View: 1690|Reply: 5
|
Luar Biasa, Bayi Berkepala Dua Raih Perhatian Dunia
[Copy link]
|
|
Kelahiran unik bayi berkepala dua di Mexico telah mencuri perhatian dari seluruh dunia.
Bayi lelaki tersebut telah menjadi tular sejak videonya dikongsikan dalam laman media sosial baru-baru ini.
Dalam rakaman tersebut kelihatan seorang jururawat sedang memegang bayi berkenaan dengan keadaan tiub dipasang melalui hidung di kedua-dua kepalanya.
Menurut laporan Daily Star, pihak perubatan di Mexico enggan mengulas lanjut tentang kes kelahiran luar biasa itu tetapi mengesahkan ibu dan bayi berkenaan dalam keadaan stabil.
Difahamkan, pihak hospital juga masih memikirkan beberapa perancangan terhadap bayi itu.
Kelahiran bayi tersebut berlaku di bandar Ciudad Juarez pada minggu lalu dan hanya berlaku sekali dalam setiap 100,000 kelahiran. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat kembar pompuan yg mati lepas operation tu. Sampai besar berkongsi 1bdn. Sedih lak. |
|
|
|
|
|
|
|
kuasa Allah itu memang tidak dapat disangkal, semoga dipermudahkan urusan..comel babynya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|