WASHINGTON:Amerika Syarikat (AS) meluluskan penggunaan ubat yang dirumus khusus untukmeningkatkan keinginan seks wanita, pil yang lebih dikenali sebagai 'viagrawanita' tetapi akan dijual dengan nama Addyi.
Juga dikenali sebagaiflibanserin, ubat itu yang dikeluarkan Sprout Pharmaceuticals, North Carolinadisasarkan kepada wanita pra-menopaus yang sudah hilang keinginan terhadapseks.
"Kelulusan ini akan membantu wanita yang tertekan kerana sudahdingin terhadap seks menerusi opsyen rawatan yang sah," kata Janet Woodcock,pengarah Pusat Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA), Jabatan Penyelidikan danPenilaian Ubat.
"Sebelum kelulusan dikeluarkan terhadap Addyi, tiadarawatan yang diluluskan FDA untuk mengatasi masalah lemah syahwat dalamkalangan wanita dan lelaki," kata FDA dalam kenyataan itu.
Mengikut FDA,masalah dingin seks dalam kalangan wanita yang sebelum itu adalah aktif,menyebabkan tekanan dan masalah dalam perhubungan. Pil itu tidak boleh diambilbersama minuman beralkohol dan hanya dijual di farmasi yang dibenarkan keranapil itu mendatangkan tindak balas serius dengan alkohol sehingga mengundangrisiko pengsan dan tekanan darah rendah. - AFP
Petikan Berita Harian Online 19 Ogod 2015
Untuk alternatif natural lain berkaitan rawatan masalah dingin seks dan kurang nafsu dikalangan wanita, VIDEO TESTIMONI WANITA ini boleh dijadikan panduan bagi anda khususnya para wanita/isteri yang memerlukan bantuan.