CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4783|Reply: 56

[Tempatan] Lagi foto lelaki panjat ‘Ipoh’ tersebar di Instagram

[Copy link]
Post time 16-1-2017 11:49 AM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR, 15 Jan ― Selepas reda kontroversi sekumpulan anak muda memanjat papan tanda “IPOH”, kini muncul pula seorang lelaki yang berbuat demikian.
Bezanya, perkataan IPOH yang didaki pemuda terbabit, seperti dipaparkan di Instagram, kelihatan diambil di bukit yang lebih rendah tepi lebuh raya PLUS.
Hujung bulan lalu, sekumpulan lapan anak muda, termasuk tiga gadis, mendaki dengan penuh gaya ngeri di papan tanda ibu negeri itu di tepi Jalan Kuala Kangsar.
Dua keping foto yang dimuatkan pemuda itu di laman sosial tersebut, kira-kira 17 jam lepas, antaranya menunjukkan beliau berdiri di atas huruf P.
Papan tanda IPOH yang kelihatan dari PLUS arah utara, seperti didaki lelaki itu, dan selatan diselia  Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Datuk Bandar Ipoh Datuk Zamri Man berkata MBI belum menerima maklumat lengkap berkaitan perkara itu, lapor portal Sinar Harian.
“Saya akan kumpul maklumat kes ini dahulu termasuk identiti lelaki yang terlibat sebelum mengulas lanjut,” katanya.
Pada 4 Januari, selepas memberi keterangan kepada polis dan bertemu exco belia dan sukan Perak, kumpulan remaja itu memohon maaf dan berjanji tidak mengulangi perbuatan itu.
“Bukan kami yang menyebarkan gambar aksi kami di papan tanda IPOH,” kata wakil mereka Norfarihan Baharuddin selepas bertemu Datuk Shahrul Zaman Yahya.
“Ia tersebar selepas kami ditemubual oleh satu laman sosial dan kami tidak menyangka ia menjadi viral.”

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2017 11:51 AM | Show all posts
Klu terer sgt pi panjat KLCC la
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 11:55 AM | Show all posts
nk jadi terer/femes sila join umno
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahinah, moga ramai lagi mengikuti jejak mereka2 ni!
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 12:00 PM | Show all posts
yg tk mendatangkan hasil rajin betul bersusah payah
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 12:00 PM | Show all posts
mmg mercu tanda nie ada step untuk naik pun...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2017 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh punya MBI. Bg lagi muka kat sakai2 vandalism ni.. nanti kalau jahanam signboard nak pakai duit dr siapa?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 12:03 PM | Show all posts
ini signboard yg kat mana ek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2017 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
nuralisa replied at 16-1-2017 12:03 PM
ini signboard yg kat mana ek?

aku rasa signboard ipoh ni ada 2 la. sbb aku study ipoh dlu aku mcm prasan ada 2.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 12:12 PM | Show all posts
Zoom muka tue, yang? Suh heols buka baju yea
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 12:17 PM | Show all posts
Sukati lah dik. Daripada beromen, baiklah main panjat-panjat kan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 12:19 PM | Show all posts
Bosannnn.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 12:22 PM | Show all posts
selagi xde tindakan ketat, selagi tu ramai yg berani. gila glam.

so, penguatkuasa x reti2 lagi? ke mmg nk dipertikaikan dan dikecam netizen habis2an dlu baru ade telor?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 12:25 PM | Show all posts
selagi xde yg terjatuh berderai....




Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti jangan lupa minta maaf ye... Lepas minta maaf, kes pasti selesai
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
alaaa, bagi je lah, org nak panjat. majlis terlibat, sediakan tangga dan handrail utk keselamatan, kontraktor ada job! pastu bole rasuah sket, pemanjat happy, pengunjung happy, penjaja pon happy.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2017 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko lambat dekkk.. Org lain dah panjat dulu.  Sila panjat benda lain pulekk
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 12:52 PM | Show all posts
panjatla..takkan ada yang serik selagi tak keluar berita ada yang jatuh otak berkecai
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 12:53 PM | Show all posts
i panjat bukit jati je dolu2 masa kecik
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 12:54 PM | Show all posts
nuralisa replied at 16-1-2017 12:03 PM
ini signboard yg kat mana ek?

ni signboard tepi highway PLUS. signboard IPOH ni ada dua.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.067332 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list