Syura teringin cuba nsib di GV pula???

[Copy link]
Post time 4-12-2016 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Penyanyi Syura Badron mengakui berasa kecewa apabila tersingkir pada konsert ketiga program realiti Indonesia D'Academy Asia musim kedua yang berlangsung di negara itu.

Syura atau nama sebenar Zuraidah Badron, 30, berkata, dia gagal memberi persembahan terbaik pada dua konsert terdahulu akibat masalah kesihatan.

"Saya kecewa kerana berdepan masalah kesihatan pada konsert pertama apabila saya tiba-tiba sesak nafas dan terkena asma sehingga dibawa ke hospital.

"Pertandingan tersebut memang membuatkan saya tertekan dan kurang rehat, lagi pula ini ada pertama kali saya memasuki pertandingan. Saya juga mengaku agak lambat serasi dengan pentas pertandingan tersebut," ujarnya kepada mstar Online.

Syura tersingkir pada konsert ketiga pada 25 November lalu selepas mendapat markah terendah dalam kumpulannya.

Dalam pada itu, Syura berkata, harapan terlalu tinggi terhadapnya juga menjejaskan perspektif juri mengenai persembahannya.<

"Saya juga tertekan bila mereka mengjangkakan saya seorang penyanyi popular dan berpengalaman di Malaysia.

"Saya memang ada enam album tapi ia tidak bermakna saya sudah cukup bagus dalam nyanyian, jadi mereka sering mengharapkan saya tampil di pentas dengan sempurna," ujarnya.

Antara barisan juri yang menilai program realiti tersebut ialah Ifa Raziah (Malaysia) Kun Yee (Thailand) dan Ivan Gunawan (Indonesia).

Bagaimanapun, Syura berkata, dia terharu apabila pertama kali mempunyai kelab peminat yang ditubuhkan oleh peminatnya di Inodnesia.

Syura berkata, dia sedih diumumkan tersingkir ketika peminat-peminatnya yang jauh hadir memberi semangat pada malam konsert berkenaan.

"Saya terharu ada beberapa peminat yang sudi menubuhkan kelab peminat Syura Badron semata-mata untuk menyokong saya dalam program itu.

"Mereka sanggup datang dengan membuat baju dan banting menyokong saya, malangnya pada hari itu juga saya tersingkir. Namun saya harap mereka terus menyokong kerjaya saya sebagai artis," ujarnya.

Sementara itu, Syura berkata, dengan pengalaman tersebutt dia sudah bersedia untuk bertanding pada program realiti Gegar Vaganza pada musim hadapan.

Dia berharap dapat diberi peluang untuk mencuba nasib bagi mengembalikan namanya dalam industri hiburan tanah air.

"Saya dapat tawaran untuk uji bakat pada program Gegar Vaganza musim ketiga ini tapi ketika itu saya ada peperiksaan dan tidak dapat hadir.

"Saya harap sangat dapat diberi peluang sekali lagi untuk memasuki pertandingan berkenaan pada musim hadapan," ujarnya.

Sumber berita: mStar Online

http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... syura-badron-gagal/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2016 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheols status perkahwinan mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2016 01:45 PM | Show all posts
cicicumel replied at 4-12-2016 01:35 PM
Sheols status perkahwinan mcm mana?

dah bercerai.. bagus juga klau dia nie join GV 4.. lgpun kwn baik dia nana pun memang sejak jadi juara GV show pun lebat..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2016 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian Elyana.

Kan iols udah bilang @beta_carotene
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2016 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Diva puk puk la ni asyik sbut dia penyanyi popular
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2016 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
So da tak jadi chef?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2016 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Die ni mcm nana kwen mude dan bcerai pun mude..sore die biase..di kenali tp tkde ape yg wow psl syura nie..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2016 02:03 PM | Show all posts
dah den kobar dulu syura oii

ekau dok downgrade level ekau poie kek DAA perabih boreh  jo.

sepatutnyo ekau saba dulu tunggu GV4 . ini kan malu dokek oghang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2016 02:10 PM | Show all posts
ni syura mne ek, yang masuk masterchef tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2016 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang nyanyi lagu Gantung tu ke??
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2016 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas menang mastercep dia cerai kan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2016 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
"Saya juga tertekan bila mereka mengjangkakan saya seorang penyanyi popular dan berpengalaman di Malaysia.

"Saya memang ada enam album tapi ia tidak bermakna saya sudah cukup bagus dalam nyanyian, jadi mereka sering mengharapkan saya tampil di pentas dengan sempurna," ujarnya.

Ermmm..bukan ke thats also requirements for GV??
Nak juri n penonton expect u nyanyi buruks, itu AF lerrr...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2016 02:58 PM | Show all posts
kalau dia buat sapa 10 album pun,... bg iols dia tetap biasa2 je.. sori.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2016 03:06 PM | Show all posts
esteryen replied at 4-12-2016 02:38 PM
"Saya juga tertekan bila mereka mengjangkakan saya seorang penyanyi popular dan berpengalaman di Mal ...

itu dia refer masa dia dkt DAA2, bukan untuk GV
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2016 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Xyh la suara klon ct... pepun dia lebih cntik drpd ct nana
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2016 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
cicicumel replied at 4-12-2016 03:09 PM
Xyh la suara klon ct... pepun dia lebih cntik drpd ct nana

Alaaa suka syura... hopefully asmidar pun join juga... dgn elyana.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2016 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheols ni bgus... Antara klon ct yg berjaya... Pnh msuk ajl,menang aim kalo x silap
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2016 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheols ni bgus... Antara klon ct yg berjaya... Pnh msuk ajl,menang aim kalo x silap
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2016 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
nazrul90 replied at 4-12-2016 03:06 PM
itu dia refer masa dia dkt DAA2, bukan untuk GV

yup, I faham dia maksudkan kat DAA2 tapi bukan ke kalau dia nak join GV, kiranya GV ni pentas for penyanyi n otai2 yg once upon a time glamer n boleh nyanyi ngan best2 to make a comeback?

Kalau dia nak join GV tapi expect the juris n audience jangan expect good performance frm dia, yg dia bukan boleh nyanyi best, buat apa dia nak join? Jangan bazir peluang tu, bagi kat penyanyi yg boleh give good performance.

Kalau takat nak perform cincai, rasanya even AF pun dia susah nak lepas audition
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2016 05:26 PM | Show all posts
sesuai kalau dia masuk GV4 sebab dia versatile. boleh nyanyi ballad, tradisional, pop dan dangdut.

Penawar Rindu yg dia nyanyi kat DAA2 pun best.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.244384 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list