Australia mungkin dikenali sebagai habitat kanggaru yang sangat comel dan juga unik. Namun, jika anda berkunjung ke Perth jangan sesekali lepaskan peluang untuk bertemu dan juga swafoto dengan si comel Quokka.
Sekali pandang, ia pasti mengingatkan anda dengan arnab mahupun hamster. Namun haiwan ini mampu berdiri dengan dua kaki seperti juga kanggaru.
Quokka merupakan haiwan jenis herbivor, rerumput dan dedaun adalah makanan kegemarannya. Haiwan kecil ini juga bersifat noktural yang sering berjaga pada waktu malam.
Memang ramai yang mengambil peluang bergambar dengan si kecil ini bukan sahaja ia comel dan menggamit hati, malah dikatakan boleh tersenyum! Wow, memang cair dibuatnya!
Haiwan jenis mamalia ini juga telah menjadi trending di kalangan para pelancong dan juga warga media sosial. Memang tak sah kunjungan ke Perth tanpa Quokka!
Senang sahaja untuk menemui si kecil ini, anda boleh melihat sendiri kehidupan Quokka di Perth Zoo yang turut menempatkan ratusan haiwan comel lain seperti Dingo, Dibbler, Wombat dan sebagainya.
Jadi, bagaimana? Sudah jatuh hati tak dengan Quokka yang sangat menawan ini? - CARI