CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6131|Reply: 51

Wang KWSP Didakwa Hilang, Rupanya Sudah Dikeluarkan

[Copy link]
Post time 8-12-2016 10:49 AM | Show all posts |Read mode
Foto: www.freemalaysiatoday.com


Susulan  berita mengenai kehilangan simpanan pesara perkhidmatan awam, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendapati wang itu sudah dikeluarkan pada 1990 dan 1993.


Dalam kenyataanya, KWSP menyatakan yang pihaknya telah melakukan penyiasatan berikutan laporan sebuah akhbar harian Melayu yang melaporkan dakwaan pesara kerajaan mengenai kehilangan simpanan KWSP beliau.


Ini termasuk melawat pesara berkenaan di kediaman beliau dan mendapatkan cap jari untuk pengesahan.


"Berdasarkan siasatan dalaman kami, kami boleh mengesahkan cap jarinya sama dengan rekod pendaftaran ahli KWSP serta borang permohonan pengeluaran KWSP," katanya kepada mStar Online.


KWSP juga sudah mengesahkan cap jari itu sama dengan cap jari pada cek yang ditunaikan utnuk pembayaran pengeluaran pada 1990 dan 1993 berjumlah RM8199.71.

"Kami ingin memberi jaminan kepada ahli KWSP iaitu adalah menjadi tanggungjawab teras kami untuk melindungi simpanan persaraan ahli."


Semua ahli digalakkan untuk menyemak dengan cawangan KWSP berdekatan untuk sebarang pertanyaan mengenai butiran akaun mereka.


Ahli juga boleh mendaftar i-Akaun untuk mengetahui perkembangan akaun KWSP dengan mudah. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2016 10:51 AM | Show all posts
hahahaha..

maafin la pokcik nyanyok..


dengan xsiasatnya terus panggil wartawan..viral..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
ronapink replied at 8-12-2016 02:51 AM
hahahaha..

maafin la pokcik nyanyok..

nanti lagi 3 tahun repeat lagik kata duit kwsp hilang
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 10:56 AM | Show all posts
Buat malu je pakcik ni.
Rupa2nya duit dah habis belanja.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 10:57 AM | Show all posts
gigahertz replied at 8-12-2016 10:54 AM
nanti lagi 3 tahun repeat lagik kata duit kwsp hilang

nyanyuk dia kembali selang 3 tahun ye..

anakcucu desak minta duit kat dia kut ..

keluar duit bg ke anak cucu, dia xpakai duit tu, sbb 2 dia ingat dia xkeluarkan duit tu lagi
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 11:02 AM | Show all posts
sejak tahun 90an sehingga sekarang xkanla pokcik ni tak pernah check balance dia
takkan tahun 2016 baru nak terkezut

jadila macam aku tiap2 bulan check balance kat i-akaun, (mode kiasu)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2016 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
adoii la pakcik. ke dulu keluar tanpa rela sebab anak mintak? sekarang nak pakai dah abis
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 11:20 AM | Show all posts
kesian pakcik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2016 11:21 AM | Show all posts
so sape kene merangkak ni..hr tu kemain kecam kwsp..


Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 11:22 AM | Show all posts
pkcik kena pukau ke smpai xigt ade kuaukan kwsp tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 11:27 AM | Show all posts
lupa lah tu... tak pasal2
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 11:28 AM | Show all posts
tak pasal2 netizen mencerca kwsp
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 11:31 AM | Show all posts
Pesara kerajaan biasanya memang takda KWSP.
Mereka dapat pencen and gratuti je.
Kalau dah amik duit KWSP tahun  1990 & 1993,
memang duit yang selebihnya akan diserapkan
ke dalam gratuti.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 11:31 AM | Show all posts
haha..cian pakcik..perasan ade duit lg..msti terfikir nk korek duit mana aritu
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 11:40 AM | Show all posts
la siannya pakcik, kan dpt malu dah... ni msti time keluarkan x bgtau anak bini... pastu buat sengap
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 11:44 AM | Show all posts
adoiiiii..pokcik oi...
suda lupa kaa ..
siannnn.. hancur harapan nk dpt duit lagikkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2016 11:47 AM | Show all posts
hampa anak menantu hantu pocit..
entah-entah masa keluar dulu pun mereka punya kerja..
amik cap jari masa pocit tido ke..
tu pasal pocit tak ingat dia keluar duit bila..




#sarungkneepad
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni asalnya kisah si fasik membawa berita ke ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 11:56 AM | Show all posts
hrp2 pakcik tu ingat kembali dia gunakan duit tuutk buat apa.

myb dia gunakan utk org lain (anak cthnya) dan dia x rasa duit joli jadi dia x ingat dh bila masa dia keluarkan duit tu. duit habis utk benda yg dia x leh rasa penat lelah, sb tu dia lupa kot...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 11:58 AM | Show all posts
Kesipuan diri sendiri akhirnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.067028 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list