Ketika melintas jalan, jangan terlalu sibuk bermain telefon bimbit sebaliknya berikan lebih perhatian ke atas anak agar kemalangan yang tidak diingini dapat dielakkan berlaku.
Menurut portal On.CC Hong Kong, seorang wanita dari Hong Kong membawa anaknya yang berusia tujuh tahun bersiar-siar di luar rumah, namun si ibu dikatakan sibuk dengan telefon bimbitnya, ketika melintasi jalan pun langsung tidak memimpin tangan anaknya.
Akibat itu, anaknya dilanggar oleh sebuah kereta yang bergerak lanju sehingga tercampak sejauh 2 meter dan cedera parah terbaring di jalan.
Menurut saksi, ketika kejadian, ibu kepada budak malang itu asyik menunduk kepalanya dan tumpu pada telefon bimbitnya, langsung tidak memberi perhatian kepada kereta yang bergerak dari belakang anaknya sehinggalah terjadinya kemalangan itu.
Bomba yang kebetulan melalui kawasan terbabit, difahamkan segera memberi bantuan kecemasan kepada budak itu dan kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.- CARI
Post time 23-12-2016 06:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
benda kalau boleh cegah, cegahlah..dh jadi nk nyesal pun x guna dah..apa pnya mak lah..lintas jalan pun x reti2 lg nk pimpin tngan anak tu..jgn kata umo 7 tahun, kot 17 tahun pun elok pimpin jugak..bnda kalau nk jadi bukan bole ramal..
orang asian ni memang kat mana jalan mesti pndang hp...kalo baca kindle pon....leh tgu kot....xpayah la sambil jalan
tapi kebanyakan nya duk layan wassap tgk ig...jalan x pndang depan......rasa nak buat pedajal, bagi kaki, padan muke jatuh terseradung.......tp xpe la aku baik orangnya
Post time 24-12-2016 04:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Seramnya.. Iols dulu masa umur 9 tahun pernah kena langgar moto depan sekolah masa balik..
Terpelanting.. Pengsan sekejap.. Sedar2 dh ada kt klinik.. Nasib xde cedera teruk just Parut kt muka.. Tp iols rasa effectnya sampai skrg.. Lps accident tu iols kerap kena panic attack..
Post time 26-12-2016 12:48 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Apa nak heran..Adik Kawan aku phone tu jahit kat tangan, sanggup kurung diri sehari suntuk dlm bilik xpedulik anak2 dia yg kecik kelaparan..Anggap budak2 tu mcm anak ayam kot, pandai2 la cari makan