CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9666|Reply: 49

Lelaki Ini Dedahkan Tentang 10 Nikmat Berkahwin Dengan Gadis Morocco

[Copy link]
Post time 16-1-2017 11:32 AM | Show all posts |Read mode






Perkahwinan campur sudah lama wujud sejak berabad-abad lamanya. Kahwin campur terbahagi kepada tiga kategori iaitu kahwin campur antara kaum, kahwin campur antara negara dan kahwin campur antara agama.



Mungkin ada di kalangan ahli keluarga, saudara-mara atau rakan-rakan kita yang berkahwin dengan warga asing. Kebiasaannya rakyat Malaysia yang berkahwin campur gemar memilih pasangan hidup dari negara Jepun, Arab, China, Indonesia, Thailand, Bangladesh, Pakistan, Nigeria, Amerika, Jerman dan beberapa negara lagi.


Tetapi amat jarang kita mendengar rakyat Malaysia berkahwin dengan warga Morocco yang mana merupakan sebuah negara yang terletak di Afrika Utara. Kenapa agaknya ya?


Mungkin selepas ini rakyat Malaysia terutamanya kaum lelaki akan "berubah selera" selepas membaca pendedahan dari seorang Trader terkenal dari Malaysia yang di kenali sebagai Encik X. Mari kita baca apakah antara pengalaman menarik Encik X selepas berkahwin dengan gadis Morocco.


10 perkara menarik jika berkahwin dengan gadis Morroco


1. Isteri saya seorang gadis Moroko. Umur 27 tahun. Kami tinggal di Malaysia sebaik saja saya menikahinya. Beza usia dgn saya hampir 15 tahun. Di Moroko, gadis berkahwin pada usia 27 tahun di kira sudah lewat. Secara purata mereka berkahwin pada usia 21 hingga 25 tahun.


2. Mereka bermazhab Maliki. Batal air wudhuk tidak sekerap kita yang bermazhab Syafie. Ini kerana di sana kurang air. Bapa mertua saya amat hairan bila tengok saya kerap mengambil wudhuk semasa saya di sana.


3. Gadis Morocco boleh di katakan daripada 10 org, 8 daripadanya jelita. Sesetengahnya bermata biru.


4. Saya membelanjakan hanya RM4000 untuk melangsungkan perkahwinan di sana. Jika saya buat majlis makan-makan sempena perkahwinan di sana pun, saya hanya perlu belanjakan RM10,000 sahaja. Jauh lebih jimat berbanding di Malaysia.


5. Gadis Morocco sebenarnya berminat juga dengan jejaka luar. Ini kerana jejaka Morocco jenis suka lepak kedai. Jadi, peluang terbuka untuk jejaka luar menjadikan mereka sebagai isteri.


6. Untuk menjadi sebahagian daripada mereka, ibu bapa gadis tidak sewenang-wenangnya menerima orang luar. Kecuali jika ada introducer yang mereka kenali.


7. Secara purata, kehidupan di Morocco bukanlah mewah sangat. Mereka hidup biasa-biasa sahaja seperti kita di Malaysia. Saya memberikan mertua saya RM300 sebulan.


8. Saya tidak kerap pulang ke Morocco membawa isteri saya pulang berjumpa ibu bapanya. Kami hanya terbang ke Morocco setahun sekali sahaja.


9. Di Morocco, ibadah korban umpama wajib. Mereka korbankan binatang seekor seorang. Bukannnya seekor binatang dibahagi bahagian dengan berkongsi bayar seperti di Msia. Ini kerana harga binatang di sana sangat murah. Mereka hairan kerana di Malaysia, kita berkongsi bahagian dan tidak semua orang berkorban secara individu seperti mereka.


10. Secara ringkas, saya boleh katakan gadis Morocco mempunyai ketaatan yang tinggi terhadap suaminya. Hidup saya dengan gadis Morocco ini tidak menjadikan saya tertekan kerana kos hidup di sana juga tidak tinggi serta kehidupan mereka yang biasa hidup dalam keadaan sederhana.


Artikel ini mungkin mengundang ketidakpuasan hati di kalangan gadis tempatan selepas membacanya, namun janganlah ambil serius pula kerana ia hanyalah sekadar perkongsian pengalaman individu tersebut.


Penulis percaya jika kita ingin senaraikan kenikmatan berkahwin dengan gadis tempatan, satu hari pun tak habis. Tak percaya? Lagu dibawah ini ada jawapannya, jom layan. - CARI






*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2017 11:36 AM | Show all posts
dah jodoh dia dgn org morocco.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
moloko.. sing it back
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 11:40 AM | Show all posts
Tipulah..sebenarnya isteri dr indon yg terbaik kabomm..klu isteri dr indon mgkin ada lebih dari 50 lagi sebab menarik












Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
MRX replied at 16-1-2017 11:40 AM
Tipulah..sebenarnya isteri dr indon yg terbaik kabomm..klu isteri dr indon mgkin ada lebih dari 50 l ...

Ini tunggu Trisna RM5k jawab.. Sah2 benda pertama dia nak cakap adalah wanita Indon jaguh ngeseks kakaka..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 11:57 AM | Show all posts
baru google Morocco punya orang... cantik molek.. patot la bangga sangat...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2017 12:00 PM | Show all posts
kazen kak nah kahwin orang jepun. sopan sangat wife dia.. tahun pertama jalan kepit2 macam orang jepun pakai kimono tu. lepas hari2 kena barangan buatan malaysia, terus jalan normal.

hebat kazen akak kejakan wife dia
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
boss aku kawen dgn lelaki morroco, handsomenye lah anak dia. mata biru. Jamu Morocco
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2017 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak.Nah.Bosan replied at 16-1-2017 01:30 PM
kazen kak nah kahwin orang jepun. sopan sangat wife dia.. tahun pertama jalan kepit2 macam orang jep ...

tetiba teringat bunyik rengekan org jepun yg ala2 birah maria orizawa ni...  
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 12:19 PM | Show all posts
bg ak biasa2 je ape yg dsenaraikan tu. xde wow sgt. cuma beza, lawa cantik bermata biru.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 12:25 PM | Show all posts

teringin nak jejak kaki kat casablanca. dulu selalu tengok pasal kehidupan orang moroko kat jejak rasul masa bulan posa
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 12:47 PM | Show all posts
Mungkin dia bernasib baik dapat family wife yang tak berkira.  Ada sorang kenalan dari Morocco dia  sendiri pun tak shorkan untuk kawin wanita sana.  Sebab sesetengah family sana mengamalkan semua perbelanjan akan ditanggung si suami bukan belanja untuk bini saja malah untuk semua ahli keluarga bini.  Contoh kalau beli bag LV utk bini kena belikan bag yang sama untuk mertua dan adik beradiknya yang lain sama.  Lama2 mau bangkrup katanya.  Disebabkan ni heols cari bini Jepun jimat belanja.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Selain #9, yang lain bukanlah isi-isi penting atau nikmat2 menarik... lebih kepada sudah nasib engkau beekahwin dengan gadis moroko...

Bosan, nextttt
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 01:23 PM | Show all posts
nasib dan rezekilah ni bro
untunglah ko dapat gadiz MOROCCO yang taat- ko buat sujud syukur tak bro?
tapi tak bermakna semua gadis tempatan tak taat
ramai je aku tengok yang taat
cuma jumpa tak jumpa je
maybe kat kepulauan atau di tepian pantai
who knows?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 01:51 PM | Show all posts
tp sungguh weii segak2 depa
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kahwin dengan mana2 bangsa pun ada pro & cons nya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2017 02:43 PM | Show all posts
terbukti, lelaki melayu gah di negara luar
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko kata je La Ko nak yg low maintanent.... nak yg bg nafkah rm50 je sebulan...  ape yg ditekankan ialah belanja murah ,,
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko kata je La Ko nak yg low maintanent.... nak yg bg nafkah rm50 je sebulan...  ape yg ditekankan ialah belanja murah ,,
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 05:10 PM | Show all posts
Siapa Encik X? Kaum kerabat acik Hassanah jugak ke ni? Musykil...


Btw, ni kisah lama. Dah pernah baca.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.385662 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list