CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1979|Reply: 19

Mahkamah Benarkan Passport Vida Dipulangkan Sementara

[Copy link]
Post time 30-12-2016 05:30 PM | Show all posts |Read mode


Bagi membolehkan berurusan ke luar negara termasuk menunaikan umrah, Mahkamah Seksyen siang tadi membenarkan permohonan jutawan Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali Datuk Seri Vida untuk dapat sementara pasportnya.


Ketika mengemukakan permohonan itu, peguam yang mewakili Vida, Khairilazwar Khalil memaklumkan anak guamnya akan ke Bangkok, Thailand pada 3 Jan; Guangzhou, China pada 16 hingga 22 Jan serta menunaikan umrah pada 26 Jan hingga 3 Feb dalam prosiding sebutan semula kes sebentar tadi.


Namun demikian, memetik laporan Astro Awani, Hakim Murtazadi Amran mengarahkan Datuk Seri Vida agar pasport itu mesti diserahkan semula kepada mahkamah selewat-lewatnya 6 Februari 2017.


Sementara itu, mahkamah menetapkan 9 dan 10 Mac depan untuk tarikh perbicaraan bagi 16 pertuduhan gagal membayar GST berjumlah kira-kira RM4.2 juta selepas Vida mengekalkan pengakuan tidak bersalah.


Jutawan kosmetik itu didakwa melakukan kesalahan itu di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian GST, Wisma Kastam, No 1 Jalan Tun Razak di sini sejak April 2015 hingga Julai 2016.


Mengikut Seksyen 41 (7) Akta GST 2014, jika sabit kesalahan, pertuduhan itu boleh membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.- CARI

sumber foto: http://assets.nst.com.my/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2016 05:33 PM | Show all posts
xde bc doa org teraniaya depan camera lg ker..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow banyak tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 05:37 PM | Show all posts

gst tu dah dicharge atas pelanggan.... so takyah nak gebang gomen rampas duit ke apa...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasal Vibadak yg penting diri ne la kerajaan kurang dana nak buat infra dan prasa utk rakyat !!! Cilakak punya Vibadak kapitalis
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak berdoa kat mekah ke apa? Duit banyak bayar jela daripada kena penjara lagi kesian
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2016 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Hai.... ada ati gak nak merambu ramba. Suruh ler 'management' lain dalam kompeni pergi. Umrah buleh buat bila2 apa
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 07:26 PM | Show all posts
formula akak

GST 6% = RM 4.2 juta

total sales = 100% = RM 70 000 000

total sales = 106% =74 200 000

margin profit founder katakanlah 10% = dapat RM 7.4 juta

RM 7.4 juta life style bungalow rm 20 juta?

dato alif syukri xsilap akak antara terbanyak bayar tax.

cerdik dato alif ni.. respect his attitude.  hope boleh berguru dengan dato alif  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2016 08:12 PM | Show all posts
byk produk kecantikan ntah apa2 nie BERACUN........
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Gi thailand n china amik produk in bulk ke tu ??
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 08:34 PM | Show all posts
kental Datuk kental


bukan kenntel berkerak dlm forum


kental !!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 replied at 30-12-2016 08:31 PM
Gi thailand n china amik produk in bulk ke tu ??

Produk dia beli bulk di china katanya kan. Boleh jadi
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
patutlah dia yg spesis rso tapi tak pernah tunjuk 'kilang-kilang' dia. nun jauh di siam & china rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia xyah pakai quputeh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pyropura at 30-12-2016 10:46 PM

Latin Vida ni mesti cina Dapig, sebab tipu cukai   @deezeck  @penasihat
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 10:46 PM | Show all posts
orang kaya takkan mahu hilang sesen pun wang diaorang walaupun wang tu bukan milik dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2016 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pyropura at 30-12-2016 10:50 PM
MarryPottet replied at 30-12-2016 09:50 PM
patutlah dia yg spesis rso tapi tak pernah tunjuk 'kilang-kilang' dia. nun jauh di siam & china rupa ...


Kosmetik2 Mulayu memang depa beli timbang kilo pakai tong dari china nun, sampai sini re packing aje ...  
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 30-12-2016 07:26 PM
formula akak

GST 6% = RM 4.2 juta

Mustahil profit founder 10% jah. Kalau tengok krim timbang kilo tu kos sebelas singgit dua jah. Bekas/kotak pun murah je. Total kos 1 produk tak sampai rm10 pun. Jual 1 set qu puteh tu beratus. Kalau profit dia 500% pun aku percaya
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 11:10 PM | Show all posts
armin replied at 30-12-2016 11:00 PM
Mustahil profit founder 10% jah. Kalau tengok krim timbang kilo tu kos sebelas singgit dua jah. Be ...

kita nampak kos produk je, kos marketing? kos pekerja? kos packaging? kos transportation? logistik? kos gst? kos niaga syok sendiri lepas tu produk letak bawah katil? kos customer return produk?
kita nampak orang naik bmw mercedes ferrari, tapi di sebalik belakang tabir kita tak tahu kesusahan orang itu keja keras siang malam nak dapat kan.

mustahil profit founder 10% je? itu anggaran akak. sbb bagi akak logik matematik. niaga ni kena ada KPI boleh di kira.

contoh :

aku ingin bisnes kembang sehingga kaya?
>> kaya tu tiada KPI..

aku ingin bisnes kembang sehingga 10 buah kedai kosmetik >
>> KPI nya 10 buah kosmetik.

setiap benda mesti ada KPI supaya dapat dirasionalisasikan.

bukan minyak masak je menteri kena rasionalisasikan..

KPI pun sama..

sorry , kak sharing je. sbb kak tak pandai kosmetik, sebab kak keturunan pakistan original beauty



Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 11:51 PM | Show all posts
MarryPottet replied at 30-12-2016 09:50 PM
patutlah dia yg spesis rso tapi tak pernah tunjuk 'kilang-kilang' dia. nun jauh di siam & china rupa ...

bukan kat ipoh je ke kilang oem ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.448042 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list